Monday, August 11, 2008

Nak cari penyakit sangat mudah, nak cari idea pepalih susah!

Aku nak cari idea untuk post baru. Tapi tak tau nak tulis apa. Dah dua hari asyik tulis sajak saja. Dzulkarnain Mohamad ada SMS suruh siar keratan akhbar Sinar Harian yang petik sebahagian dari blog aku dalam kolum dari blog ke blog. Dia tak beli. Sebab dia cakap kampung dia tak ada jual Sinar Harian. Ah, kampung Dzul kan Kota Gelanggi. Kampung mak dia Bukit Dinding dan arwah ayah dia orang Pulau Tawar. Kampung Dzul bukan Jamaica tempat asal Bob Marley yang rambut pintal-pintal macam mop lantai tu. Tak kan tak ada jual Sinar Harian? Apa la Dzul ni.

Aku pun tak tau entri tajuk “Drama Sebabak: Lagi Lagi Inflasi…” tu dipetik perenggan pertamanya oleh Sinar Harian. Aku terbaca di Tagborak; Ojie, Man Helang dan S.Yanaz tengah bergosip pasal blog aku. Aku ingat mereka berlatih nak buat April Fool. Aku cari-cari Sinar Harian di ofis sabtu lalu. Tapi entah mana-mana perginya. Selalu anak bos ada beli. Tapi tak ada pula.

Aku turun kedai Uncle Perumal. Mintak Sinar semalam. Mula-mula Uncle Perumal buat tak tahu saja. Dia terus baca berita Samy Vellu dalam Tamil Nesan sambil beritahu aku itu Samy Velu tak ada guna punya orang. Aku peduli apa. Aku ugut nak gunting bahagian tepi doti Uncle Perumal biar jadi seksi. Menggelabah dan cepat-cepat dia cari di stor. Dapat saja aku bayar dan terus bawa naik ofis.

Semua budak-budak ofis macam bengang saja bila aku tunjuk. Dia orang bukan suka sangat blog aku. Mereka tuduh aku perasan glamour. Tapi Masniyatun dan Suzana diam-diam baca juga sambil gelak-gelak. Terkekeh-kekeh pula tu. Bila aku intai cepat-cepat dia buat kerja akaun guna UBS semula. Suzana pula buat-buat sibuk baca pelan. Terbalik pula tu pelannya.

Tapi esok macamana ? Ah, sakit betul nak cari idea ni. Aku belek majalah-majalah lama. Terjumpa Dewan Budaya Januari 2004. Editor dia masa tu Abd. Razak Abu Bakar. Penolong Editor dia Adnan Abd. Jamil. Bro Denanz ka? Cheh, patut aku macam familiar nama dia ni. Ingatkan jurusolek artis ke, ex-drummer spoon ke atau penjenayah kecil-kecilan mula-mula dulu. Isu utamanya “Minda Melayu Dalam Politik”. Tak kan nak tulis pasal politik? Politik kena tulis pasal babi dan liwat pula. Tak minat aku. Aku belek-belek pula majalah Tunas Cipta lama-lama. Editor masa tu Zaharudin Abd. Rahman. Kemudian Norizan Muslim. Penolong Editornya Ritah Yahaya. Ya, Puan Ritah Yahaya pemblog ‘Cetera Bahasa’ yang terkenal dengan siri ‘Alam Terbentang Jadikan Guru’ tu.

Ya, aku pun memang sukakan alam. Alam banyak membuat aku tenang. Sebelum berblog dulu pun aku sudah rajin menulis. Selain nasi, air sirap limau, apam balik dan rokok, alamlah tempat aku mencari ketenangan dan ilham. Selalu tulisan-tulisan aku bergariswarnakan alam. Aku sayangkan alam nan indah ini. Aku semakin kurang senang dengan keriuhan kosmopolitan dan perlumbaan kebendaan. Alam terlalu banyak memberi sebenarnya. Tapi bagaimana suatu hari nanti bila semua kehijauan alam yang asli tiada lagi? Aku harap waktu itu aku telah pun menjadi sebahagian dari tanah!




