Malam tu hujan. Lepas maghrib. Pergi makan kenduri. Orang tak ramai lagi. Aku sampai dengan baju hujan macam Batman. Tapi budak-budak dah ramai. Pantang ada bau makanan menyerbulah mereka. Lepas tu main kejar-kejar. Tapi malam tu hujan.
Aku sambar gulai udang seberapa yang dapat. Nasi dua senduk cukup. Makan dengan Abang Alang manusia lurus bendul. Bawah khemah kesejukan. Rasa macam di Eskimo sikit-sikit. Mael dah siap. Sebab tak ramai budak-budak muda dia layan budak-budak kecil. Layan orang tua buat apa. Cerita politik. Salah cakap makan penampar pula. Tak kan nak balas dengan terajang Eric Cantona.
Tiba-tiba Mael buat teki-teki kepada budak-budak tu. “Pintu apa yang susah nak buka?”

Apa punya soalan la Mael ni. Sikit-sikit pintu. Sikit-sikit pintu. Tau la kau tukang rumah. Tanya la apa nama lama Scotland. Aku pun tak dapat jawab.
Macam-macam la jawaban terbit dari mulut budak-budak tu. Ada jawab pintu rosak la. Pintu keretapi la. Pintu jamban la. Pintu Kaabah pun ada. Karut betul malam tu. Tapi aku malas la nak terjebak dengan teki-teki Mael tu. Lebih baik melantak udang.
Setelah penat jawab tak kena-kena, mereka desak Mael bagi tau jawaban. Mula-mula Mael suruh teka lagi sampai pagi esok. Mereka cakap Mael tipu dan tak ada jawaban. Maka Mael jawab,” Pintu Taubat!” Sial Mael. Entah apa-apa. Budak-budak tu jerit tak puas hati.
Tiba-tiba entah anak siapa. Bagi teka-teki pada Mael pula. “Ada seorang tu. Hari ini dia makan. Esok dia tak makan. Mengapa?”
Menggelabah Mael. Nak bo layan rabak la maruah kan. Macam-macam dia jawab. Sebab puasa sunat la. Sebab dia miskin la. Sebab dia kenyang la. Sebab dia sakit la. Sebab diet la. Sebab tak ada selera la. Padan muka. Mujur aku tak campur polemik ni. Aku terus makan saja. Terkekeh-kekeh aku dalam hati. Abang Alang sengih-sengih.
Mael angkat bendera putih akhirnya. Dia pula desak budak tu bagi tau jawaban. Geng budak tu semua dah mempersenda Mael. Mereka nyanyi lagu ‘nget nget nget, tali gasing, abang Mael lenget, intai jubur kucing’. Abang Alang dah gelak sikit-sikit.
Akhirnya budak yang kudus tapi licik tu bagi tau juga jawabannya. “Orang tu dah mati eksiden. Dia merempit!”
Semua budak-budak tu boo Mael. Terkulat-kulat kutu.
Cheh, aku jawab juga. Tapi dalam hati!

p/s: Teka-teki teka-tekuk, siapa pencipta rokok?
25 comments:
jawapan:
penghisap rokok yang pertama
Dr. J. Philip Morris
http://en.wikipedia.org/wiki/Cigarette
ada hadiah tak bang min?
kalo xde, tanak jawab la..
*ojie tanya sambil pintal2 ujung tudung*
muahahhahaha..ko jgn silambam aku pulak bro..huhu
arghhh yosh keskemaan nya terserlah..
hahaha..
teka-teki...seronok gak layan sekali-sekala...kadang rasa best sangat tapi kadang rasa tak best...best bila orang tak boleh nak jawap...xbest bila kita tak boleh jawap...sekarang aku rasa tak best...
hahaha...xtepikiaq langsung jwpan pintu tobat n mat rempit...bgus ni, ade modal nk kasi teka teki kt org lain neh.eheh
kene ayam dek budok2?
mael..mael..
ntah2 jin yg cipta rokok tu. kite mane tau. haha...
lucah la lagu yg budak2 tu nyanyi...hikhikhik! main intai2 pulakkk...malu la kucing tu!
pes taim dgr lagu rakyat seksi cenggitu...ahaks!
