Showing posts with label Semalam Yang Hangit.. Show all posts
Showing posts with label Semalam Yang Hangit.. Show all posts

Friday, February 20, 2009

Geng Pukau Paling Bangsat Pernah Aku Hadapi

Dulu masa di asrama kalau nak tidor malam memang payah betol. Tapi yang gampangnya masa prep bukan main-main ngantuk pulak. Baru buka buku rantang muka surat isi kandungan rasa macam nak luruh saja ulas mata. Senior masa itu jenis buat asrama macam kampung dia. Orang tidor masa prep pun nak tarik meja?

Jadi bila sampai waktu tutup lampu aku susah hati. Orang berdengkur, aku terkebil-kebil. Lampu jam 12 memang harus mati. Nak buat apa gelap-gelap begitu. Ada juga rasa nak beli tiket bas. Balik kampong dekat Jengka sekejap. Main karom dengan Abang Atan.

Suatu malam. Malam itu seperti malam-malam lain juga. Gelap kalau tak nyala lampu. Aku melayan mata. Usai baca ayat-ayat suci dan doa tidor. Aku harap tertidor la. Tapi macam biasa. Memang mata aku pesen kena berpaksa baru emboh lena.

Senang aku asyik dalam kelenaan itu. Tiba-tiba…

“Bangun..bangun..syhhhh…” satu suara dalam nada membisik kejut sama aku. Bahu aku yang berketul-ketul macam Rocky Balbao turut digoyang-goyang.

Perlahan-lahan aku buka mata lagak orang buka mata lepas operate. Dalam samar-samar cahaya lampu koridor di tepi katil terlihat aku dua ekor malaun. Muka tak berapa cam. Gelap. Tapi dua-dua ada iras-iras cenekah dan siamang.

“Syhhh…jangan bising. Tengok sini. Tengok sini.” Brader itu suruh aku tengok satu rantai panjang. Nampak macam kunci saja di hujung rantai itu. Brader yang satu lagi diam saja. Jadi balaci saja gamaknya. Mencangkung tepi brader yang pegang rantai berkunci itu.

Rantai kunci itu dibuai-buai ke kiri dan ke kanan. Aku pun ikut la pandang kiri kanan, kiri kan, kiri kanan. Dekat dua minit juga aku buat benda entah hapa-hapa itu. Terasa juga tak nak buat. Tapi tak nak buat takut kena pelepuk. Lagi pun benda senang sangat. Kalau dia suruh basuh bas asrama malam-malam susah sikit nak buat.

“Nama kau siapa?” brader yang membuai-buai kunci tanya. Apa ke jadah entah malam-malam duduk tepi katil orang tanya nama. Nak berkenalan pun tengoklah masa.

“Rahimin.” Sepatah aku jawab. Lebih-lebih nanti takut juga. Buatnya mereka agen CIA.

“Nama ayah?”

“Idris.” Aku dah mula cuak. Masa itu aku dah tahu pasal ISA ni. Risau juga.

“Nama mak?”

“Rosiah.” Aku tambah serius menjawab.

Lepas itu macam-macam siamang dan cenekah itu tanya. Semua aku jawab dengan jujur, ikhlas, tulus lagi istiqomah. Dekat sepuluh minit ada rasanya berborak dalam suasana macam celaka itu.

“OK. Kita orang nak tanya. Esok nombor ekor, apa yang keluar?” brader yang itu la tanya.

“Hah, nombor ekor?” aku jawab tanya dengan tanya. Tiba-tiba soal nombor ekor ke aku. Memang la nak maru gamaknya.

“Ye la. Bagi tau kita orang apa nombor-nombor ekor yang nak keluar minggu ni?”

“Laaa, mana la saya tau nombor ekor yang nak keluar bang. Tunggu je la surat kabor. Tengok nanti…” Aku menjawab dalam jasad yang masih terbaring mengiring.

Aku pun tak tau la panas hati rasa nak menampor ke nak menerajang malam itu. Ikut hati yang amarah, memang rasa nak turun ke tingkat bawah minum air dekat water cooler dah.

