Saturday, June 14, 2008

Kenderaan...suatu analogi cuma...

Entri aku di bawah pasal kenderaan sebelum di cuma satu perumpaan sahaja. Aku teringat lagu lagendaris penyanyi lagu-lagu folk Indon Iwan Fals. Judulnya 'Besar dan Kecil'.

Memang manusia yang dianugerah sedikit kuasa ada kemungkinan akan menindas orang-orang yang lebih lemah darinya. Kerana begitu hukum alam.

Aku penah lihat sekumpulan polis trafik menyaman seorang penjual roti hanya kerana cermin sisi kanan motorsikalnya pecah. Apalah sangat kesalahan begitu. Nasihat sudah memadai. Dia bukan nak pergi merempit dengan tong roti dan jajaan yang bergayut-gayut tu.

Kalaulah penjual roti tu jaja rotinya dengan menggunakan Merc Kompresser bercermin gelap berplat nombor CCY 2, aku jamin dia selamat (tapi kalau pakai Merc tentu dia dah jadi tokey kilang roti!). Untung dia jual roti tak seberapa terpaksa bayar saman dan tukar cermin sisinya. Betul-betul tak bertimbangrasa undang-undang sebegini.

Benarlah, undang-undang manusia macam sarang labah-labah. Kecil semua kena. Besar rempuh rabak terus!

4 comments:

dzul said...

aku dulu ada satu member..naik RXZ balik raya bawak lemang selempang kat belakang..
P dah la x pasang..lalu dpn roadblok dia angkat tgn smbil ucap slamat hr raya terus lepas..aku ingat kalu penjual roti tu ucap slamat hr raya gerenti lepas..hekhek

lutfi said...

Salam bro.. bila hang nak mai k.l? Lama dah la aku tak baca sajak hang.

Rahimin Idris said...

woi zul, keh tengok adegan tu kat simpang paya teh. masa tu aku repair pajero kat bengkel zul engineering. hari khamis dua minggu lepas. keh lepak situ dengan bojor anak pakcik musa. ko kenal dia. kalau pak cik roti tu cakap selamat hari khamis, keh gerenti polis saman lagi banyak sebab buat lawak tak intelek hahahaha

salam lutfi, kali akhir aku pegi k.l bulan mac. urusan kerja. kalau ada rezeki nak juga pergi k.l bercampur dengan kalian. alamak...aku dah lama tak hantar sajak la. ada lagi tulis-tulis. tapi makin lama rasa makin tak bagus pulak sajak-sajak aku. malu pulak nak hantar. nanti la.

dzul said...

hmmh kalu aku jadi korang pun berasap gak..ape la buat mcm tu kt org tua..brape sangat la untung..nasihat dulu bukan takleh..takde toleransi langsung!
Kecik ati aku..