Thursday, August 28, 2008

Kejutan Teragung Pernah Aku Buat

Masa tu Khamis malam Jumaat. Jarum jam kurang lebih sembilan sepuluh minit lagi nak panjat sebelas tepat. TV tak ada cerita bagus. Rumah sewa kami tak ada Astro. Kalau ada pun jemu juga nak tengok cerita ulang-ulang. Kedai mamak dekat saja. Tapi malas pergi.

Semua rakan seterkutuk sibuk main SMS. Ada yang sengih-sengih sendirian. Ada yang menyundal kaki naik sampai cecah tingkap. SMS sambil makan keropok ubi warna-warni bentuk bintang pun ada. Tengok aktiviti mereka aku terasa cemburu. Dalam hati rasa macam nak SMS sambil berlari setempat pun ada.

Apa lagi. Aku pun dapat la satu ilham cemerlang punya. Baik aku SMS satu awek yang dia punya senyum manis-manis apam balik ni. Harap-harap dia balas. Selalunya memang dia balas walaupun kadang-kadang lambat. Mana ada jalan. Semua layan SMS. Aku pun nak juga. Aku pun mula la menyusun aksara dengan penuh tertib. Kasi layang satu keping dulu.

AKU : Dah tido ke?
DIA : Lum lagi. Nak gosok gigi dulu.
AKU : Aku ada kejutan untuk ko malam ni.
DIA : Kejutan apa? (laju je balas macam tak sabar)
AKU : Cuba on TV3. (saja balas lambat sikit bagi dia saspen)
DIA : Hampeh. Gusti WWE. Kejutan sangat la tu. Lucu. Tak nak tido lagi?
AKU : Nak tido juga ni.
DIA : Tido dulu ek? Selamat malam. Sweet dream. :-)
AKU : Selamat malam. Sweet dream too :-)

Malam tu baru aku benar-benar sedar. Romantis juga aku ni rupanya.

31 comments:

Ojie said...

arghhhh...
aku rasa mcm bulu ayam tgh geletek2 tengkuk aku...
abg min ada perasaan rupanya..
muahahahha...

kuInaJentayutiara said...

siapa la manusia malang tu...

akumasihdisini said...

wargh wargh wargh wargh...geli urat kentut aku baca ayat..."romantis juga aku ni rupanya"...rasa macam nak terjun tiruk dari jambatan Temerloh sambil kuak kupu-kupu...ko ada perasaan ke??? wargh wargh wargh wargh...

Dzulkarnain Mohamad said...

haha..sesedap je ko mengenakan cek en ek.. itu hari pn aku penah buat kejutan mcm ni kat dia.. sruh tengok satu siaran tv..

pepehal pn cek en mmg budak baik..

yoshz said...

Hahaha.Betul la tu. Acara gusti mmg banyak kejutan.Tiba2 je stephanie mcMahon dah mengandung anak Kurt Angle.
[ntah aku dah lama tak folo]

Gila tak Koffin Kanser rupanya engkau ni...

Marjerin said...

chitt..

hajime said...

itu pun dah romantis?
abih aku ni kire...
suppa romantis la...
(selambe mengupkan diri sendiri)

sultan said...

aku igt ko akan pura2 call operator cam aku slalu wat tu. hihihi...

Redzwan Abdullah said...

Hahah... Takde kerja..

Kikuri-hime said...

Ek, elee... romantis mendenyee.. Aku slalu gak maen sms ngan pengetua kau mlm2. Biase jee... Tapi, syabas inspektor sahab. Vaa, vaa, vaa...

Qaseh.Darwisy said...

hahhaa...romantis sgt la..nmpk sgt x romantik..mcm tu pn da leh cakap romantik..ish..blom ckp romantik lg bang oii..coba lagi..gambatte kudasai..

biskutrajin said...

huahua2..gelak guling2..

Radius.F said...

semua duk memperkecilkan keromantisan aok..
hahaha...
takpe2, romantis itu subjektif..
hohoh

ZulDeanz said...

nak mengayat la ni?

ckin said...

hahaha...hampeh punye kejutan..romantik kebenda...:)

kikiEy said...

hampeh!

romantik apanya.
hee

Rajuna said...

ini romantis hapa neh?
ha? rahimin..rahimin...
bila kau nak berubah?
kau banyak sangat dengar napalm death, cargass, bolt thrower ni..dah2..gi carik kaset Spin, Scoin dan Scan!

NITA said...

aduii...geti ketiak aku!

aku nak calit 10 jari dgn rajuna tu...gi carik kaset scoin ler..!
ahaks....

