Saturday, June 28, 2008

Ingat kawan-kawan, judi adalah haram dan penyudahnya adalah kehinaan!

Hati memang tak akan puas selagi tak dapat robot Transformer yang boleh ubah jadi jet tu. Tak menabung bulan ni pun lantak la. Biar tandus tabung botol bedak aku tu pun tak apa. Janji kehendak aku tercapai. Alang-alang jadi angkasawan, biar la sampai ke matahari!

Geram betul. Semalam dapat cincin plastik bersadur emas. Nak buat apa. Kalau emas tulen pun tak guna juga. Tak kan nak bagi mak. Nak kena palu dengan batang ubi kayu boleh la. Mak pantang betul sebut tikam. Dia buat kuih lompat tikam tak apa. Adik beradik pula semua lelaki. Nak bagi budak-budak perempuan sekitar rumah jangan harap la. Kecoh sekolah nanti. Nak pakai sendiri nanti orang tuduh aku tunangan orang. Calar reputasi.

Balik sekolah, siap curah perut dengan nasi aku sarung baju. Nak tuju kedai runcit Pak Cik Berahim. Seluar pendek biru tua aku pakai lagi sebab esok mak nak basuh. Tak nak kotorkan seluar lain. Janji t-shirt aku ada lambang Batman cukup la. Kira rugged la tu. Baki belanja sekolah masih ada dua puluh sen dalam kocek seluar. Guna cuma tiga puluh sen untuk secawan air oren cap Tiga Singa dan sepinggan nasi lemak waktu rehat di kantin sekolah tadi pagi.

Dengan semangat macam atlet lumba jalan kaki, aku keluar rumah mula dengan langkah kanan. Tak habis dua minit, destinasi impian pun depan mata. Pak Cik Berahim tak ada. Mak Cik Meriam dengan Kak Yati adik Pak Cik Berahim yang tunggu kedai. Kak Yati yang ayu tu tengah hiris-hiris keropok lekor. Rasa nak tolong je dia hiris-hiris keropok.

“Nak beli menda Mie?” Mak Cik Meriam tanya sambil senyum ala-ala Marilyn Monroe.

“Nak tikam,” aku jawab pendek kemudian ambil sebungkus. Mak Cik Meriam suruh ambil sendiri. Aku tak buka lagi sebab belum bayar. Aku seluk kocek seluar. Aik, kenapa ada tiga puluh sen? Tadi baki ada dua puluh sen je rasanya. Ah, lantak la. Aku cepat-cepat ambil sekeping. Letak atas meja depan Mak Cik Meriam tanpa memandang duit tu. Pandang muka Mak Cik Meriam dan Kak Yati pun tak. Aku memang ada masalah malu nak pandang muka dan mata orang. Inferiority Complex. Aku terus pusing kepala dan nak balik. Nak buka tikam tu di pejabat aku bawah rumah nanti.

Tak sampai tiga langkah pun. “Heh, nak buat menda pulok cincin ni Mie? Nak meminang Mak Cik ke? Awok jangan main-main.” Hah? Alamak! Aku cepat-cepat pusing belakang. Seluk kocek ambil sepuluh sen, letak atas meja. Sambil menekup muka untuk menahan rasa hina yang amat sangat, aku sambar cincin tikam yang aku kena semalam tu. Aku lari laju-laju macam Watson Nyambek. Dalam pelarian tu, sayup-sayup aku dengar hilai tawa Mak Cik Meriam dan Kak Yati.

Sampai rumah aku buka tikam. Ada gula-gula sebutir. Selain tu cuma sekeping kad kecil tertulis “Terima Kasih, Cuba Lagi”. Kad penghasut tu aku renyuk-renyuk. Gula-gula aku suap ke mulut. Cincin haram masih tergenggam ditangan. Kenapa la masa seluk kocek nak bayar tadi tak terasa lubang dia ni, rungut hati aku sambil pandang cincin haram tu. Dengan gaya perejam lembing aku hayun ke bawah tebing depan rumah cincin haram yang telah memalukan tuannya itu. Hilai tawa Mak Cik Meriam dan Kak Yati terngiang-ngiang lagi mengejek aku. Binawe betul!

6 comments:

Dzulkarnain Mohamad said...

hahaha..takleh bayang muka makcik meriam n k.yati masa kena gelak tu..misti jadi mimpi ngeri smpai skang

S.YanaZ said...

bjudi xde pekdahnye...
boleh berantakan r/tangga.
(kalau sang suami kaki judi le!)
;p

kikiEy said...

judi haram!

SAHRUNIZAM said...

Min,

Para pembesar di negara kita juga sekarang sedang berjudi. Pertaruhannya masa depan budok-budok Melayu kitala weh.

Apa ke jadah Sains dan Matematik diajar dalam BI. Takkan satu perjudian tu namanya.

Hampeh !

rahimin idris said...

zul, kak yati tu dah ada anak lima apa...anak mak cik meriam tu cantik-cantik jugak hahaha

s.yanaz, aku tikam je masa kecik-kecik. pair, 21, race sume aku tak main..matematik aku teruk..

kikiey, judi memang la haram..tokey judi pulak haram jadah!

bang sahrunizam, haaa..yang tu kawan setuju..memang tak ada untung pun judikan maruah bangsa..pemimpin tinggi kita dari dulu lagi banyak yang singkat akalnya..

kikiEy said...

apa nk di buat..
macam mane lah nk martabatkan bahasa melayu.
kalu kita sendiri yg xmartabatknny!