Jam satu tengahri semalam aku terasa macam nak menambah kalori dalam badan. Suasana perut macam biasa la dah jalan separuh hari ni . Sebab bukan bulan Ramadan rasa rugi juga kalau tak santap makanan berkhasiat ni. Selera dan poket pula memang memberi keizinan.
Sebab terasa nak makan asam pedas ikan pari, sampai la aku ke gerai seorang mak cik tu. Memang sedap asam pedas dia. Anak dara dia pun sedap betul mata memandang. Ambil la dalcha timun. Demi untuk membezakan dengan air sirap kenduri kahwin di kampung, aku order la air sirap limau nipis. Padahal limau nipis belambak belakang rumah mak tapi aku malas nak buat bila di rumah. Bayar kena RM7. Bayar dulu baru makan. Cheh, takut orang makan tak bayar la mak cik tu.
Siap la cuci tangan. Aku pun dah bersiap sedia untuk menguji prestasi asam pedas mak cik tu buat ke sekian kali. Aku pun kepal-kepal nasi dan suap ke mulut aku yang tak sabar-sabar dah nganga awal-awal. Tiba-tiba alamak! Terkejut gila aku.
Mula-mula aku ingat mimpi. Kesat-kesat mata dengan tangan kiri. Kalau kesat dengan tangan kanan bersempelet la nasi ke mata. Betul ke apa yang aku nampak? Kalau setakat Siti Nurhalizeh dengan Datuk Kay lalu depan aku memang tak masuk carta kehairanan aku langsung la. Tapi kes ni dah tahap filem-filem Hollywood. Bahaya ni. Silap-silap satu Kuala Lipis disedut dek benda tu.
Tapi orang ramai yang ada di deretan gerai tu boleh buat selamba saja. Kereta lalu-lalang laju-laju macam biasa. Mak Cik kedai tu pun buat macam tak ada apa-apa juga. Tak kan dia tak perasan benda yang sikit punya besar belakang kedai dia tu. Aku dah nak buat panik dah. Nak jerit juga. Tapi pendam juga. Nak bisik-bisik tanya mamat Kelantan di meja sebelah yang tengah cekik kepala ikan keli goreng berlada tu takut memalukan diri sendiri pula. Tak apa la. Biarkan la semua tu. Buat macam biasa. Aku pujuk-pujuk diri untuk sedapkan hati.
Dengan penuh semangat aku pun keluarkan la kamera digital projek. Abadikan dua tiga keping foto sebagai bukti buat generasi akan datang. Inilah bukti yang sebenar-benarnya. Kuala lipis dalam sejarah moden tahap USA. Siti Nurhalizeh tu apa la sangat.
Tapi orang Kuala Lipis ni memang pelik. UFO mendarat dan mengintip dari atas bukit belakang rumah, nak menjajah minda dan fizikal buat tak tau saja. Tapi foto di bawah adalah buktinya. Perhatikan baik-baik. Kalau ia memang bukan UFO pun, aku yakin 129% ia memang macam UFO!
P/S: Anda semua dapat baca mesej tersembunyi aku dalam cerita ni?
9 comments:
hah..ni memang dah sah ufo sesat..kalau pau petronas lipis dah tahap baby..apatah lagi benda ni..jaga skit jangan kena culik jadi bahan eksperimen..
kang tak balik jengka aok.. kahkahkah
Sdr. Rahimin,
Foto yang canggih dari lensa kamera pemerhati yang tajam, tetapi saya teringatkan putu piring yang gebu yang dijual oleh Acik Gayah depan 7 Eleven.
mcm byk air je dlm kapal angkasa tu...
aku ni x mkn ikan...
kalo singgah kdai mkcik tu aku rase nk order anak dara dia je la...
keh keh keh...
huh sultan dah nak order ank dara makcik tu..
abes la peluang ko melepas lepas ni sdr rahimin..
hahaha..
woi..!!ini yang buat keh nak pangkoh kaki aok kat tengoh pasor malam ni..!!
dzul,
hahaha kali ni pemerhatian aok dah makin tajam. boleh menang saguhati. hahaha
puan ritah,
hahaha lupa nak cakap. masa sekolah saya memang ahli kelab fotografi walaupun tak pernah ada kamera. ha, putu piring memang sedap. puan buat saya terliur pulak dah hahaha
sultan,
hoi, aku cakap kat mak dia kang. mak dia garang. tapi dengan orang yang makan di situ baik la. terutama aku.
ojie,
eleh, adik dia lagi cantik. aku saja malas cerita sekali. takut orang macam sultan tu nyibuk!
pipiyapong,
hahaha ambik aok! aok pangkoh kah ngelok je hahaha
2 UFO mainan lah!
korang jangan tertipu:]
tu bukan ufo mainan la kikiey..
tu adalah tangki simpanan air dari jenis rc concrete. ada juga tangki besar empat segi stainless steel utk water supply..
pecayalah ckp aku kikiey..hehe
kikiey,
laa, betulll...aku tak tipuuu...
dzul,
woi, ko jangan la pecah lobang!!! kikiey tu naif hahaha
Post a Comment