Tuesday, July 8, 2008

Seorang Lelaki Tua Yang Batuk Jadi Dosa Silam Yang Membayangi Hidupku…

Tengahari tu mata aku tiba-tiba hantar isyarat penting. Otak aku pun dah terima gelombang rasa mengantuk yang mengantuknya memang melampau tahap fitnah Saiful Bahari. Nak tak nak aku mesti cari pengkalan yang selamat untuk berlabuh. Nak tidur di pejabat memang ada gangguan siaran punya la. Baik aku balik rumah sewa. Padam telefon genggam, pejam mata. Mesti aman damai jiwa. Begitu aku fikir.
Bos tak ada. Kerani Cik Atie balik rumah. Dzulkarnain Mohamad blogger yang tak terkenal di Malaysia tapi popular di Kepulauan Maluku tu pula sibuk layan game Red Alert. Entah berapa misi dah dia buat aku pun tak tau sampai aku langsung tak ada peluang nak main. Inilah masanya untuk melaksanakan misi solo aku. Aku segera turun dari pejabat dan tuju ke tempat letak motosikal. Sarung topi keledar dan jalan terus.
Nak jadi cerita, sebelum sampai simpang betul-betul depan KFC Jerantut tu aku terpandang seorang lelaki tua sedang terbatuk-batuk di atas basikal tua. Umurnya barangkali sekitar 60an. Rambut putih semua. Kurus kering dan agak kusut penampilannya. Pada mulanya tak ada apa yang menarik tentang pak cik tu. Hanya pemandangan biasa.
Sekali aku tengok batuk pak cik tu makin teruk. Betul punya teruk. Aku masih jalan sekadar 30km/j. Trafik pun agak sesak pada masa tu. Jarak aku nak sampai ke depan lelaki tua tu kira-kira lima meter saja lagi. Entah macamana, agaknya batuknya dah sampai tahap maksima. Huh, aku terkejut mula-mula. Ingat apa. Laju macam roket pulak tu. Pak cik tu dengan selamba je tongkat basikal, kutip gigi palsu dia, kesat-kesat dengan baju, masukkan ke dalam mulut, lepas tu kayuh semula basikal perlahan-perlahan.
Aku atas motor jangan cerita la. Macam nak pecah perut gelak. Kalau ikut hati nak berguling juga atas motor. Tapi takut kena saman pula sebab buat aksi ekstrem. Aku gelak sampai la ke ke rumah. Bukan main-main aku gelak. Mujur la topi keledar aku full face. Kalau tak mesti orang fikir otak aku ni dah senget. Sampai rumah aku gelak lagi sendiri-sendiri sebab rasa lucu sangat masa tu. Habis hilang ngantuk aku. Tak jadi tidur pun sebab gelakkan pak cik tu.
Tapi hari ni terasa berdosa pula. Tak patut betul aku gelakkan pak cik tu walaupun aku tak kenal dia. Dia pun bukan sengaja buat aksi tu. Dah nak batuk. Takdir pula gigi palsu dia bersembur. Nak kata apa lagi. Jadi kalau pak cik tu terbaca blog aku ni, aku betul-betul minta maaf. Kalau aku betul-betul jumpa dia memang aku nak minta maaf pun. Tapi masalahnya mana nak cari?

9 comments:

HAMIDI BIN SARIF said...

x baik kutuk orng gelakkan orang kang org ki=utuk kita cm ne , mulalah nk balik ke jengka naik lori pulak huhuhuhuh

sultan said...

esok ke lusa ko g tempat yg same kejadian tu blaku. mane tau org tua ada kat situ wat lawak yg same gak lg. hik hik hik...

isk3... ko mmg patut rase bsalah...

Ritah Yahaya said...

Sdr. Rahimin,

Jangan jadi Pak Abu yang "ketawa banyak sangat" di dalam kelas Sekolah Dewasa, Kampung Pinang Sebatang. "Tak baik ...", kata Cikgu Ros.

Dzulkarnain Mohamad said...

nape ko tanak berenti dan tolong kutipkan gigi palsu pakcik tu..

kalau tak skang ni tentu anak dia yg comey tgh cari ko melalui laman blognyer..

rahimin idris said...

midi, kalau aok ada, aok lagi teruk gelak agaknya hahaha

sultan, aku dah tak nampak lagi la pak cik tu. harap-harap dia panjang umur murah rezeki dan tuhan ampunkan kami berdua la hendaknya. kalau ko pun gelak agaknya hehehe

puan ritah, tu kira kandid kamera la tu. bukan selalu. tak sengaja nak gelak. hehehe

woi zul, keh bukan tak nok kutip, tapi kang tak pasal-pasal gigi bahagian bawah pulak bersembur tuju kepala keh..aok kalau jumpa blog anak dara dia, bagi tau keh ye? hahaha

Ojie said...

aku senyum baca cerita ko nih wahai sdr rahimin..
nmpknya aku pun telah bersekongkol skali bersama ko gelakkan pada pakcik tua tu..
aku rasa bersalah tiba-tiba..
kalo jumpa dia, mintak kan maaf tuk aku sekali ye :-)

rahimin idris said...

laa ojie, yang ko gi gelak tu buat apa..aku tak tau..ha, tak tau..hahaha

pipiyapong said...

patutnya lu parking motor gelak sambil tunjuk kat muka dia..baru true..!!
lepas tu memang makan petir laa atas belakang..

rahimin idris said...

woi pp, aok gila ke..otai tu..respek la sikit..buat nya ada geng-geng zaman woodstock 60an dia dulu mampus keh kena silat pulut!