Danielle_Corleone said...

Perghh!!! terkejut gua!

S.YanaZ said...

Bro.,
aku punya senyum manis-manis bahulu bentuk ikan.

Apa macam?

Suka Bebel said...

romantis sangat sangat la hang ni wey.hehe...ingatkan apa benda lah ko nak kelentong.

salam kenal dari bebel

cream crackers said...

romantik ke ni? adoi. nasib bukan bf aku. kalau bf aku. aku mintak cerai malam tu jugak!

Don Balon said...

Rahimin JXII..
Gué penasaran lagi..
Romantut..

l.i.f.e said...

urgghhh nasib saja takde "gud nite, sleep tight, mimpi2 indah2, ingat i dlm mimpi etc"
ewwwwnnnesss
kejinesssss
:))

denanz said...

romantis?
ok le tu.
eh, dia terus tido, tp blum gosok gigi. wahaha.

rahimin idris said...

Ojie,
Apa?!! Tengkuk ko bebulu? Uiks, sexy tu! hahaha

Kuinajentayu,
Malang? Heh, tolong sikit!

Akumasihdisini,
Kau ni tebiat ke? Olimpik dah abis la nak tiruk-tiruk ni. Ke ko nak masuk Sinar Harian? Hahaha

Dzul,
Hahaha satu rumah gelak & cakap aku bongok. Tapi lepas tu diorang pulak tiru idea aku tu. cilakak budak-budak tu.
Laaaa..Cik N memang la budak baik. Sebab tu dia selalu tidur awal dan bangun awal! Tak caya ko sms dia malam ni. Kalau tak tengok tv, nak tido! Hahaha.

Yoshz,
Aik, dah jadi macam tu ka WWE? [Aku lagi lama tak folo dari kau la] Hahaha.

Koffin kanser kena rambut macam pintal-pintal la. Takut makcik cleaner ingat aku mop!

Marjerin,
Muahhh! Hahahaha

Hajime,
Laaa..tak romantis ke aku ni?
Yoshz, hajime romantis tak? Hahaha

Sultan,
O, kau la suka kacau operator tu ye? Dasar sultan tak berdaulat! Hahaha

Redzwan,
Ala, boring la wan. Al-hijrah asyik layan channel vanavil je! Hahahaha

Kikure-hime,
Aik, pengetua pun ko layan? Syabas! Hahahaha

Qaseh,
Ala, ok la tu. dia cakap lucu. Lucu tu dalam bahasa perancis kuno maksud dia romantis tau! Hihihi

Biskutrajin,
Huahaha..romantis kan? Ha, jangan tiru plak aksi ni. Hahaha

Radius.F,
Hahaha. Tu la, diorang ni tak faham. Rocker je faham rocker ni kan? Aok faham ke ni firdaus? Hahahaha

Zuldeanz,
Alaaa bang. Sikit-sikit je. Tak pe kan? Mwahahaha

Ckin,
Hahahaha ala, saja je nak kaco bazirkan kredit. Bagi hilang ngantuk dan tak jadi tidor! Hahahaha.

Kikie,
Hahaha ok la tu!

Rajuna,
Hahaha ok la dari makan jambu air malam2 buta.
Kaset Cargass ada lagi yang tajuk Exhume to Consume tu. tapi kaset player dah tak ada. Jadi sekarang aku layan Ahmad Jais. Ok tak?

Nita,
Ahahaha jangan di layan bang juna tu. jangan calit2 dengan dia. Dia baru korek idung tu! Hahaha

Danielle,
Ah, lu. Jangan la terkejut! Haha

s.yanaz,
manis2 baulu bentuk ikan. Malas la SMS. nanti aku kirim telegram. Saspen sikit! Haha

sukabebel,
hahaha salam kenal!

Creamcreakers,
Hahaha dia bukan gf aku. Lantak la!

Don balon,
Penasaran? Sungguh mati akan koi pertahankan hahaha

Life,
Hahaha cukup la cam tu je haha!

Bro denanz,
Di gosok gigi. Siap gosok baju lagi! Haha

aRe You? said...

dem!!
seb baik entry pendek..
kalau x sesia je i baca :))
kejutan ah sgt!!

rahimin idris said...

areyou,
ayu yang comel. sweet tak aku? hahahaha

poyotito's said...

romantik hek aok!
klu gitu keh ni tadika dah kira romantik dah.

aRe You? said...

sweet2...sbb u dah ckp i comel.. :))

rahimin idris said...

poyotitos,
hahaha kira ok la tu!

areyou,
haaa, kan romantik aku haha