“Eh-eh, kau sedar ke ni?” lagi la celaka barader satu lagi yang selama itu cuma diam. Apa ke bangang dia tanya aku sedar ke tak sedar pulak. Kalau aku ni pak cik jaga, makan cotar dah dahinya.

“Aik, apahal ni? Mesti la sedar. Bila masa saya tak sedarnya. Dah abang kejut. Sedarla saya!” aku meninggikan sedikit nada suara.

“Hek elehhhh..” hampir serentak mereka menyebut ‘hek elehhh’ dalam intonasi yang panjang.

“Tak jadi la ilmu pukau kita beb. Jom la blah.” Brader tukang pukau itu ajak member dia berambus.

“Kita cari budak dorm lain la. Ingat boleh dapat nombor tadi.” Sayup-sayup suara stail budak KL belah-belah Selangor brader balaci itu berhajat buat operasi lagi demi nombor ekor.

Aku dalam gebar menyumpah-nyumpah itu masa. Sudah la mata susah nak lena-lena. Jam sudah dekat 330 pagi ada pulak budak KL belah-belah Selangor datang memukau nak mintak nombor ekor. Pukau kepala hadas mak bapak korang la!!!!!

Thursday, September 18, 2008

Kalau Al Capone Masih Hidup dan Ada Sekali Masa Tu Boleh Jadi Dia Taubat!

Kedai Brader Atan yang aku cerita dulu tu ada papan dam haji. Kutu yang lepak situ selalu main. Kalau tak ada senior boleh la budak-budak main. Respek la kan.

Kebetulan hari tu ada tiga orang budak sengal main. Aku tengok saja sebab mereka tu gangster. Tak berani la nak campur. Aku nak baca akhbar saja. Nak tengok intisari rancangan. Apa tajuk Drama Minggu Ini malam nanti.

Gangster sengal tu seorang nama Mat Nor, seorang lagi nama Mat Din. Mereka adik beradik kembar. Kembar seiras. Aku selalu keliru. Mujur Mat Din gigi sompek sikit. Seorang lagi nama Sapari. Tapi bukan adik beradik dengan yang berdua tadi.

Setelah Sapari tewas, Mat Nor pula masuk lawan Mat Din. Setelah beberapa pergerakan, Mat Din menyorong buah dam tudung orennya. Mat Nor pula makan satu. “OK, aku makan empat. Setapak lagi naik haji. Hahaha!” bekeletap keletup Mat Din makan empat pula sambil gelak ala-ala Farok Gagak Hitam. Ada hati nak naik haji pula tu.

“Woi, woi. Chup, chup. Aku tarik balik! Tak jadi la makan.” Tiba-tiba Mat Nor mengechup pula dan cuba tarik balik gerakannya dengan muka sangat selamba.

“Woi, kepala bapak ngko! Dah makan mana boleh tarik-tarik dah!” Mat Din dah bengang. Kembang-kembang lubang hidung macam nak merekah gara-gara marah.

“Woi, kepala bapak ngko! Ingat aku ni makan nasik ke. Tadi aku test je. Engko saja suap suruh aku makan tu. Taktik tu aku dah tau. Boleh la tarik. Kalau dua kali tu lain la!” Mat Nor berkeras tak mau mengalah. Buat muka macam setan gondol pula tu.

“Woi, bodoh! Bongok! Bapak kau orang berdua kan sama je. Mesti la kepala pun sama. Kepala mak, wan, aki kau orang pun sama juga tau tak! Main dam pun nak mainkan kepala bapak sendiri sekali!” tiba-tiba Sapari masuk campur demi mententeramkan keadaan yang mula hilang kawalan tu. Adik beradik kembar tu serta merta terdiam.

Macam tu pun nak jadi gangter ke? Bila ternampak kembar berdua tu aku selalu teringat dialog pelik mereka tu!

Friday, August 15, 2008

Suatu Malam Di Kaki Bukit Berbatuan, Angin Mati dan Mimpi-mimpi Tak Pernah Punya Warna...

