Saturday, July 26, 2008

"Abang, abang nak tengok semayang orang cacat tak?"

Kalau mahu ke masjid solat jumaat sila datang awal. Kalau boleh ambil saf depan. Dekat-dekat Tok Imam pun boleh. Cuma jangan la sampai beriba dengan imam pula. Silambam dek Tok Imam tu pula nanti. Sakit dapat malu pun dapat. Jangan bimbang. Kita bukan budak-budak asrama. Selalu tolak menolak untuk laung azan atau jadi imam. Baca khutbah pun tak usah. Kalau kita minta beria-ria pun tak dapat juga. Baca sajak cinta pun tak ada lagi orang buat. Jadi jangan pandai-pandai. Buat saja macam biasa.
Semalam aku tak juga lewat ke masjid. Cuma entah apa cerdik saja-saja nak solat di bahagian serambi masjid pula. Udara hari dingin. Tak tahan. Aku mahu jauh dari tamparan angin-angin kipas. Udara luar natural. Betul-betul di hadapanku seorang bapa bawa dua orang anak. Dari tebakanku barangkali umur sekitar lima atau enam tahun. Aktif pula tu. Aku buat tak tahu saja. Lagi pun muka mereka tak ada iras Olmert dan Bush. Kalau ada aku hantuk juga dua-dua kepala budak tu. Jangan marah lagi. Baca dulu kisah masuk akal ni.
Khutbah dari mimbar mengenai siksa kubur akibat tuang atau cuai solat. Aku terheret ke garis depan. Kembali ingat. Mungkin esok aku bernama mayat. Atau sekejap lagi. Tak berblog-blog lagi. Tamat sia-sia. Bertimbun dosa. Lebih hina dari anjing kurap jalanan. Barangkali. Aku sangat cuai. Pernah tak solat bertahun-tahun. Kutuklah. Siksa Tuhan untuk aku nanti lebih dahsyat dari kutukan kalian. Minta jauh semua tu. Moga ampun jua dari Tuhan Maha Pengampun. Tak ada niat langsung nak bangga dengan dosa-dosa. Dan tak ada niat pula aku nak heboh satu dunia aku dah solat. Tapi semua maklum. Itu kewajiban kita sebagai muslim.
Laungan azan untuk solat menerjah udara sekeliling. Tok imam dah mula. Semua yang ada bersolat. Seperti manusia lain, aku juga cuba untuk kusyuk. Maklumlah, khutbah tadi macam wake up call pula. Siksa sungguh nak rasa nikmat kusyuk solat ni sebenarnya. Macamana nak buat aku pun tak tau la. Aku perlu usaha juga sebelum mati. Semua muslim mesti.
Rakaat pertama boleh tahan lagi. Walaupun ada lintasan-lintasan yang menggangu aku cuba juga tahan. Tapi masuk rakaat kedua entah la. Dah punah solat aku agaknya. Aku tak tahu la nak salahkan siapa. Dan aku juga bukan mahu salahkan sesiapa. Diri sendiri barangkali. Pernah ada kisah orang yang kusyuk solat, dinding runtuh hempap pun dia tak sedar. Tapi aku ni jauh lagi. Memang jauh.
“Abang, abang nak tengok semayang orang cacat tak?”
“Macamana?”
Budak berdua tu betul-betul depan aku. Aku ternampak dan masuk telinga la. Setan pula dah tarik cuping telinga dan mata aku luas-luas. Aku pejam mata dan cuba buat tak tahu. Berdialog satu hal. Deras pula suara. Aku terbuka mata. Tiba-tiba budak yang nak buat demo sembahyang orang cacat tu letak tangan di belakang pinggang dan sujud. Kaki terjongket dua-dua macam kala jengking nak cucuk mangsa. Kemudian guling-guling. Sampai tempat aku nak sujud pula tu. Abang dia boleh gelak dan tiru pula tu.
Habis la. Aku nak cakap apa lagi. Aku tahan juga sampai salam. Rasa nak marah dan nak terketawa sama banyak saja. Lain kali aku tak mahu lagi solat hampir dengan kanak-kanak. Iman aku tak seberapa. Kalau kalian jadi aku macamana?

18 comments:

man_helang said...

salam bro...

ble aku bca rasa cam nak glak pun ade...dlu pnah gak aku semayang sebaris ngan bebudak...pasai aku lambat sampai, saf dpan dah penuh...alik2 time semayang di org main tolak2 menyirap darah aku...lepas semayang aku terus sound direct...tp ok gak depa tak buat lawak bodo mcm hal ko tu..kalau tak aku gelak dah aku rasa...iman ko ngan aku sama jek nipisnya aku rasa...hu hu...erk...

yoshz said...

