“Nah helmet ni. Aku nak kau bawa motor ni, pergi kirim salam kat akak yang tu. Jangan silap pula. Akak yang cute tu.” Aku ambil topi keledar merah tu dan pakai sambil angguk-angguk saja. Masa tu otomatis aku pun dah lupa macamana nak senyum. Mata aku dah paku tepat-tepat ke awek yang kena tunjuk tadi. Kalau hilang nahas la.
“Sampai tiang tu, kau wili satu kali. Lepas kirim salam cepat-cepat datang sini balik pulangkan helmet dan motor ni. Wili satu kali lagi di tiang tu. Faham?” Diberinya aku arahan lagi dengan muka komando. Kalau aku Fushi Kamitake, memang aku sepak juga kerandut zakar dia di tengah-tengah orang ramai tu biar senak satu jam.
“Faham bang.” Tak guna. Dapat kerja posmen pula. Kalau ada upah tak apa juga.
Aku pun buat la. Ikut semua arahan. Minyak aku pam habis padat. Bunyi ekzos kasi kaw-kaw punya. Ambil lap paling tajam. Rapat tahap telinga cecah track. Wili pun tak lupa. Sampai terus kirim salam daripada abang yang tak guna tu kepada akak yang manis bukan main tu. Nak saja cakap salam tu aku yang punya. Pusing belakang dan kembali ke abang yang tak guna tu. Misi tamat dengan jayanya..
“Dah? Akak tu cakap apa?” abang tu tanya sambil sengih-sengih sebaik saja aku kembali.
“Dah bang . Dia jawab la salam abang.” Dah orang tu tanya aku jawab la dengan serius.
“Bagus. Pergi masuk dalam group kau balik.”
Bangang punya senior tingkatan lima. Orientasi, orientasi juga. Dalam dewan makan mana boleh main-main motor. Manusia dah la ramai. Sempo betul muka aku masa pulangkan topi keledar merah dan handle motor dari kayu batang penyapu tu!
Glosari:
Sempo (cakap pahang) – malu tak terhingga tahap dewa.

30 comments:
teruk kau kene raging ek...aku lum pnah lg walaupun sekolah asrama dr kecik lg...mungkin aura pelindung aku kuat kot...ha ha
Sempo aku ader kwn mcm kau...
Betul tak penggunaannya?
hahaha..kesian ko yerk. hari nih aku belajar ayat baru iaitu Sempo.
wuiyoo...fushi kamitake tuee...tapi kan kalau ko...waja timur...tentu ko dah flying kick senior ko tue...
hahaha
lu wili seret helmet la wei.
baru la fushi kamitake.
p/s:fushi kamitake tu power macam gampang!!! jumpa dek gua memang gua hentak je.
Ha.Ha.Ha.Ha.Ha.Ha.Ha.Ha.Ha.
Ha.Ha.Ha.Ha.Ha.
Dah SEMPO gua nk kata apa lagiii...
orentasi ni mmg slalu dpt merapatkan hubungan muka ngan penumbuk...
kalo aku xde nye aku suro ko kirim salam kat awek tu. aku trus kirim sayang je. hahaha...
laa kena raging laa ni? huhuhhhh
kelakar amat :))
agaknya semua senior form 5 lelaki ada idea ini di mana2 asrama pun kan.
peh..cayalah..abis bro ko naik penyapu tu pakai helmet la??cis..buat malu..form brape masa tu? form 1 eh?huhu..
bro rahimin..
epidemik sungguh.. ehhehee
Gilak kelakar...tp sadis arr kat penghujung cite...ahhaha... Nasib baik senior ko x suruh nyanyi lagu "sejuta bdk hitam"... sampai abih blajo pun ko x abih2 lg nyanyi lagu tu...hahahaha
huhuhu hari ini dalam lipatan sejarah
raging, raging.. daring..
uuhh ... memang sempo. haha. cilakak punya senior.
Waaa... ini da di kira 'perloncoan'! heheheh!!! Nape x teruskan niat murni flying kick ko? kalu aku... tak buat gak.. takut!
gua dah bayang paling cikai pun cup ex5, tak sangka plak batang penyapu
emm..aku pong kena gak raging gitu...suruh aku jadik "I Dream of Jenie"..pakai bra kat luar pegi dewan makan! arghhh siollllllll!!!
hahaha..sempo sungguh, kalo aok jumpa senior tu aok chemat je dgn lidi sawit.
bukannye perentei suruh org bawok moto dlm dewan mkn. pepalih lebenye aok.
hahaha.. siap wili eh..
hang kene buat bunyi motor skali ka??
