Wednesday, July 9, 2008

Pau Paling Sedap Macam Dalam Syurga...


Petang tu aku dah nak balik ke Jerantut dari Kuala Lipis. Keluar dari tapak bina tengok tolok meter kereta aku dah nak tumbang ke belakang. Ah, apa-apa hal curah petrol dulu la. Nanti tak pasal-pasal kereta mogok tepi jalan. Kalau kena boo dengan geng mat rempit tambah la malunya.

Sampai Petronas Kuala Lipis, sambil bangla petrol pump tu tembak minyak dalam tangki, aku cari la rokok barang sekotak dalam kedai Petronas tu. Tiba-tiba mata tajam aku terpandang pau dalam alat pemanas yang dijual di situ. Macam sedap. Air liur yang aku telan dengar macam berdentum dalam kerongkong. Memang tak boleh jadi. Mesti sedap ni. Selera aku dah hasut otak macam Israel jahatnya. Aku layan juga. Beli juga dua biji inti kacang merah. Nescafe satu tin.

Siap curah tangki ingat nak la jalan terus. Tapi pau inti kacang tu macam memanggil-manggil saja. Setan betul pau ni. Nak melambat-lambatkan perjalanan aku juga la ni. Aku merungut dalam hati. Nak makan sambil memandu bukan kerja la. Tak hormat rezeki namanya tu.

Aku pun dengan penuh rasa syukur, buka juga tin Nescafe tu. Jalan seteguk dua dulu. Lepas tu pau hangat yang putih gebu, lembut lagi wangi tu mula aku suap ke mulut. Ya Robbi…sedapnya pau ni. Rasa macam dalam syurga dunia. Sungguh, itu la yang terdetik dalam hati aku. Tak pernah aku rasa pau macam tu punya enak. Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah jalan dua ketul. Tapi rasa macam tak cukup pula. Kertas kat bawah pau tu aku tak telan la. Rasa nak beli lagi pun ada. Tapi takut bangla petrol pump tu kutuk pula. Dema ingat aku ni kebulur sangat pula.

Macam ni boleh ketagih aku. Ah, lain kali aku mesti repeat. Aku mula azam-berazam.

Dan petang esok azam suci aku tu pun terlaksana. Aku ke Petronas Kuala Lipis lagi semata-mata nak beli pau di situ. Baru dua tiga suap aku makan. Terasa semacam kelainan. Aik, kenapa tak macam semalam? Aneh betul. Semalam betul punya sedap. Kalau ada dinosaur main sarkis depan aku pun memang aku buat bangang la. Apa hal ni? Aku dah mula tertanya-tanya.

Aku terus berfikir-fikir untuk mencari jawaban kes ni. Fikir-fikir punya fikir, fikir punya fikir laaaa…baru aku tau. Semalam aku sibuk sangat. Betul punya sibuk. Banyak kerja, terkejar-kejar. Pagi aku Cuma kena teh tarik dengan roti sekeping. Dah pukul empat petang tak makan-makan lagi. Tak sempat nak makan. Badan pun penat bukan main-main. Patut la pau tu sedap sangat!

11 comments:

Dzulkarnain Mohamad said...

Fuh..terkejut keh.. Keh ingatkan benda berbungkus tu baby kena buang yang aok jumpa tepi jalan..cuba aok amati betul-betul foto tu sekali imbas.

Tambah plak skang ni kat mana-mana pn bleh jumpa baby!

Ritah Yahaya said...

Sdr. Rahimin,

Kalau kat kawasan rumah saya, Pau Pak Kasim yang dikukus dalam pelengat rotan. Rasa roti paunya sedap sangat macam yang dibuat oleh Tok saya.

sultan said...

pas ni ko try beli time nk buka puasa plak...

rase dia time tu...

peh... mmg menangkap abis...

Ojie said...

sedap betul kalo dpt mkn pau pesta kt area batu pahat..
dia jual tepi2 jln je..
rasa dia lg xhengat dunia kalo mkn..
lg2 kalo kelaparan ko tahap maksima..
memang ko rasa melayang2 la lps mkn..
hahaha..

Ritah Yahaya said...

Ojie,

Kalau lepas makan rasa melayang-layang, ada dua sebab. Pertama, itu bukan pau - itu heroin dan ganja. Kedua, yang makan tu bukan manusia - layang-layang, puntianak,langsuir, dll. spesies yang boleh melayang-layang gitu ...

Ojie said...

puan ritah,

hehe mungkin kelaparan saya di tahap maksima waktu itu sampaikan saya rasa melayang2 lepas makan pau :-)

pipiyapong said...

woi..!! keh pun tak pernah beli dia punya pau..ke pau ah hong tu??

rahimin idris said...

zulkanan,
ko ni kalau masuk peraduan teka gambar memang sampai kiamat la tak dapat-dapat hadiah..

puan ritah,
puan pandai tak buat pau? eleh, mesti tak berapa jadi kalau buat tu. kalau beli mesti jadi. hahaha

sultan,
kalau bulan nasi basi pun nampak sedap. dah buka puasa tak sedap langsung..

ojie,
hui, ko ni melampau ojie. bawa ngucap sikit kalau makan pau masa lapo. baca bismillah tak? hahaha

puan ritah & ojie,
hahaha mak kawan aku dulu sakit. tak selera makan. kawan aku letak dalam ganja dalam nasi. habis dekat 4 pinggan. dua tiga hari terus sihat! hahaha

pipiyapong,
hah, pau ah hong? ada taruk inti babi ke? patut la sedap sangat!

Ritah Yahaya said...

Sdr. Rahimin,

Memang tak pandai. Mengaku kerana saya jujur. Saya tak sempat berguru dengan Tuk. Daripada membazir bahan masakan dan kesiankan orang yang mengumpat saya kerana pau tak sedap tak mendapat pahala, baiklah beli sahaja.

kikiEy said...

sedap ke pau 2?

nampak mcm xsedap je..

huaha:]

rahimin idris said...

puan ritah,
puan ada bakat nulis je kot. tapi rugi ilmu tuk puan ritah tu kan tak dapat kat puan..

kikiey,
ah, kalau lapor tu, semua sedap haha