Wednesday, June 25, 2008

Sebenarnya Jika Demikian, Aku Marah Pada Tuhan...

Malam tadi ada sikit lapang hidup. Beberapa hari sebelumnya aku bergelut dengan tugasan. Betul-betul rasa nak meletup dengan sikap cuaca kebelakangan ni. Panas melampau berhari-hari. Tiba-tiba hujan lebat bukan main-main. Panas dan hujan tak bermusim lagi.

Khamis lepas aku hampir nak jerit ke langit. Harap sangat dapat sudahkan lantai tingkat bawah untuk projek yang aku 'in charge' tu. Tak banyak lagi. Berbaki sekitar 20 meter padu sahaja lagi dari 100 meter padu. Kalau order konkrit siap campur hanya empat lori sahaja lagi. Tapi apa yang dirancang tak menjadi. Bumbung alam tiba-tiba jadi berat dan berkulit gelap.

Memang tepat. Bergemuruh hujan jatuh. Argh, ini bermakna kerja aku tak mungkin siap dan terpaksa sambung esok. Aku cukup benci. Aku marah-marah! Tiga empat hari panas terik macam bahang neraka. Kenapa saat-saat kritikal macam ni baru hujan nak turun? Aku membebel-bebel dalam hati. Beberapa minit selepas tu baru aku terdiam. Rasa kesal pula. Sungguh buruk sikap aku. Aku Istighfar juga.
Malam tadi tak hujan. Tak juga panas. Cuaca nyaman saja. Aku simpan 'Salju Shibuya' milik SN Muhammad Hj. Salleh yang aku belek-belek sebelumnya. Aku on komputer riba. Cuba edit sajak yang aku tulis beberapa hari selepas peristiwa itu. Harap-harap aku tak lupa diri lagi pada masa akan datang. Dan Tuhan, mohon ampunkan aku. Cuaca pula; ah, selesanya...
Tapi bukahkah sering sebelumnya
kau teguk udara selesa?
wajah hari yang berlekuk sesekali
barangkali akan buat kau sedar
bahawa hidup ini bukanlah sekadar
untuk senyum senang-senang
dan memanjangkan angan-angan!


4 comments:

dzul said...

Mmg ada nmpk berbaki kat ujung blum konkrit. kren pn dah stenby kt sebelah. Kaki langit kelabu asap tanda tengah hujan..
Hish mmg terasa bluesnya..

Rahimin Idris said...

dalam undang-undang kontrak nama situasi ni buka 'force major' ke? hahaha

dzul said...

a'ah, 'force majeur' - boleh buat EOT

Anonymous said...

damainya sajak