Friday, August 8, 2008

DEY BATMAN, MERE NAM JOKER!

Sudah dua Jumaat aku diuji Tuhan. Semalam Khamis, tak sempat Jumaat pun – seorang pekerja di tapak projek jatuh dari rasuk bumbung sewaktu menaikkan kekuda. Pengsan. Patah dua tangan. Mujur tak mati. Aku pula baru lepas keluar dari tapak projek dua jam sebelum tu sebab sakit gigi. Jadi risau bukan main-main sebab tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Tapi petang semalam sebelum balik telefon Tochu tanya lagi sekali. Dah sedar budak tu. Alhamdulillah.
Jumaat tiga minggu lepas hujan lebat satu hari. Stor dan rumah kongsi pekerja tepi sungai tenggelam mendadak pukul dua pagi. Ribu-ribu nilai barang habis. Bos cakap bertenang saja. Ini ujian. Mental kena kental. Aku sabar. Aku diam. Makin aku cuba jadi manusia, makin aku cuba jadi baik macam-macam pula datang. Dulu bertahun-tahun jadi hippies tidur pukul lapan pagi bangun pukul lapan malam tak susah sangat macam sekarang. Tak apalah. Tuhan, bagi la aku petunjuk supaya aku jadi lebih percaya kepada-Mu!

Tapi Jumaat minggu lepas memang cemas-cemas dah aku nak jadi Rambo. Mujur kain merah ikat kepala, kuda, machine gun, peluru berlilit-lilit di badan dan bom panah saja tak ada. Kalau tak apa-apa yang melintas depan aku semua aku letupkan. Termasuk la taik burung yang tak besar mana tu kalau melayang depan aku. Burung tu memang sah la jadi abu pun. Tinggal tangki rizab je dah sabar dan iman aku petang tu.

Aku penat gila. Tengah bagus pandu kereta 60-70km/j di jalan Mela – Jerantut yang zig zag tu aku nampak satu geng kambing. Mula-mula ‘cool’ saja. Elok tinggal kurang lebih tiga meter saja dibantainya dua ekor bapak kambing menyondol, berlaga dan melompat ke tengah jalan. Nak elak apa? Kereta ada sebelah kanan. Nak brek mengejut belakang ada kereta ekor rapat. Apa lagi. Lenyek la. Terkangkang dua-dua di birai jalan. Keok!

Aku dah mula panas. Malaun punya tuan kambing. Tau nak mudah saja. Biar kambing bersepah-sepah. Dia ingat kambing dia tu tukang potong rumput Roadcare ke? Akibatnya tayar depan sebelah kiri tembus kena tanduk. Berpeluh tukar tayar. Kalau tukar tayar mudah macam tukar spender tak apa juga. Cover signal pecah. Bumper lari tapak. Cover nut pecah. Ratus-ratus habis. Masa tukar tayar spare ada Ezwan kawan aku berhenti tolong. Dah nak kena kata Ezwan. Terima kasih Wan. Kau memang malaikat rahmat petang tu!

Aku tunggu-tunggu juga kalau-kalau ada tuan kambing tu datang tapi tak ada. Dia nak minta duit pampasan kambing tu? Memang aku kasi besi paip tiga kaki yang aku guna untuk buka nut tayar tu ke kepala dia la. Rugi aku siapa nak tanggung? Dah jadi macam tu memang tak ada yang nak ngaku la. Masa nak jual kambing untuk naik Haji dan bagi makan anak bini bukan main lagi. Bangsat!

Memang sakit hati. Tapi apa boleh buat. Aku pun bukan la kejam-kejam nak keokkan dua-dua ekor kambing tu. Di akhirat nanti biar Tuhan tanya tuan kambing tu dulu. Bahayakan nyawa kambing tu dan pengguna jalanraya lain saja. Gila apa aku nak rugi macam ni? Kalau motosikal ke, vespa ke, skateboard ke yang bertembung macamana? Tak ke terlingkup? Lepas tu kereta belakang lenyek. Naya la kawan tu.

Aku dan Ezzwan pula sibuk tukar tayar sebab hari dah nak senja. Lelah hingga jadi lupa nak alih ke tepi jenazah-jenazah kambing yang malang tu. Malam tu masa nak tidur baru terfikir. Tentu siksa roh-roh kambing tu kalau ada kenderaan lain gilis atau binatang-binatang liar gigit jasad-jasad mereka yang kering dan kaku tu. Aku tiba-tiba jadi sayu dan sentimental pula. Terus nyanyi lagu ‘My Heart Will Go On’ dalam hati sebab takut jiran-jiran datang tepuk tangan malam-malam buta.