Pencipta Rokok ialah orang yang mencipta rokok
ni rokok apa ni rahimin idris?
rokok daun gulung ke?
itu aku tau.
Sadikin Paijo
tak caya leh gi website ni-http://www.sumpahakutaktau.org.my
eskimo nama tempat ke? eskimo bukan kaum yang duduk di kutub utara?
Bro.,
berape ekor udang lu hentak mlm tuh???
Jawapan utk teka teki ko ialah... ubat nyamuk!!!
Eh, silap soalanlaaa... sowie.
Sedapnye udang... aku xleh mkn.. Allergic. Kang nnt bibir aku jadik tebal cam kak nita...
ini betul..masa aku kecik2 dlu aku pernah terbaca kisah pencipta rokok pertama..
menurut kisah tu dia adalah seorang manusia yg berjaya memperdayakan syaitan!!
bila aku baca tentang profil kau, aku teringat kesah aku kecil-kecil dulu 20 tahun lalu, bunyi dia kalau nampak orang K....g lari jangan tunggu tu k.....g penyabit, mati kau di sabit kepala nak buat jambatan. ceh teringat memori lalu. T.Q
Pencipta rokok pertama ialah He Who Dances with Wolverines, from Sioux Clan, California.
Red indian la cipta rokok ni..
pastu dorang sumbat tembakau..
pastu bila nak lagi kaw dorang sumbat marijuana..
"Rentikanlah Merokok"...tak cool langsung.. budaya Red Indian woi..
ahhh..dari awal2 ayat budak tu tanya aku dah jawab dalam kepala 'sebab dah mati eksiden'
perghhh..telepatik sungguh
l.i.f.e,
koi pulok setakat dah mati je..
aok memanc advance!
ojie, mmg btl..yosh telah menunjukkan keskemaan dia..huk huk..
bro, apesal entri teka teki je nih..?jwpn aku adalah..
x tau..
Hajime,
Betollll..sape nama dia?
Yoshz,
Wikipedia tu tipu. Kau caya?
Ojie,
Sebab panggil abang, aku bagi kau hadiah. Aku anggap tu tanda respek. Bukan bodek.
Tak payah pintal-pintal tudung dah lepas ni. Sebab aku nak bagi kau hadiah tudung saji. Pakai tau!
(hihihihi)
Yoshz memang skema ojie. Entah apa-apa. Aku harap dia tak perasan sangat kita ngumpat dia ni.
Akumasihdisini,
Alaaa, dah aok tak dapat jawab! Lenget! Hahaha
Biskutrajin,
Aik, ni pun nak buat modal. Baik jangan. Marah dek orang je nanti! Hahaha!
Poyotitos,
Ah, budak-budak. Kalau aok yang buat gitu mael dah loncat-loncat ala tomoi dah.
Sultan,
Jin cipta rokok? Boleh jadi juga. Tapi yang cipta lighter jin juga ke? Hihihi
Nita,
Hahaha, mana lucah. Biasa je…
Redzwan,
Kau jangan main2 wan…cucuh kang haaaa…
Rajuna,
Hahaha wakipedia.java.com ke tu?
Creamcreakers,
Eh, ye ke? Kira boleh la! Ahaks.
s.yanaz,
banyak juga. Siapa tapau lagi hihi
kikure-hime,
aku alergik juga. Bengkak gusi jap. Tapi sedap juga hihi
dzul,
laaa..aku tak tau pun. Tapi yang aku tau tembakau ni orang cakap baja dia air kencing setan.
Perjuanganku,
Hahaha benda ni pop masa projek jambatan pulau pinang.
Don balon,
Nama dia chif white leather? Hihi
Life,
Eleh, tipuuuuu hihi
Qaseh,
Hidup pun satu teka-teki. Setiap hari kita selalu harus menduga. hihi
ko sebenarnye teringin gk kan nak jwb teka-taki mael n budak tu, tapi takut salah ek..ckp la nak layan makan udang...hahaha
aku cukup2 tak suka teka teki sebab selalu kena tekuk.mesti nak mengena jek
ckin,
hahaha tak nak aku join. buat malu je.
suka bebel,
aku pun tak suka kalau jawapan tak berkait haha
hihi..
saya pun ada buat teka-teki rokok kat laman blog saya :-)
Salam perkenalan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com
Post a Comment