Monday, July 14, 2008

Aku Lupa La, Bukan Sengaja...

Semalam aku tukar kereta suka sama suka dengan adik. Saja-saja tukar. Kebetulan aku kena bawa empat orang pekerja. Aku perlu cepat. Pagi-pagi lagi dah gerak. Sampai rumah kongsi budak-budak tu tengah cangkung menyumbat nasi ke mulut. Badigol punya buruh kasar. Orang dah pesan suruh bangun dan siap awal-awal sikit. Ikut hati nak juga aku tendang semua serentak biar terpelanting ke atas atap rumah kongsi. Tapi malas la. Hormat orang sedang sedap hadap rezeki. Lagi pun nanti siapa nak buat kerja kalau budak-budak tu jatuh sakit. Orang Malaysia bukan suka sangat kerja panas-panas berat-berat kotor-kotor ni. Makan dadah tak payah ajar. Laju saja pandai sendiri.
Sambil aku layan-layan tazkirah di Pahang FM tu, siap la budak-budak Jawa tu sarapan. Semua masuk kereta ambil port masing-masing. Macam drebar pula aku aku rasa. Sial betul. Nak duduk belakang tak ada seorang pun yang punya lesen memandu. Jangan kata lesen, pandu kereta pun tak tahu. Penat la aku macam ni.
Aku pun pandu la dengan gaya seorang pemandu berhemah. Kurang lebih 100 meter aku rasa kereta adik aku macam dah kena taun saja. Berat betul rasa pemanduannya. Tak kan ada masalah enjin pula. Adik baru lagi servis. Tak kan la budak-budak Indon ni naik jadi berat sangat pula. Semua badan cilik-cilik saja. Cuma Sukadi saja yang badannya gedik (besar) macam Susilo Bambang Yodhoyono. Apahal? Apahal? Apahal? Aku mula tertanya-tanya dalam kepala. Semua penumpang diam saja. Sampai la kurang lebih 200 meter.
“Bos, brek tangannya belum dilepas,” tiba-tiba Sukadi bersuara dengan gaya Kejawaannya..
“Diam la kamu! Bawa kereta memang macam tu. Dah jalan jauh sikit, baru lepas brek tangan. Baru pick-up dia lebih!”
Cheh, apahal la aku boleh lupa nak lepas brek tangan dulu tadi. Patut la bukan main berat masa gear pertama tadi. Tapi aku tekan juga. Nak kejar masa. Mujur tak hangit!

12 comments:

SAHRUNIZAM said...

salam min,

baguslah gaya awok menulis. santai dan ada kelainan. koi suka baca.tahnaih

rahimin idris said...

salam bang,

terima kasih bang. koi kalau nak tulis yang berat-berat boleh juga. tapi takut orang takde masa nak baca dan fikir lama-lama. koi tulis yang santai-santai je. harap abang terhibur juga membacanya.

ira said...

sya pun terhibur juga membacanya,,hehehe,,

sya add awk yer,,;)

rahimin idris said...

ira,
aik, ko pun terhibur? laa, aku ni macam penghibur pulak. tak pe la hehehe.
add la..nanti aku add ko pulak! hehe

sultan said...

nak bg pick up lebih la plak...

baek punye cover. hihihi...

rahimin idris said...

sultan,
eh, memang betul apa! hahaha

Ojie said...

aku suka semua hasil tulisan engkau..
ringan dan santai tapi menghiburkan..
ko xnk tulis novel ke?
aku tenguk ko mcm ada bakat je..
nnt ko bleh bg satu novel free kt aku..
hahaha..
tp citer ko nih mmg buat aku tersenyum :-)

rahimin idris said...

ojie,
aku sebenarnya seorang yang serius. aku akan usahakan satu blog yang serius nanti. blog ni serius juga sebenarnya tapi santai.
novel ada tulis. satu bab je. lepas tu pening hahaha. terima kasih sebab suka tulisan2 aku. ko nak novel free? bolehhh..bagi aku foto ko pakai kimono untuk buat kulit depan! hahaha

Ojie said...

aku berkimono?
hahaha tiba2 aku jd minah jepun pulak..
tp rasa2 mcm xsajak sbb mata aku xsepet..
hahaha..

rahimin idris said...

ojie,
tang mata tu mudah je. suluh dengan spot light otomatik sepet la. hahaha

Dzulkarnain Mohamad said...

aku penah kena mcm ni..
lupa free handbrake masa keta dah jalan.

tapi entah kenapa aku sedih pulak baca entri ko nih.

Sebab masa tu org yg gelakkan aku tu adalah arwah adik perempuan aku.

aku teringatkan dia

al fatihah

rahimin idris said...

dzul,
haaaa, tak pe la, ko berjaya hiburkan arwah adik ko...alfatihah...