Dua hari lepas tu aku ke lokasi kejadian. Tapi kedua-dua jenazah tu dah tak ada pun. Tak tau la samada dah dikebumikan atau tuan kambing yang badigol tu kutip jual di pasar tani pula. Ah, manusia macam tu mana baca halal haram!

34 comments:

denanz said...

adik aku penah langgar lembu di tengah hiway. naii moto. malam2 buta mana nampak. dh dekat tetiba jer nampak lembu cantek nyer landing kat jalan. apa nak kata. beberapa hari gak le kat hospital. moto lagi kena repair. gampang punya tuan lembu!

♥ira♥ said...

aku berdoa smoga ko tak terkena sumpahan tuan punyer kambing itu,,hahaha,,

dia mesti sumpah serana,,maki hamun org yg langgar kambing² dia tuh,,,

Che Sue said...

aku nyanyikan lagu pusara d lebuhraya utk ko wahai pembunuh kambing...

"Dalam perjalan ini
Menuju destinasi
Berbagai lebuhraya dilalui
Perjalananku terhenti
Terpandang kambing ini
Dan ku lenyek depa sampai maaati..."

~sambung..sambunngg...hahaha!

Ojie said...

kesiannya kambing tu..
tp bila ko mula menyanyi lagu my heart will go on, aku jd lg kesian pulak kt ko..
hahaha..

ZulDeanz said...

Kesian kambing yang jadi mangsa dalam kes ini...

man_helang said...

bro..pesal ko tak semelih kambing2 tu jual kat pasau tani...leh kaber kos pembaik pulih jentera permotoran ko...hu hu

sultan said...

aku rase kambing tu kambing lior. x pun kambing hutan. diorg xde tuan...

yoshz said...

Kau pun satu bukan nak talkinkan kambing2 tersebut. pergi bantai Celine dion pulak. Apa kata kau nyanyi dlm versi melayu?

"Hatiku jalan terus"

Clap clap clap..

rahimin idris said...

denanz,
tuan lembu tu yang gampang! haha

ira,
sumpah aku kau tak baca ke? orang teraniaya ni. haaa

che sue,
sape2 nak ringtone nyanyi ala-ala kambing mintak kat che sue. kahkahkah

ojie,
nasib baik ko sian kat aku sekali. aku pun makhluk tuhan juga kan?

zuldeanz,
gua pun mangsa bang. mangsa keadaan!

man helang,
depa mati terus la bang. yang lain malas la nak angkut. busuk kereta nanti! haha

sultan,
memang liar. tuan dia pun liar! haha

yoshz,
tak sempat. nak kena mandi dan cari kain kapan lagi. hari dah nak gelap! gua seram. kambing terbabit dengan black metal taw!

LELAKI-POWER said...

biase ler nama pun manusia

LELAKI-POWER said...

biase ler org kg suka biarkan ternakan berkeliaran ...bila hilang atau kena langgar..benggang

LELAKI-POWER said...

mmg cm 2 ler gamaknya manusia nie

rahimin idris said...

lelaki power,
tak semua orang kampung macam tu. tak semua manusia macam tu. ada baik dan ada buruk.
apa yang penting bukan mengira kerugian sahaja. yang lebih penting apakah keuntungan yang kita dapat dari kerugian itu. hanya tuhan yang menyimpan jawanpan yang lebih pasti. rahsia-Nya tak terjangkau akal kita.

Qaseh.Darwisy said...

org kata kalo da langgar binatang kat jalan kena campak duit singgit dua (coin pulak tu)..aku pn x paham knapa..bukan binatang tu tau pun value duit tu..

pikir sejenak...

saat omar said...