Aku baru siap mandi. Sebab panas. Kalau sejuk tak ingin la nak mandi malam-malam. Hidung pula kusyuk buat analisis lirik-lirik lagu XPDC. Dia kunun nak jadi macam JS Kevin atau Loloq. Kadang-kadang suka-suka berdiri baca sajak A. Samad Said sambil urut-urut dagu depan aku. Dia ingat sajak sangat la gaya dia tu. Lantak kau la Hidung.
Aku petik-petik gitar. Tak jadi lagu langsung. Bilik berbahang. Bilik kami sebelah belakang. Bahagian belakang rumah kaki bukit batu yang di potong. Lebih tinggi dari bumbung. Sepenampar angin pun tak melintas. Ajak Hidung lepak luar rumah cerita gossip liar. Kalau tunggu di bilik mahu jadi manusia separuh masak malam tu. Dia cakap nak mandi pula. Eloklah tu. Kalau dia mandi pun baru dua kali hari tu.
Aku pun turun la lepak depan rumah dengan tak berbajunya. Pakai seluar pendek ala-ala orang Hawaii pula tu. Duduk atas motor bawah porch. Tak jadi juga. Aku ambil dua ketul bata, bawa atas jalan. Betul-betul bawah bumbung alam. Bintang bertaburan. Tapi angin mati. Sehelai daun pun tak melambai.
Bosan pula rasa. Nak berborak dengan Shah dan Ajee di bilik depan tingkat atas, mereka tengah layan Seven Sea campur Sprite. Teruk la aku nak cari siaran. Cakap sikit saja, gelak bukan main banyak.. Aku pula penumpang saja. Shah baik pada kami walaupun suka mabuk-mabuk. Gaji dia jadi operator jengkaut merangkap formen RM80 sehari. Kami budak praktikal. Elaun RM150 sebulan. Palat punya kompeni. Kedekut macam gampang. Mana la nak cukup banyak tu. Kena buat kerja bukan main la. Macam kerja betul-betul. Fuck capitalist!
Maka Shah suruh bayar sewa rumah kalau ada duit cuma. Kadang-kadang dia bagi pula duit RM10 seorang untuk pekena snooker selepuk dua. Kami ni jujur dan amanah. Maka semua duit tu kami guna untuk snooker la. Kalau dia suruh beli gula-gula getah, kami beli gula-gula getah la.
Justeru aku hormat pada Shah dan lantak dia la nak buat apa pun. Tak kan nak banyak bunyi pula. Tapi memang aku tak dapat siaran la nak layan dengan orang ting tong ni. Bau dia saja pun dah pelik.
Aku terus layan blues sendirian. Mengenangkan bila la nak habis L.I (Latihan Industri) ni. Masuk semester seterusnya dan tamat. Cari kerja. Ringankan beban orang tua. Kumpul duit banyak-banyak. Beli Ferrari lima puluh biji. Rosak sikit buang saja dalam paya tukar yang lain. Beli rumah banglo di Taman Astakona yang entah mana lokasinya tu. Ngurat artis-artis Hollywood. Macam-macam la strategi yang meletus dalam minda aku masa tu. Tiba-tiba aik, rasa sejuk setompok di belakang?
“Eeeeyyyyaaaaeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee…Hah!!!”
Hidung gelak macam setan saja. Lompat-lompat sambil tekan-tekan perut pula tu. Suka sangat la tu. Tak puas hati betul kena macam tu. Celaka.
Tengah-tengah bagus layan blues dan cita-cita tiba-tiba belakang aku rasa semacam. Suasana hangat macam tu apahal tiba-tiba sejuk? Aku berdebar gila. Dah la tak ada seorang manusia pun kat situ masa tu. Tindakan refleks menyebabkan aku cepat-cepat melompat dan pusing ke belakang.
Rupa-rupanya Hidung suka-suka nenek jiran dia saja buat lawak biawak. Dia angkat kain, senyap-senyap duduk atas belakang aku. Dah la tak pakai spender. Senyap-senyap saja lepas mandi pedajal aku. Hidung, Hidung. Kalau bukan sahabat dah lama kena bakar!