Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Monday, November 24, 2008

Beat It, Tyson!

Baru lepas cakap pasal dia. Suruh dia nyanyi lagu nasyid untuk kembangkan minda kanak-kanak. Dia sudah jadi muslim ke?


Ke dia terbaca entri aku itu? Tak mungkin... HA HA

Semoga berjaya. Tolong jangan jadi macam Mike Tyson ek?

UPDATED 12:20: Hek eleh, ada yang tak kenal Micheal Jackson dan Mike Tyson ke? Belum bagus lagi mereka barangkali? Atau kamu hanya gemar tonton Melodi yang terjah-terjah?

Orang kulit hitam ramai yang jadi legenda. Mereka bangun dari suasana yang menekan. Jazz, Blues, Rock n Roll dan Reggae bukan milik orang putih-putih sebenarnya.

Ah, Muhammad Ali memang legend!

Tuesday, June 17, 2008

Syhhh...Nak Tengok Adegan Panas Dalam Drama Melayu?


Foto di atas membongkar salah satu dari entah berapa banyak lagi pembodohan dalam drama-drama Melayu. Harus diingat, foto di atas bukanlah sekadar gambar hiasan seperti foto-foto artis dalam majalah atau tabloid semi porno dan misteri murahan.

Lelaki di dalam foto di atas bernama Che Din. Beliau Juruteknik Bangunan dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lipis. Foto itu adalah bukti bahawa kerja-kerja pemeriksaan besi tetulang di tapak bina dilakukan sebelum kelulusan kerja-kerja konkrit. Prosedur ni sangat penting.

Tapi itu bukanlah soalnya. Itu cerita teknikal dalam dunia kejuruteraan. Yang aku nak cerita, kerja-kerja periksa besi tetulang yang kami lakukan di dalam foto di atas bermula dari jam 11.30 pagi, membawa ke jam 1.40 tengahari. Arghh, tekanan betul hidup bila sampai petak ni!

Panas jangan cerita. Rasa nak pitam. Matahari rasa bergolek atas kepala. Pelan yang bewarna putih tu cahayanya macam penampar buat mata aku pinar-pinar. Rasa nak cari pokok lepas tu tanggal baju dan baring sambil minum teh O ais limau je!.

Maka kalau ada adegan orang pakai topi keselamatan putih, rambut pendek rapi berminyak, pakai baju lengan panjang kancing ‘handle’ (kadang-kadang pakai kot tebal!), pakai tali leher ketat, jalan-jalan kepit pelan bergulung-gulung, lepas tu buka pelan letak atas bonet kereta mewah sambil tangan menerawang gebang dengan awek cun bergincu tebal macam dalam drama Sembilu atau slot samarinda tu, janganlah percaya. Nista belaka tu.

Punya la panas dan kotor, tak kan lah nak pakai macam tu! Awek cun memang tak turun pun ke tapak bina! Tapi itulah drama melayu. Selain gaduh rebut syer syarikat, adegan jalan-jalan, meja makan, main handphone tak ada lagi yang boleh mereka zahirkan. Sebabnya sangkak itu saja otak pembikin filem tu sampai. Kalau pakai baju T rugged tak boleh ke? Singlet tu dah lebih la kan. Tapi itulah hakikatnya. Betapa tak indah dan banyaknya susah payah kerja dalam bidang ni orang tak tahu.
Panas la beb. Demam aku...
P/S: Makasih Porso yang mati fikiran setahun lalu. Lu bagi gue ide bikin ini blog kiranya. Hari ini lo sudah pulih dan jadi kepala ngesab kontrek bikin siling. Lo kalo sudah kaya jangan lupa belanja gue Surya satu kartus! Mintak lebih-lebih malu dong ah! hahaha