Eh rahimi..umah kau dekat ke dengan sekolah yg histeria tak sudah tu? nak gak aku usha sekolah tu, tengok camne diaorang histeria

l.i.f.e said...

haihhh..kamu bikin saya teringat kes saya langgar lembu itu hari. tak mati, tau2 saja hilang.
tanya orang kampung situ kan, jawapan nya "mungkin lintasan tu cik"

hoh? lintasan apa oiii...

rahimin idris said...

qaseh,
karut je tu.
bos kau marah-marah lagi? aku nak berenti buat cerita humor la. sian kau..

saat omar,
jauh..tu tg. lumpur kuantan...pergi la tengok..

life,
lintasan zebra cross kot haha
tak ada lintasan-lintasanya..tempat tu hari-hari ada kambing.

ckin said...

kambing2 tu x agak2 nak bergaduh kat tepi2 jalan , dah keok..nyesal la tu tuan die 2 tak ajar kambing betul2...bawa bersabor ek mie...:)

rahimin idris said...

ckin,
oh my goat! hahaha ckin, aku sakit gigi ni. ada obat? haha

Aku Yang Weird said...

Tumpang singgah membaca, selepas singgah di blog sultan tadi.

Seronok pulak membaca cerita 'Mutton cross the road and u dont brake coz ur brake not eat' hahahaha lol

rahimin idris said...

aku yag weird,
bukan tak makan..tak sempat dah..

Qaseh.Darwisy said...

lor, jangan la benti bro...citer humor ko tu jea yg bleh buat sgala urat saraf gelak aku ni beroperasi tahap optimum..tingkatkan usaha bro..walau pun hujan, panas, ribut petir aku akan usaha jugak untuk bukak blog ko..huh, kipas tahap gaban nih..hahahha...

rahimin idris said...

qaseh,
dah ko asyik kena marah je..hahaha apa la ko ni :)

Redzwan Abdullah said...

Aku memula rasa nak sedey jer bace citer ko nie, pastu tym sampai babak kambing, aku mule nak marah... Bile tym last-last, aku da start gelak...
Memang post ko nie untuk orang gelak pada akhirnye ke?

Kikuri-hime said...

Alamak... kesiannye kambeng tu.. Dah ajal... Anyway, aku ucapkan takziah kat u sbb tayar keter jahanam.

P/S -- I trauma dgn lagu My HEart Will Go On, sbb masa kat u penah kene boo nyanyi lagu tu.. heheh

Don Balon said...

Peww!! Koi pun pagi tadi di Jelebu nyaris lenyek kambiang main dua tiga ekor main tendang-tendang tepi jalan..
Keta pulok tengoh problem.. nasib baik tak kena..

kalau tidak koi kena berduet la dengan rahimin nyanyi lagu yang hampes koi tak tau lirik tu..
harhar

S.YanaZ said...

Bro.,
dah mmg niat kambing tuh p situ dgn niat nk membunuh diri...diaorg kapel yg x direstui...

xpe.xpe.

rahimin idris said...

redzwan,
mana ada wan. tengok tajuk tu. sedih kan? pernah tengok cerita hindustan lama tajuk "mere nam joker"?
tapi kalau orang nak gelak tak apa la. hehe

kikure-hime,
laa, buat apa nyanyi lagu tu. nyanyi la lagu "negaraku". mesti diorang tak berani boo punya la!

don balon,
koi kalau kuciang tak kesoh sangat bang sebab kecek. kambiang besor. kalau lembu lagi la. silap-silap terguliang bawoh tebiang! hahahaha

s.yanaz,
ooo,kira nya kambing tu dalam cinta terlarang la? pandai-pandai je awok!

Dzulkarnain Mohamad said...

aku ari tu balik dari ladang nyaris nak langgar kura-kura..
semua yg lalu berenti hormatkan si kura-kura. Member aku tolong alihkan ke tepi jalan. takde sape nak maki hamun kura-kura sbb kura-kura comel..haha kalau kambing mmg la kena maki hamun.. double standard betul.

Danielle_Corleone said...

ujian oh ujian! sabar itu hasil daripada ujian.

zubeid said...

'i know what u did last Friday' wahahaha...
siap ko kene hunt ngan owner kmbing tuh kang!!

poyotito's said...

part nyanyi tu macam setan.
lu sedih2 pun bole letup lagi eh.
dasat

akumasihdisini said...

salam...mungkin ia satu peringatan supaya lebih berhati-hati di masa akan datang...kerana malang tak berbau...

rahimin idris said...

dzul,
ah, comel tak comel. kat pulau tawar hari hancur kura-kura tu kena lenyek lori balak!

daniel,
sebab sabar la aku tak jadi rambi ni. rambo tu jahat macam setan tau hehe

zubeid,
aku tak gentar! haha

poyotitos,
aik, lu budak jengka ke? nanti aku letup blog ko kat blog aku ya! haha

akumasihdisini,
memang la. tapi kambing tu ada bau.