Tuesday, June 24, 2008

Anda Mahu Pendapatan Lebih? Usaha Macam Aku...

Naik retak otak. Ragu betul. Kalau satu kali fikir dapat hadiah beras seguni boleh jadi pembekal beras dah aku ni. Tapi sebagai seorang pejuang yang berurat liat aku teruskan juga misi. Usaha tangga jaya. Kena yakin tu. Aku mesti boleh. Berusaha macam drama Jepun!

Aku terus susun angka-angka tu. Orang kata Thomas Edison tu beribu-ribu kali cuba barulah tercipta mentol pada cubaan terakhir. Ah, tipu la tu. Aku tak percaya langsung. Orang barat memang dahsyat bab-bab reka cerita ni. Pukul rebah la cerita-cerita Mak Cik Mah bini Tok Ketua belakang rumah aku yang joging tak sampai seminggu lepas tu merungut sebab tak jadi ramping tu.

Aik, macam mana dia orang tu buat? Aku tak jadi-jadi dari tadi. Ragu aku naik lagi satu paku. Betul ke boleh buat? ‘Teori Ragu’ Rene Decartes kata “to doubt means to think, to think means to existed’. Tapi memang aku wujud pun sekarang ni kalau tak berfikir pun. Dari tadi dah aku fikir macam mana mereka buat jadi. Aku buat tak jadi. Mereka pakai sihir apa la susun nombor-nombor tu. Lepas tu buat duit dengan jual nombor-nombor tu. Bengkak betul. Nak mencarut pun tak bebaloi. Lagi pun mak aku tengah solat tu.

Cuba kalian pulak buat! Kalau syarikat telekomunikasi tu boleh, tak kan kita tak boleh. Cuba susun nombor-nombor kod PIN 14 angka pada kad tambah nila prabayar tu. Buat la modifikasi sesuka hati berjuta-juta kali kalau larat. Penat jangan paksa. Cuba tambah nilai telefon bimbit kalian dengan nombor-nombor tu. Kalau sukses kongsi dengan aku tau. Tak payah la kita susah-susah nak beli kad tambah nilai untuk telefon bimbit lagi. Ini pun langkah berjimat cermat juga. Untung-untung boleh cari pasaran!

2 comments:

Dzulkarnain Mohamad said...

teringat,..
motto sek rendah; "usaha pasti jaya"

rahimin idris said...

ko dah cuba ke?hehehe