Saturday, July 19, 2008

Mesej Dari Kuburan

Ini kisah malam Isnin lepas. Aku nak ulang layan ‘Tonil Purbawara’ kumpulan cerpen SN Shanon Ahmad. Rindu pada tulisan Pak Shanon.. Adik pula ulang layan filem Arwah P.Ramlee yang entah berapa ribu kali main tu. ‘Keluarga 69’ tajuknya. Kalau satu kali main cerita Arwah P.Ramlee tu adik gerak lima kilometer, barangkali hari ni adik dah ada di Tibet agaknya. Kuat pula vokal TV adik tarik. Ganggu konsentrasi.
Aku pun minat juga sesetengah filem dan muzik Arwah P.Ramlee. Bagi aku beliau seorang pengkritik sosial yang berjaya mencipta mesej-mesej bawah sedar di dalam karya-karyanya. Pasal SMS palsu tak ada pula beliau buat. Walaupun di akhir hayat graf kreativiti beliau dah terbalik, tapi banyak juga filem-filemnya berjaya mewakili suara golongan marhaen menyindir keras pihak-pihak tertentu.
Mesej terbaru aku tangkap malam Isnin lepas. Aku tertonton penamat filem ‘Keluarga 69’ tu. Aku gelak sambil geleng kepala. Kalau kalian perasan, dalam babak penutup filem tu; seluruh keluarga yang tunggang langgang tu berjalan-jalan beriringan menuju Bangunan Parlimen. Kalian tahu Bangunan Parlimen? Kalau tak tahu pergi tidur dalam reban ayam sekarang juga. Sebab tak relevan jadi rakyat Malaysia. Dan kalian tahu apa maknanya? Arwah P.Ramlee dapat baca. Memang Parlimen kita tunggang langgang. Tengok la sekarang. Macam badut.
Itu baru satu di antara mesej-mesej bawah sedarnya. Banyak lagi. Paling tajam sekali bagiku tentulah alif (U), mim (M), nun (N), wau (O), sarkis! Dialog S.Samsudin mengeja di dalam ‘Pendekar Bujang Lapuk’. Nah, UMNO memang selalu nampak macam sarkis. Sejak dari zaman Arwah P.Ramlee lagi agaknya. ‘Nujum Pak Belalang’ lebih dahsyat. Sultan Shahrulnizam, Tuanku Permaisuri, Tengku Puteri dan Memanda Menteri jalan kaki empat dalam gua Bukit Tunggal kejar takhta dan wang emas. Manusia normal jalan kaki dua. Kaki empat untuk yang punya nafsu semata. Sanggup pula lawan teka-teki tagang tanah air. Rakyat kecil tumbangkan hutan jadi desa jadi kota. Tapi Raja jual semua. Arwah P.Ramlee memang genius.
Ada sekali hari Sabtu. Bos suruh aku tanda kad kong(kerja) buruh yang kerja esok sebab untuk kerja tu bos bagi kerja gaji hari. Takut ada yang mengelat. Dialog Arwah Ibrahim Pendek dalam filem ‘Ali Baba Bujang Lapok’ pun macam berputar kembali dalam kepala aku. Aku dengan muka selamba cakap la sambil baca akhbar, “hari ni hari Sabtu, separuh hari. Esok Ahad, public holiday. Kalau mau, hari Isnin boleh la!”
Tapi bos tak gelak pun. Budak-budak lain pun tak gelak. Tapi bila bos tak ada semua gelak macam orang tak siuman pula. Penyamun pun pakai undang-undang buruh apa!

P/S: Arwah P.Ramlee seolah-olah tak pernah jemu menghantar mesej kepada kita setiap kali membaca karya-karyanya meski jauh dari alam kuburan. Dapatkah kita membacanya? Al-fatihah!

12 comments:

ira said...

geliga tul otak ko eh,,ko leh pikir² sumer benda2 tuh,,hehee,,tabik spring kat ko la,,

S.YanaZ said...

Bos planet Zargus mana nk fhm satira.
ha.ha.

generasi said...

aku pun nak tabik bukan setakat spring tapi tabik hormat hAHAHa

rahimin idris said...

ira, sebab ko tabik, aku kena la tabik balik hahaha. jangan tonton filem saja tau..baca sekali!

s.yanaz,
hahaha faham juga, saja buat-buat tak faham sebab enggan terima pukulan mautku hahaha

generasi,
haaa, ni sorang lagi. aku tabik kat ko dua belah tangan! hahaha

Ojie said...

aku respect sama engkau la bro..
serious kau bleh adaptasi dgn keadaan semasa..
sbb tuh aku kata aku suka baca hasil tulisan kau :-)

rahimin idris said...

suka baca? terima kasih..ah, aku biasa-biasa je..hahaha

sultan said...

isk... cam ne aku bole x prasan bangunan parlimen tu...

bkn aku x tau, x prasan je...

Dzulkarnain Mohamad said...

umno tu aku pn br perasan bila tengok youtube dlm thn lepas..keluarga 69 aku tak perasan, lagi pun tak brape minat..

Akak aku kata memang filem p. ramlee lecturer selalu suruh buat research masa kt maktab..
byk lagi sebenarnya yg tersirat.

aku perasan cerita pendekar bujang lapok..belajar silat sehari aje sebenarnya..
tapi dah boleh bersilat..
kalau keadaan tertekan semua pn boleh buat..

rahimin idris said...

sultan,
ko kalau pelakon seksi baru cepat perasan! hahaha

zul,
banyak lagi, tapi malas cerita la..tak cukup ruang!

yoshz said...

Saya setuju dengan pandangan anda.
satu lagi, dlm filem ali baba bujang lapok, bila ibrahim pendek cakap "i i sir!" p ramlee tanya bahasa apa kau guna?

"bahasa bapak saya dulu2" maksudnya org putih lebih dulu jadi penyamun/penyangak.

kreatif kan?

Qaseh.Darwisy said...

ha ah la...mmg ko ni genius btl...x de la pulak aku terperasan ngan benda tu...nti aku nk ajak kaum kerabat aku ulang tayang balik smua filem p.ramlee...

rahimin idris said...

qaseh,
woi, jangan puji sangat..kembang betol hidung aku ni nanti! hahaha