Friday, August 29, 2008

Mari Kita Renungkan Kembali

Tahun ni sambutan ulangtahun Kemerdekaan macam tak meriah sangat saja. Aku tak tahu kenapa. Rakyat Malaysia sudah tak patriotik agaknya. Tapi itu bukanlah sebab utama aku fikir. Mungkin tema tahun ini tak kena.

Ye la. Sekarang ekonomi macam roda sebesar gunung yang sedang menggilis hidup. Majoriti rakyat pula golongan marhaen. Pendapatan tak seberapa. Pengangguran tinggi. Harga bahan bakar melonjak ke tahap tak masuk akal. Barang-barang keperluan harian jadi tambah mahal. Sudah 51 tahun Merdeka. Tapi rata-rata rakyat masih bergelut dengan perlumbaan ekonomi yang tidak adil. Kerajaan pula pilih tema macam tu.

Padi tetap murah walaupun Pak Tani susah payah tanam. Baja, racun, sewa jentera dan segala output pertanian membebankan. Tapi Taukey kilang beras hentam harga suka-suka hati sambil goyang kaki bila jual kepada pemborong. Orang tengah jadi lintah darat pula. Rakyat kecil nak makan nasi pun jadi gementar. Bernas buat apa? Kerajaan perlu fikir dulu sebelum guna tema macam ni. Tapi sudah terlambat. Hanya beberapa hari saja lagi sambutannya. Lagu tema pun sudah berkumandang.

Tapi walau macamana pun, ‘Perpaduan Beras Kejayaan’ tetap tak sesuai bagi aku sebagai tema sambutan ulangtahun Kemerdekaan tahun ni. Macam menyokong persatuan pengilang-pengilang beras saja. Cuba nyanyi lagu ‘Perpaduan Beras Kejayaan’ tu. Bukankah janggal bunyinya?

Apa-apa pun, selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan dengan fikiran dan jiwa yang BESAR. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

21 comments:

Ojie said...

Assalamualaikum bang min..


tumpang lalu..
*ojie tunduk hormat dpn bang min*

mintak diri ye..

Kikuri-hime said...

Tahniah sbb entry ni agak patriotik!Aku rasa da nak the end of the world kot... yelaa.. dulu negara kita agak aman. Skang da separa huru hara...

biskutrajin said...

betoi la...thun ni rse cm xde pape medeka..

Wardrobe kita said...

tu lah..merdeka yg aku tau dapat cuti..peh, lama cuti ni..3 hari beb..ape punya tema la ni bro..ko suka2 ati jea..ape tema taun ni yg betul nye?hish, langsung aku x tau..

SLAMAT HARI MENDEKA!
MENDEKA! mendeka! MENDEKA!

ahakss..

tasekM said...

kerajaan tak de mood nak sambut... ha ha...

rakyat tak de duit nak sambut...

ziarah ke rumah kamu...

salam merdeka.

ijan said...

merdeka taun ni x diberi perhatian sgt sbb hangat kat isu politaik... taik... taik...

ada plak haku turun pdg ni karang. haha...

ZulDeanz said...

petani2 di kampung aku, Sungai Besar mengeluh kerna harga padi masih seperti dulu sedangkan harga beras di pasaran naik mendadak hingga 50%.... kesian family aku kat kampung!!

yoshz said...

‘Perpaduan Beras Kejayaan’

Buruk-seburuknya slogan. Beras tu kan banyak karbohidrat. Diabetik la kejayaan nanti.Tahun ni mcm tak merdeka ajer. Takde kereta pun taruk bendera aku tgk...

apek terror said...

helo en rahimin idris...rambut mu ikal bak noraniza idris...hehe...gua dh ckp byk kali kite kene rompak dek kerajaan nie..

dMasyri said...

ooo..
sume tmpt pn xrase cam nak merdeka ke???sy ingat kat pj oldtown nie je penduduk x patriotik..

Don Balon said...

Rahimin..
Protes tu....

Anonymous said...

pe barang makan beras..skang aku makan cheese je..baru aa jadi anak perantauan sejati...hahaha..(bodo aku kena raya kat sana! cis!)

Rahimin Idris said...

Ojie,
Waalaikumsalam.
Laaa, beria tunduk. Napenya?
Laaaa, mintak diri sendiri? Nape mintak dengan aku?
Hahaha

Kikure-hime,
Rakyat biasa yang tak tahu apa-apa dan tak peduli memang tak nampak. Macam permukaan tasik yang tenang. Tapi kat bawah tu ada macam2 gerak perlumbaan.

Biskutrajin,
Merdeka tetaplah merdeka. Tapi arwah ayah aku dulu, orang lain cuti, tapi dia terpaksa juga ke kebun getah kalau tak hujan. Kami adik beradik automatic tak cuti juga. Tapi itulah erti ‘kemerdekaan’ kami masa tu.

Qaseh,
Hui, cuti kemain suka dia. Haha. Perpaduan teras kejayaan la.
PENDEKAR! Haha.

Tasik Merah,
Jangan lupa nenek moyang kita yang jadi korban merdeka demi tanahair.
Terima kasih untuk ziarah.
Salam merdeka!

Zuldeanz,
Tu la sebab saya tulis pasal ni. Saya tak gembira bila fikir balik hal ni. Tapi siapalah saya. Setakat ni saja sumbangan saya buat masa ni.

Yoshz,
Haha aku pun tak taruk. Tapi kalau kau nak kat tepi2 jalan banyak tercicir. Kutip je.

Apek terrorist,
Hola apek aiskrim colek. Tak meniaga hari ni? Hahaha entahlah. Sebenarnya kerajaan tu rakyat juga. Maknanya rakyat minority rompak rakyat majority. Tapi rakyat majority tak dapat buat apa-apa.

Dmasry,
Merdeka dah. Tapi tahun macam kurang sambutan. Terutama golongan yang cari makan dengan memburuh setiap hari.

Don balon,
Aah, protes. Dulu aku hampir percaya semua kata-kata karl marx. Hahaha.

Che sue,
Chese? Uwekkk..ptui!
[raya kat rantau orang? *angkat ibu jari* hahaha]

Rajuna said...

aku kesepian bersama bendera yang terbalek.bila baca entri kau terus aku tanak dengar dimmu borgir dan absu!

Rahimin Idris said...

rajuna,
dengar the official pun ok gak.
sha na na na, sha na na na, o, o, o, johorrr...
hahaha

poyotito said...

‘Perpaduan Beras Kejayaan’

balerr..
melampau aok ni.
huduh gila slogan.
petani pun takde mood makan nasik ngenangkan slogan ni.

Danielle_Corleone said...

hahaha! gua tengah pikir ni.

Radius.F said...

Mari sambut merdeka cara Hadhari..
Ceh..

biskutrajin said...

ye...sy pon tgh berpikir neh..pkir pkir pkir..erk jam...;x

Rahimin Idris said...

poyotitos,
ala, bukan salah aku. orang yang buat slogan tu yg ngarut! hahaha

danielle,
tak yah pikir la! haha

rdius.F,
sambut kat pasaraya hari-hari!

biskutrajin,
tak yah pikir la...hahaha

Fadh Rahman said...

bagi aku...merdeka hanya sekadar perkataan yang terdiri dari 7 huruf yang dicantum-cantumkan...bukan kerana aku tidak patriotik tapi mereka yang dipiih rakyat yang tidak patriotik...