DI KOTA PEDALAMAN

Ini kota pedalaman
kopi malamnya ku hirup
dengan mahal harga
di khemah waktu mendamaikan.

Ini kota pedalaman
paling sibuk dengan lalu lintas sunyi
jam lapan malam
sudah terlalu tua di sini
tanpa radio, telivisyen, dan telefon tangan
langkah hidup di tepi sungai.

Ini kota pedalaman
terlalu riuh dek pergeseran
angin di celah dedaunan
suara serangga berpesta
dan sekali-sekala
sampuk jampuk
sayup-sayup.

Ini kota pedalaman
keriuhan sunyinya padat dan likat
malamnya mengalir sibuk
meriah menerjah batu-batu di jeram
tapi di muaranya ada anak-anak muda
lemas dihimpit hutan konkrit.

RAHIMIN IDRIS
Taman Negara, Pahang
Majalah Tunas Cipta Julai 2005

DI TENGAH-TENGAH PERJALANAN

Di hamparan pasir putih
di tebing sungai mengalir jernih
yang entah dari mana puncanya
dan entah ke mana pula berakhir
kami tangguhkan perjalanan.

Matahari yang tadi menerangi
beralih hidup ke dunia barat
di langit luas mula menjelma
bintang-bintang tak terhitung
mengelilingi bulan nan satu.
pohon-pohon purba berseragam hijau
berbaris taat mengawal tebing
kini legam dihempap malam.
nyanyi unggas dan serangga
kaki angin yang meloncat di daunan
serta gemuruh air melanggar batuan
terperangkap dijala telinga.

Di bawah langit agung
dalam pelukan damai alam
jauh dari perang dan cemar ini
kami dirikan khemah
dan bentangkan sejadah
untuk sujud menyatakan syukur.

Wahai Tuhan,
yang menciptakan setiap kejadian
terasa betapa sepasang tangan kami
terlalu kecil dan tak upaya
selain menadah meminta,
meminta dan meminta hanya kepada-Mu;
semoga Kau sempurnakanlah
perjalanan hidup kami
sesempurna Kau mentadbir
alam yang indah ini.

RAHIMIN IDRIS
Taman Negara, Pahang
19.12.05
Mingguan Malaysia 15 Januari 2006

21 comments:

Ojie said...

min..
jiwa halus rupanya..
nmpk je ganas..
hahahaha..
err ko suka mkn apam balik ke?

Denanz ... said...

bro min,
gua gelak baca ayat ni:

"Ingatkan jurusolek artis ke, ex-drummer spoon ke atau penjenayah kecil-kecilan mula-mula dulu."

haha. sekalang lu tau siapa gua ar!

Kikuri-hime said...

Waa... ni kes jiwang karat tahap dewa ni. Nice poem. So vivid dengan imagery yg jelas dan indah... heheh..

Marjerin said...

ini baru popular blogger sampai masuk dalam paper.

Fadh Rahman said...

sememang alam menyenangkan cuma tangan-tangan rakus manusia tidak pernah senang duduk sekiranya tidak membinasakannya cuma terkadang terfikir jua...betulkah tiada pembangunan sekiranya alam tidak dikorbankan...

♥~ir@~♥ said...

apasal tiba² ko jadi jiwang karat nih,,

dzul said...

hah..aku dh agak..bro denanz ni penulis tersohor..aku mmg pernah baca tulisan dia lgpun nama dia senang nak ingat.

Rahimin Idris said...

ojie,
eh, apam balik yang saiz kecil sekali tu sedap tau. rangup. kena pula makan bila balik kerja. hahaha

denanz,
ala, gua tak ingat lu punya nama. sebab gua hantar cerpen ke DB kena tong sampah, gua benci tak ingat la lu orang punya nama! hahaha
bro, kalau gua hantar artikel lawak boleh terbit ka? kahkahkah

kikuri-hime,
jiwang? mana jiwang. ekspresi ni. hehe

marjerin,
popular? no lah! dekat2 raya nanti kau lagi popular! hahaha

akumasihdisini,
pembangunan fizikal memang perlu. tapi menyayangi alam juga pembangunan dari segi rohani. mendekati dan mengenali Penciptanya. alam adalah perantaraannya. perlu la ada keseimbangan.

ira,
ni bukan jiwang la. ini greenpeace namanya hahaha

dzul,
kau jangan puji lebih-lebih bro denanz tu. riak dia nanti! hahahaha

man_helang said...

wa...hebat lah ko...tp aku kurang mengerti puitis2 nih...ikan kelah ke tu???

yoshz said...

