Monday, June 30, 2008

Bila Fitnah Dah Jadi Menu Utama!

Ada sebab aku tak minat sangat dengan mainan dunia politik hari ini. Manusia yang hidup di dalamnya lebih banyak menabur duri dari menabur padi. Lebih banyak nak cari untung bila diminta tolong. Lebih banyak memancung dari menyokong. Andai yang di sebelah sana berbuat baik sekalipun, dan jika kebaikan itu hanya menampakkan kekurangan sebelah sini, pancung tetap pancung. Dan pedangnya adalah fitnah. Tapi yang bergelimpang akhirnya rakyat yang tak tahu apa-apa selain keliru dan celaru.
Fitnah ada di mana-mana. Setiap masa. Dari hulu pedalaman Pahang hingga ke kota New York. Dari zaman Nabi-nabi hingga ke zaman Geoge W Bush berdajal di seantero dunia. Fitnah adalah senjata yang tak pernah tumpul matanya. Ia adalah pisau tak kelihatan yang dilontar sundal-sundal iblis.

Memang tak ada keindahan dalam dunia politik kita hari ini. Semuanya macam badut-badut membikin lelucon tanpa sedar skrip mereka dah bocor! Tak mampukah mengalahkan musuh dengan fakta-fakta dan hujjah-hujjah yang bernas? Tak mampukah membuktikan kebaikan diri dengan bukan memburukkan manusia lain? Ah, aku benci semua itu dengan kebencian yang berdentum-dentum!

Rahimin: Tak rela diftnah ada skandal dengan Fasha Sanda!

6 comments:

Dzulkarnain Mohamad said...

Entah mcmana..Secara teorinya begini..Apabila ada penglibatan beberapa pihak untuk tujuan survival masing-masing..Tak kira untuk kuasa, pangkat, wang,perempuan etc2..segala benda yg dulunya diakui dan difahami sebagai haram..tak betul,fitnah, kotor, jijik tiba-tiba dibenarkan pula oleh mana-mana antara pihak tersebut..biasanya senjata begini diguna oleh pihak yg paling terdesak antara mereka..
Rujuk sejarah qabil n habil, kisah nabi-nabi..BYK LG LA

Hah..lu pikirla sendiri..

rahimin idris said...

ha zul, tu la tanda2 kiamat kecil..fitnah bermaharaja lela..erm, serius benda ni..

Dzulkarnain Mohamad said...

Sbb tu aku malas nk berserius-serius..kan dh jd serius bunyi komentar aku kt atas tuh..

aku serius nih..

kikiEy said...

saya setuju!
ey,politik susahkan rakyat!

tp,bab fasha sandha 2 xbley blah,hee.
ada hati,,,haha

rahimin idris said...

zul, aku serius gak ni hehehe

kikiey, orang memang menyusahkan. diorang je yang senang. bab fasha sanda tu memang betul apa. aku ada affair dengan dia masa kanak-kanak dulu hahaha

kikiEy said...

eleh,bajet!