Leba...leba seleba-seleba nya...aaaaa
Loh..lagu itu bikin gué penasaran..
tak grind langsung..
Koi di semsas dulu macam gum punk kena berpuluh kali jugok ragging..
aok tanyer la D-zul..
nama-nama seperti mat Dhab, Mahizan, Sumi memang terkenal sebagai raggers..
manakala D-zul sebagai raggee..
hehe..gurau je D-z..
mujo dok reggae..
Ahh..bengong aah semsas..menyampah aku.. harhar
kemain la sempo nye...foto yang kat profile tu dah ada dah cam m.nasir, tapi pernah gak sempo
dolu2 upe nye...hahaha
Manhelang,
Bukan ragging tu. orientasi tu. ada yang lebih teruk kenanya. Pernah dengar royal flush? Yang letak muka dalam mangkuk tandas, lepas tu pam! Bodoh betul tu. Aku tak kena. Haha!
Yoshz,
Tak betul la Yoshz.
Contoh ayat dan suasana terbaik: saiful buhari terbukti tak diliwat oleh anwar ibrahim, uncle pet pun terpaksa jalan mengiring bila berselisih dengan jiran-jiran sebab sempo kerana dia la yang paling beria gila babi dalam hal ni.
(kau ada kena mengena dengan keluarga saiful buhari tak? Kalau ada aku minta maaf)
Marjerin,
Hahaha ko selalu kesian kat aku.
Akumasihdisini,
Waja timur? Aku start enjin dan balik kampong la hahaha
Poyotitos,
Dalam dewan makan, baik gua seret kat badan awek-awek hahaha.
Fushi kamitake tu ikon gua tu!
s.yanaz,
wah, wah, wah…kemain gelakkan gua. Nak kenan ninja satu kali?
Sultan,
Ko memang. Sultan bermata bola keranjang! Hahaha
Zuldeanz,
Tak ada la bang. Bergurau senda jet u. saya ni kalis gurauan! Hahaha
Life,
Hahaha. Bila ingat rasa lucu juga!
Qaseh,
Form 1 la tu. kalau masa ni budak form 5 buat kat aku macam tu aku lempang laju-laju dah! Hahaha
Aliff-mikail,
Apa yang epidemiknya? Ko pun kena?
Kikure-hime,
Tak sampai la cikgu. Budak tu besor dan tinggi. Muahahaha
Artozy,
Laaa…baca la sampai habis dulu. Aku tak berniat nak menipu pun.
Nita,
Hahaha. Teruknya ko kena!
Dzul,
Hahaha. Celaka senior tu. budak serengkam maran. Ikut hati nak pengkong je kaki dia. Hahaha.
Zubeid,
Buat bunyi pakai mulut je! Hahaha!
Don Balon,
Bukan setakat sempo, leba, bera, terperosok pun ada muka keh masa tu. tapi layan ke je la. hahaha.
alamak, tertinggal pulak dua komen ni. aku tengah sakit kepala ni. sori yek. hehe
umie,
kalau dia suruh nyanyi lagu tu, aku cakap tak tau je.
aku suruh dia ajar dulu sampai habis! hahaha
kuinajentayutiara,
bukan ragging sebenarnya. orientasi. selagi tak sentuh fizikal kira ok la. kau tak pernah kena?
HAHA.entri original gila.
dewan makan mana aok kena tu..? ah buat malu keh je..
first hai...then gile la malu siot mcm tu...serius ker?
hahaha...x berenti den golak ni ha...penah gak kene buli/denda ngn senior #$&*% mase kt skolah..berdiri dr 12am sampai 3am...xde duduk2 wo...uhuk2
Maisara,
Hahaha kisah hidup!
Pipiyapong,
Laaa..malu sikit je..palor je la!
Apek terror,
Haha biasa je. Tapi malu juga la. Orientasi!
Akbalanas,
Tah la. Aku tak peduli pun dengan junior bila jadi senior. Tak kisah.
Biskutrajin,
Laaa..sian ko. Tapi aku rasa aku kena tak teruk sangat! Haha
hadoiyaiii...ingatkan betul lah merempit.aku bersyukur sbb tak kena ragging teruk sgt.kena buli member2 dajjal ada lah
Post a Comment