Friday, June 13, 2008

Dasar Apartheid Terhadap Bangsa Motosikal



(Ada lipan merayap di tayar keretaku!)


Sampai sekarang kalau aku tunggang kapchai aku, depan ada sekatan – samada polis biru, polis putih, jpj, kastam, geng test urine dan entah apa-apa lagi sumpah aku tak rempuh. Tak sanggup. Perlahan-lahan aku beri laluan pada kenderaan belakang. Lepas tu cepat-cepat patah balik. Cari jalan lain atau balik rumah. Tidur.

Aku cukup semua. Lessen ada. Cukai jalan ada. Motor tak cacat. Standard keluar kilang. Ada sticker bendera Malaysia je. Patriotik. Tapi aku tak berani rempuh.

Sebabnya aku benci. Banyak sangat soal jawab bila aku berhenti dengan hormatnya. Paling teruk kalau dengan polis baju biru. Ada-ada je. Kadang-kadang polis yang sama juga. Sedang tunggang motor ditahannya. Paling aku meluat bila tak dapat cari kesalahan, dia suruh aku gunting rambut yang ikal mayang ni. “Pukimak kau la!” aku jerit. Tapi dalam hati je.

Tapi dah lama aku tak tunggang motor. Aku pandu wagon saja. Senang dan selamat walaupun poket aku lunyai. Polis pun dah tak sekat aku lagi. JPJ kalau tahan pun, pusing-pusing keliling. Macam bengang je tengok Pajero aku tinggi gila. Tayar pun siap ada gambar lipan. Betapa megah dan bangga bila aku di dalamnya. Nak ‘off road’ bro! Hahaha!

Polis budak-budak yang suka tahan-tahan aku dulu tu pakai kapchai lagi. Bila nampak aku tengah pandu dengan gaya seorang revolusioner je, dia palingkan muka. Apa la nak malu. Aku orang baik-baik la. Sampai sekarang aku jauh hati dengan polis-polis di tempat aku. Tempat lain aku tak tau la.

Kadang-kadang aku rindu nak tunggang motorsikal semula untuk pergi kerja. Tapi jarak jauh sangat. Jerantut ke Kuala Lipis. Lagi pun bahaya. Kereta dan lori besar-besar selalu himpit. Takut juga kena sagat.

Tunggu habis projek nanti, gaji dah tak ada, aku bermotorsikal la semula. Tapi kalau ada projek baru aku ingat nak beli Skyline la!

P/S: Aku tak benci semua polis. Aku hormat kepada polis yang jujur dan amanah.

5 comments:

Mimie Azrin said...

ha'ah..kite pun tak suka bile kena tahan ngan polis.. ade je isu nak dicarinya.

p/s: kite singgah jer, suka tinggal komen kat blog org. daa --

abg joe said...

kenderaan ni alternatif begerak je pd mulanye..
tp bila susah nk cr alternatif utk bhn bakar
last2 jd alternatif utk alasan perang..
lps ni ape plak..

rahimin idris said...

mimie azrin, singgah je la. rumah aku tak de pintu pun. masuk je la. ko bukan anak polis ke? dulu aku suke cite polis angkasa gaban!

abg joe, kenderaan aku rasa berasal dari perkataan indera. cube rujuk kamus. tapi betul ke indera putra mahayudin tu hisap dadah?

Dzulkarnain Mohamad said...

Musykil aku dgn tayar lipan ko..setau aku hilux ccy je bertayar lipan bila nk masuk tembeling..tp pesal dh mcm kepala ccy je tayar pajero ko tu

rahimin idris said...

woi zul, ccy pakai tayar lipan gak..lipan garam hahaha