Friday, June 27, 2008

Teori Magik Kepala Hotak Kau!!!

Abang cakap, “kalau kepala telus lubang, badan pun mesti lepas”. Aku angguk-angguk separuh faham. Separuh lagi fikir-fikir untuk praktik teori musibat abang. Kami bertiga. Adik memang tukang ikut belakang. Kami main tepi pagar susur tangan dalam rumah. Susur tangan tu bukan besi. Kayu keras berubat yang jenisnya aku pun tak tahu.
“Tengok ni,” dengan muka bangga abang sorong kepala ke celah salah satu pagar susur tangan tu. Lepas tu dengan lagak seorang ahli magik abang menyelinap ikut celah pagar susur tangan tu. Aku buat tak jadi. Kepala tak muat. Adik pun buat juga. Lepas dengan selamba. Tapi adik tak la magik sangat. Adik kecil sangat lagi. Sumbu aku pun macam dah kena cucuh. Tak boleh jadi. Hasad dengki menendang-nendang dinding perasaan. Wahai, aku pun nak gemilang juga.
Abang aku pun dah berambus pergi main dengan kawan-kawan bersama-sama rasa riak dia selepas tewaskan aku. Adik masih dalam rumah. Layan basikal roda tiga yang pengayuhnya di tayar depan. Aku layan perasaan tak puashati. Aku kan adik, kenapa kepala aku lebih besar dari abang? Pertanyaan itu menerjang-nerjang kotak otak aku.
Tapi memang aku jenis pejuang yang tak ngaku kalah. Aku cuba lagi. Aku masukkan kepala aku ke celah-celah pagar susur tangan tu. Tak boleh. Cuba lagi. Mesti boleh. Tujuh lapan kali cuba akhirnya, berjaya! Aku berjaya! Girang betul. Tapi kejayaan aku memasukkan kepala ke celah pagar susur tangan tu hanya manis buat seketika.
Tengahari tu riuh rumah aku. Ramai jiran-jiran datang. Mak aku dari kedai runcit sebelah rumah lari-lari kecil pulang bila dengar jerit aku dan adik. Abang pun pulang bawa kawan-kawan. Adik jangan cerita la. Nangis macam nampak undertaker pulak. Arwah ayah yang buat kerja belakang rumah datang. Dia sengih tengok budak nakal lekat kepala di celah pagar susur tangan tu. Arwah ayah cuba tarik-tarik keluar kepala aku. Tapi tak boleh juga. Nak ke depan dengan badan-badan pun tak boleh juga. Dah sangkut. Arwah ayah pergi ambil gergaji. Apa lagi, abang dan adik aku teriak kuat gila dan cuba menghalang arwah ayah. Mereka ingat arwah ayah nak potong kepala aku. Arwah ayah nak potong pagar susur tangan tu sebenarnya. Ranap sebatang pagar susur tangan tengahari tu. Merdekalah aku akhirnya.
Petang tu semua tiang pagar susur tangan tu arwah ayah buang. Cis, ini semua teori musibat abang punya pasal la ni!

12 comments:

Ritah Yahaya said...

Salam,

Terima kasih kerana menghidangkan cerita yang cukup menarik lagi kelakar. Mengimbau kenangan sewaktu zaman kanak-kanak di kampung.

Itulah teori kartun namanya.

Ritah Yahaya said...

Sambung sikit ...

Tulisan sdr. mengembalikan nostalgia saya pada tulisan-tulisan yang pernah mewarnai Gila-gila pada tahun 1980-an.

Menarik dari segi kisah dan penggunaan bahasa yang mengajak kita berfikir dalam tawa. Saya akan pautkan blog sdr. ke blog saya.

Dzulkarnain Mohamad said...

walaupn dah penah dengar story ko nih..tp aku gelak jugak..haha

rahimin idris said...

puan ritah, w.salam. terima kasih sebab paut blog saya yang macam karut je ni. masa sekolah memang selalu saya hantar kartun ke ruangan senyum pelajar kelolaan arwah rejabhad tu. kalau bahasa saya teruk, puan jangan marah yea. e, malu pulak saya bila baca balik. hehe

zul, woi, jangan cerita kat orang lain tau. lepas tu mak aku rembat dengan kayu 1"x2" yang arwah ayah aku gergaji tu kat belakang aku. dia pun start nyampah kat david copperfield hahaha

Ritah Yahaya said...

Sdr. Rahimin,

Saya suka baca tulisan antarnya Adi al-Hadi, arwah Pak Sako, A. Samad Ismail dalam Gila-gila.

Bahasa mempunyai pelbagai laras dan gaya mengikut kesesuaian wacana. Oleh itu, saya tidak boleh marah-marah sembrono.

rahimin idris said...

baik puan ritah, saya akan menimumkan bahasa slanga, bahasa kesat dan bahasa-bahasa marah-marah saya yang teruk-teruk tu sebagai salah satu tanggungjawab sosial saya. buat masa ni, bahasa saya hanya medium pencapai maksud. sebab tahap bahasa saya dalam skala 1 hingga 10, mungkin 5 sahaja...

Ritah Yahaya said...

Sdr. Rahimin,

Saya tidak meminta agar sdr. berhenti menggunakan cara dan gaya bahasa sdr. yang unik dan menarik itu yang gunakan dalam blog sdr.

Yang saya maksudkan ialah teruskanlah dengan laras dan langgam bahasa blog sdr. itu. Tak kisahlah bahasa slanga ke,kesat ke, apa-apa ke... itu semua untuk mengikut kesesuaian dan bagi mencapai keberkesanan dan kepuasan penulis bercerita.

Yang cukup penting ialah berbahasalah dari nurani.

kikiEy said...

mengimbau kembali zaman muda2 dulu..

kikiEy said...

saya akan link sdr pnya blog:]

rahimin idris said...

puan ritah, baik puan. saya akan menulis dan jadi diri sendiri. erm, kot jadi macam arwah malungun bagus juga kan...

kikey, trima kaseh! aku pun nak link la blog kamo! hehe

kikiEy said...

trimas kerna link blog saya:]

lara croft,nice name:]

ic3dlatt3 said...

terlalu menggeletek. sebenarnya saya baca dari depan ke belakang, tapi entri ni terlalu mengusik hati..