Hahaha...kira iman ko hebat apa.
kalau aku mesti aku terbatal solat, pastu join budak2 tu sekali.
tapi, aku dulu lagi jahat. aku taruk paku tekan kat tempat sujud.
sampai maghrib la member tu iktidal.

Rahimin Idris said...

man helang,
aku segan la nak sound. bapak dia buat bangang je. kang dia sound aku balik seram juga! haha

yoshz,
heh, tu tak jahat lagi tu. kalau kau konkritkan dia masa tahiyat akhir baru betul-betul jahat! hahaha

S.YanaZ said...

Bro.,
ntah2 diaorg 'geng jahat' 2 Hijau,tak...

Rahimin Idris said...

s.yanaz,
ye ke? rugi gua tak join sekali! hahah

Rahimin Idris said...
This comment has been removed by the author.
S.YanaZ said...

Enche' Comment Deleted nih rajin betoii bg comment kat blog lu.
kan...kan...

Rahimin Idris said...

comment deleted,
woi, dah berapa kali aku bagi amaran, jangan nyibuk kat sini la!

s.yanaz,
ko tolong jet rusuk comment deleted tu 25x!

Kikuri-hime said...

Salam.. i really enjoyed reading ur entry. Izinkan saya link kan blog awak ngn saya. Thanx in advanced...

zubeid said...

pengajaran yg aku boleh simpulkan dari cite ko nie...
'jangan smbhyg kt serambi'
tu mmg tmpt bdk main2 k...

ijan said...

kalo aku mmg smbyg sambil menggigil satu badan sbb tahan gelak. hahaha...

Rahimin Idris said...

kikuri-hime,
hait, arigato! dulu saya ada kenal seorang jepun masa pertukaran pelajar antarabangsa di sekolah. nama dia makiko..kau katjepun ke? mesti geng sinchan ni!

zubeid,
cheh, budak-budak kat mana-mana pun dia main la. haha

sultan,
cheh, kau ingat aku tak menggigil? hahaha

Ojie said...

adehh kalo aku sure terus gelak besar..
lg2 aku nih jenis tak tahan kalo tenguk benda lawak..
bro, iman aku pn nipis mcm kulit bawang..
aku pn mcm ko bkn nk bangga dgn kejahilan aku cuma stp kali aku ingat, aku akan lebih berhati2 dan menginsafi diri..
stp org pernah buat slh cuma bezanya ko nk berubah atau tidak
:-)

Denanz ... said...

min,
bebudak kalo smbhyg dpn kita, macam-macam perangai. tapi takleh salahkan diorang. salahkan BAPK diorang tu. bab ni la yg aku selalu bengang. kalau dh bawak anak, suruh le smbhyang kat belakang. kalau bebudak tu lum baligh, dh kira putus saf. camna tu? ustaz2 tolong jwb sket. anyway, aku ada gak citer best pasal bebudak nakal sembahyang ni. nanti aku buat citer, k?

Rahimin Idris said...

ojie,
hahaha aku pun nak gelak tu..badigol betol budak-budak tu..harap-harap dah dewasa nanti mereka tak nakal lagi la..hahaha

denanz,
rasa nak karate je bapak budak tu..tapi campur budak-budak tu diorang bertiga..mana aci..tewas la aku nanti hahaha

lutfi said...

Cubaan-cubaan. Tapi, mmg la, zaman kanak-kanak, masa tgh solat, silap-silap ada orang juluk tempat-tempat sensitif...hg pernah kena ke macam tu.

Wardrobe kita said...

Aku menggigil tahan ketawa bc blog ko sbb aku kat dalam ofis...karang x pasai2 lak aku kena buang...dorang bukan tau pon aku ni da terbaca blog ko ni..tu lah..ada hikmah jugak ko smayang kat serambi...lain kali ko g dok depan imam...kiblat lawan imam...patu ko tenung imam lama2 biar imam lak yang segan silu ngan ko..

Rahimin Idris said...

wahai lut,
pernah sangat. yang letak tabung bawah punggung masa sujud pun ada. hang pernah buat lagu tu ka? haha

qaseh,
hah, lain kali kencing dulu sebelum baca blog aku haha.
woi, solat depan imam? kena tangkap kang haaa...