"Tapi Masniyatun dan Suzana diam-diam baca juga sambil gelak-gelak. Terkekeh-kekeh pula tu."

Oh...kau berlagak takpe. kalau aku ,kau nak hempuk dgn amoi2 sekali..tak sangka blog kau juga 'diperhinakan' di ofis...haha
aku tau perasaan nye.

Redz da Tsar said...

Haha...
Memang bagus la care ko bersajak... Penuh unsur seni kemelayuan...

Tentang alam, memang aku pon same macam ko... Rajin melihat alam.. Tapi alam tatkala malam la...

S.YanaZ said...

Enche Rahimin,
Blogger @ Penyajak?
Yg mana satu idaman kalbu???

*Ahh...bergaya dgn ikan orggg...*
:))



Pstt!psstt!Gua ponnn kenal En.Nan.
Hensemmm woooo!

Don Balon said...

Tahniah Rahimin..
pengiktirafan buat aok tu..

Tapi koi memang problem la kalau nak paham sajak-sajak ni..
sebab tu koi suka masa dua tiga ayat last je..
yang peliknya koi sendiri suka jugek menulis sajak..
tapi koi sendiri menyampah nak baca sajak sendiri atau sajak orang lain..
Mungkin sebab cikgu sekolah rendah koi dulu kut..suka sangat suruh kami budok2 deklamasi sajak..
sudahnya semua nada sama je.. pehh..

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

peh..aok skang..makin menjadi-jadi..!!

ni orang jerantut semua aok dah kabor ke? kalau tak keh tolong kabor nanti..

Wardrobe kita said...

cayalah...tapi cne ek kome leh minat sajak nih??x paham aku..kalo soh aku buat sajak mau 4 taun aku amik masa..tu pun entah siap entah tidak lagi..

Rahimin Idris said...

man helang,
ikan sebarau la. kalau kelah tak ada line hitam kat badan. kalau bakar cecah ngan kicap campur limau nipis..perghhh hahaha

yoshz,
hahaha hanya blogger memahami blogger macam kau kot. aku pun faham perasaan ko yang tak keruan tu.

redzwan,
malam? ok juga tu. tapi kalau hujan tak nampak apa! hahaha

s.yanaz,
eh, ramai penyajak yang jadi blogger apa. aku penyajak ke? hahaha
ikan aku tu. saja bergurau dengan roslan jomel yang ganteng tu. hehe

don balon,
terima kasih. puisi/sajak pun salah satu cabang sains juga. sains sosial. ia membangun rohani. aku bukan budak sastera. tapi aku suka sastera.

pipiyapong,
weh king, aok kasi heboh kat waris keh beloh relong, jerkoh, bapong, lubuk kulit, telang dan lipis nu dah la. beloh mok keh di jerantut ni doh lama doh kecohnya!

qaseh darwisy,
hah, aku buat entri ni semata-mata nak redakan sakit perut ko la ni qaseh. bagi slow sikit urat saraf tu. lepas ni tau la! hahaha

Aku Yang Weird said...

Nak pinjam ayat awie dlm citer 'zombie kg pisang' 'DAHSYAT GILLER! hebat lah lu bro, siap kuar paper lagi tu.. 'saspek' sama lu! =)

Rahimin Idris said...

akuyagweird,
t.k. saspek? apa dosa besar aku?

poyotito said...

peh...lu pun dah masuk kategori selebriti ni.
gua tabik!gua tabik!

alif-mikail said...

huii.. panjang entri..

Rahimin Idris said...

poyotitos,
selebriti? kahkahkah..gua rindu zaman parasite ada kat sudut selera dulu la! hahaha

aliff,
panjang? ala, sajak tu je buat tambah panjang.