Tuesday, August 26, 2008

Jawaban Peraduan Teka Foto Merdeka 51

Aku ingat malas lagi nak bagi jawaban. Nak bagi misteri ni berterusan sampai ulangtahun Merdeka tahun depan. Tapi aku bimbang ada tuduhan liar yang kata aku penipu. Sebenarnya aku tak tipu. Silap besar la kalau tuduh aku tipu.

Selepas meneliti setiap jawaban tak ada la pemenang akhirnya. Kepada yang menjawab terima kasih. Anda memang sporting. Kepada yang tak menjawab sila buat lompat bintang depan jiran anda petang ni untuk menambah semangat kesukanan anda.

Duit RM51.00 tu pula tak adalah yang menang. Kalau ada yang jawab tepat semalam sungguh aku akan berlari-lari anak pergi bank in duit tu ke dalam akaun mereka. Aku berpegang pada janji. Tolong jangan suruh aku bersumpah. Aku tak minat.

Jawaban yang tepat untuk soalan ‘Peraduan Teka Foto Merdeka 51’ ialah (drum rolls) :


Kotak kamera digital.


Kamera ni sangat murah dan berkualiti. Buatan Jerman. Spesifikasinya mencukupi untuk mengambil foto dalam tangki septik sekalipun. Tapi itu tak penting sangat. Yang penting bila habis projek ia jadi harta aku dan aku bukanlah nak bercakap sebagai seorang jurujual.

Amacam, bagus tak peraduan aku ni? Sekurang-kurangnya anda tak menghabiskan kredit untuk SMS. Ia juga tak melanggar hukum syarak. Dan yang paling penting hadiah RM51.00 ikhlas aku nak bagi. Ala, aku tau la anda kaya-kaya!

Maka betul la aku tak menipu. Bijaksana tak? Kalau aku jadi sultan Melaka dulu-dulu, memang Melaka tak kena jajah punya la. Malahan Portugis tu pula akan aku jajah dan tukar nama jadi Jerantut Darul Hensem!

20 comments:

Kikuri-hime said...

Kuang asam laaa ko! Mmg x aci!!! Alaa.. ko mmg x ikhlas! Eleh....

ijan said...

ciss...!!! brani sgguh ko...

sblm ni aku x pnh tertipu. slalu aku je tipu org...

ciss... ciss... ciss...

Fadh Rahman said...

aku memang dah agak dah...memang ko berjaya mencipta sejarah lawak punyer sempena merdeka ke 51 nie...

Umie said...

Huh...nasib baekk haku x teka...haku dah agak dah jawapan dia mesti ala2 tipah tertipu gitu...hahahhaa

poyotito said...

peh..
hati panas betul gua!!

model gini buat gua nak praktis balik cakar 18 penunduk naga nih!

Ojie said...

makhluk mana pulak yg berani kata ko penipu nih? suka suki dorang aje..ko kan baik, jujur, amanah, fatonah..
muahahahahha...

Hajime said...

aku jawab betul dah...
ko delete ek komen aku?

CAHAYA said...

jadi jawapannya?

yoshz said...

Kan aku cakap itu gambar!

weh..rahimin. Virus malas kita semakin merebak. Chedet pun dah lama tak update...power betul kita ni..

Rahimin Idris said...

kikure-hime,
aku ikhlas la hehe

sultan,
gua tak tipu la hehe

akumasihdisini,
mana ada lawak merdeka hihi

umie aida,
ala, nyesal la tu tak teka hihi

poyotitos,
woi, lu ni lelaki kucing ke?

ojie,
aku setuju! muahahaha

hajime,
mana ada!

creamcreakers,
laaaa...

yoshz,
bukan gambar. foto!

jangan kata nak updated che det tu. komen pun tak pernah balas. pemalas punya orang tua!

Redz da Tsar said...

hhaha,... Terkena aku,,,

Rajuna said...

ini tak ada unsur politikal kan?

S.YanaZ said...

Kotak kamera digital tuh apa???


Harap jawab dlm masa 2 saat.

Radius.F said...

cis, aku baru nak jawab..awal benor aok bg jawapan..kurang2 buat la iklan dulu..hehehe

Don Balon said...

Rahimin,
aok kene bagi jugek hadioh sipi2 kepada koi n yoshz..
Rojak ayam pak chu desa jaya..
amacam ..ada branee?

Wardrobe kita said...

cis..ptt rase cm x de mood..kena tipu..aku join mogok malas!

Rahimin Idris said...

redz,
hahaha

rajuna,
tak ada. unsur glokal je. hihi

s.yanaz,
2 saat tu apa? sila jawab dalam masa 2 hari! hehe

radius.f,
ele, tipu la tu. hehehe

don balon,
eh, anok dia cikgu koi dulu!

qaseh,
laaa, nak mogok juga. kalau blogger dapat gaji mesti tak nak mogok kan? hehe

ckin said...

baru nak jawab..dah ada jawapan upe nye..hehe..

kuIna said...

penat......... perah otak.

Rahimin Idris said...

ckin,
lambat sangat haha

kuinajentayutiara,
lambat pikap! haha