Passport siap. Dengan foto paling segak. Baju sejuk beli tiga helai. Kulit unta agaknya. Kulit pisang memang sah bukan. Semua kelengkapan diri dari bantal ke berus gigi, dari periuk elektrik ke sagat ubi kayu dan dari computer riba hinggala ke buku 555 semua beres. Macam nak masuk asrama penuh di Eskimo pula.
Ini barangkali entri terakhir aku dari Jerantut Pahang. Atau lebih tepat lagi dari Malaysia tercinta ini. Aku punya misi penting untuk negara. Perlu fokus penuh. Berat hati memang. Tapi inilah garis-garis takdir yang terlukis dalam petak-petak hidup aku. Tak perlu hantar aku. Cukup doa selamat pergi selamat kembali. Rasa sayu nak ucap selamat tinggal. Kawan-kawan dan keluarga. Udara, cahaya, langit dan tanah air. Kenangan, suka duka dan segala-galanya!
Bos dapat projek baru di luar Malaysia. Aku kena in charge projek tu. Aku belum pernah lagi ke tempat tu. Barangkali kalian juga begitu. Sesiapa yang pernah ke sana sila emailkan pengalaman anda ke akulatomi@yahoo.com dengan kadar segera. Mungkin ia berguna untuk aku nanti. Tapi nama tempat itu barangkali kalian pernah dengar. Memang tersohor dari dulu. Harap ada talian internet. Boleh aku kemaskini berblog jika punya waktu senggang.
Aku juga harap akan ada lagi pertemuan kita. Tapi jangan risau. Hanya waktu dan jarak memisahkan kita. Ah, planet Zargus bukan jauh sangat juga. Aku akan kirim poskad dari planet Zargus buat rakan-rakan blogger yang rajin beri komen sebagai cenderahati bila ada keizinan nanti.
Akhir kalam, jam pun dah lebih satu pagi. Rokok pun dah kering. Aku pun betul-betul dah penat cari idea. Esok ada misi penting. Korbankan jiwa raga sebagai buruh binaan. Bina sebuah bangunan buat guru-guru mendidik generasi akan datang. Sayonara kawan-kawan. Aku sayang kalian semua! Aku nak…zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz…
8 comments:
weh ko nk terbang ke mana nih?
ko nk pi jepun ke hapa?
hahaha..
apa2 pn all the best for u..
kt tpt org tuh pepandai jaga diri sbb mak ko xde kt situ nk bebel2 kt ko..
jgn trus lupa berblog udah la ek
:-)
planet zargus?..
Bos dapat projek apa kat sana?
Sekolah, klinik, highway?
ko nak pg mana nih,,harap ko tk stop berblog,,aku akan merindui entry mu,,,hahaha,,all d best k,,pepandai le bawak diri,,
bro... aku doakan slmt pergi n slmt blk...
kalo ada tlebih beli rokok org jepun tu passing2 la kat aku. hihihi...
Bina bangunan utk pendidik?
Wahhh...ini sudah bagussss.
Selamat lah, yea.
nk pegi zzzz...tido ke??
pakck!
nk pg mana???
planet zargus?
bna bngn?
bgs2..
ini anak msia:]
ojie,
woi, aku pergi kuala lipis je la! hahaha
zul,
bos buat projek kolam ternak ikan karing hahaha
ira,
haaa, hari ni ada entri baru! hahaha
sultan,
woi, jupun mana ada rokok gudang garam surya! hahaha
s.yanaz
bina bengkel untuk kemahiran hidup. ko cikgu ke? assalamualaikumm cekguuu!!!
zubeid,
hahaha ko tere..nak tido je. arap-arap mimpi sampai ke luar negara hahaha
kikiey,
pergi kuala lipis la. banyak kerja sana. tak dan updated blog ni hahaha
Post a Comment