Thursday, June 26, 2008

Pembikin Iklan NST Tu? Mereka Memang Laknat!!!

Hal ni dah ramai tegur. Ritah Yahaya antara awal. Ruangan surat pembaca di Utusan Melaysia semalam pun ada. Di blog Shamsudin Othman pun ada. Adik aku tonton kali pertama pun dah menyampah dengan iklan ni. Tak kreatif langsung iklan NST tu, katanya. Aku pun pada mulanya malas nak tulis sangat. Tapi sebab iklan tu membangsatkan bangsa aku sangat, dan aku pun terasa, tulis juga.

Ramai lagi ke sekarang orang Melayu tak pandai berbahasa Inggeris? Kalau fasih sehebat Oprah Winfrey tu mungkin tak semua. Kalau setakat nak tunjuk arah, opah-opah kat kampung pun boleh. Kejadian dalam iklan tu pun berlaku kepada pelajar-pelajar sekolah di Kuala Lumpur. Kalau pelajar-pelajar sekolah di Kuala Tembeling tu selamba boleh cakap orang putih walaupun jalan sangkut-sangkut, tak kan orang kolumpo boleh rebah teruk!

Memang la menghina bangsa Melayu. Kenapa tak guna sahaja pelakon budak-budak cina atau India atau bangsa lain? Kawan aku yang keturunan cina tak minat pergi Mc Donald. Pergi KFC boleh la. Sebabnya? Dia kandas nak sebut Mc Donald. Balik-balik yang melompat dari mulut dia Mek Tonnel, Mek Tonnel, Mek Tonnel . Kalau Madonna jadi la Matonna. Maradona jadi la Maratonna.

Ada ke kalau tak baca NST susah dapat kerja? Tipu la tu. Suka cakap tipu iklan sekarang ni. NST dah jadi agensi cari kerja ke? Memang satis (sadis)!

Rahimin: Suka sajak ‘Iklan’ - Sapardi Djoko Damono tu.

9 comments:

dzul said...

Mula-mula tengok iklan tu aku dah nyampah..nk buat iklan pn logik-logik la skit.

Sham al-Johori said...

Salam sdr Rahimin,
kadang-kadang kemarahan itu lebih penting daripada berdiam diri kerana kita dapat mengukur sedalam mana iman kita.

Selamat menjejaki tanah nurani ...

lutfi said...

Pergh! bahasa ko, sarkastik bro. Apapun, tak dak pula golongan politikus nak menyalak kan bila masuk bab bahasa budaya ni. Pas pun diam, keadilan diam, umno..lagila. Sebab tu, seniman kena mandiri. pegi mampus dengan nst!

Ki Kiey said...

nst memg goblok!

Rahimin Idris said...

dzul, aku harap iklan tu bukan madi kawan aku tu yang buat. nanti aku tanya. kalau dia yang buat, memang aku bagi jurus pembahagi bayang la kat dia hahaha.

salam saudara sham, penyair marah dia berseni kan?

lut, sarkastik? hahaha hang lagi sinikal bro! hahaha politikus menjerit atas dasar kekuasaan dan keuntungan saja kebanyakannya lut...

kikey, nst memang bengong macam bewok!

Unknown said...

Salam sdr. Rahimin,

Penyampaian cerita sdr. amat menarik. Lucu tentang kisah kawan sdr. yang pelat tu. Teruskan berkongsi cerita yang menarik.

Rahimin Idris said...
This comment has been removed by the author.
Rahimin Idris said...

waalaikumsalam puan ritah,

hoh, kawan saya tu memang teruk lidahnya. ikut hati nak tarik je, lepas tu letak atas rel keretapi. biar nipis sikit. ada ke nasi lemak di sebut nasi rumah, puasa disebut kuasa. betul, saya tak tipu.

terima kasih sebab suka coretan saya. kalau hantar ke DB boleh siar ke cerita macam ni?hahaha

Unknown said...

Sdr. Rahimin,

Cerita kawan sdr tu boleh disiarkan dengan sudut perbincangan yang menjurus kepada bahasa dan komunikasi, apa-kenapa-bagaimana terjadinya permasalahan bahasa dan komunikasi yang dihadapinya itu, dan yang penting diceritakan semula dengan laras bahasa yang baku.