Friday, September 3, 2010

Antara 'Kacip' dan 'Bukan Deja Vu' yang aku bikin secara D.I.Y


Aku kenal kutu Tempoyang nama Pipiyapong tu bukanlah lama mana pun. Jumpa pun tak pernah. lagi Tapi aku mula baca blog beliau awal-awal 2008. Aku terklik nama beliau dekat link dalam blog Marsli N.O.


Pipiyapong tak femes sangat pun dalam dunia blog ni masa tu. Ye la, aku kalau buka internet masa tu cuma nak baca tulisan Jimadie dan Lutfi. Aku pun dah tak ambil tahu pasal zine, hc punk, underground apa semua ni selepas tahun 1996. Jadi apa hal link Pipiyapong ni ada dalam list Marsli ni? Ini mesti sasterawan ni, terdetik dalam hati aku masa tu.


Kemudian aku pun selalu la baca blog Pipiyapong ni. Tulisan-tulisan beliau mengingatkan aku kepada ruang-ruang pojok yang banyak ada dalam majalah humor seperti Gila-Gila era 80’an dan 90’an. Tetapi komen-komen memang tak banyak lagi. Ada pun 1, 2 atau paling banyak 5, 6 termasuk komen replied beliau sendiri. Kadang-kadang tak ada pun komen. Daif sungguh. Tapi hari ni ia suatu pembangunan yang menggalakkan, walaupun belum boleh celen blog ‘ZackZuhairi Realiti Konspirasi’. Kih kih kih!


Oklah. Aku serius. Aku agak keberatan nak menulis benda ni. Tapi bila baca entri Pipiyapong pagi tadi, aku termenung 25 saat, dan aku rasa wajar juga aku tulis benda ni. Sebabnya? No la. Bukan aku nak bodek beliau pun. Dah terlambat aku nak jadi adik ipar beliau. Kah kah kah!


Ye la, yela. Aku serius balik. Pasal buku blog ‘Kacip’ beliau yang berharga RM20 itu. Dengan helaian lebih kurang 100 page, jika ada yang tuduh ‘Kacip’ sudah jadi barang mewah, aku tak boleh nak kata apa untuk defend kutu sorang ni. Tapi sebagai salah seorang pembeli ‘Kacip’, aku meletakkan Pipiyapong berada dihaluan yang betul.


Kenapa aku berani cakap macam tu? Pertama, sebab aku tahu betapa susahnya untuk menghasilkan sebuah karya. Kalau nak tulis merepek pasal pakwe makwe, lepas tu ada tulis ‘huhu’, ‘hoho’, ‘xoxo’, yezza, apa lancau tu semua orang boleh.


Kedua. Betapa susahnya sebagai seorang penulis kecil/indie mahu buat buku. Selepas proses tulis, buku harus dibuat, sebelum jual. Aku, Don Balon, Aliff Mikael dan John Doe antara yang tahu betapa mahalnya kos nak cetak buku secara kilang ni. Masa tu kami buat satu lagi buku bersama tajuk ‘Blues Untuk Rodong’. Kalau buku 100 ke 200 page tu memang gerenti RM7 ke RM9 per buku. Tak kan nak jual RM10? Kalau nak semurah RM3 boleh, kau kena cetak sampai 3000 naskah! Kau nak buat apa banyak bagak macam tu? Kau ingat kau Richard Nixon? Kau ingat kau Deep Thrroat? Kau ingat kau Johan Jaaffar? Kau ingat kau Al Capone boleh letak senapang atas dahi orang, dan paksa mereka beli buku kau? Kah kah kah!


Ketiga. Bab D.I.Y punya kes. Aku rasa bab D.I.Y ni hanya sesuai untuk penulis yang mahu tulisan mereka kekal begitu. Atau play safe, macam aku. Ini tujuan utama aku nak respon entri Pipiyapong pagi tadi. Awal tahun lepas aku buat sebuah buku. Walaupun bukan buku ada nombor ISBN, tapi ia bukan zine potostat lipat kertas A4 jadi A5 lepas tu stapler. Ia memang hampir real siap perfect binding!


Ok, aku cerita. Memang Kumprinx ada email aku dan tanya macam mana nak buat binding machine tu? Aku ada hantar satu free copy kepada Pak Hashim Zabidi, ayah Pipiyapong sebagai tanda menghormati orang pencen yang berbakat besar itu, malah ada review dalam blog Hilang Punca tu (walaupun aku tak pernah mintak beliau review). Aku rasa buku aku tu, yang tajuknya ‘Bukan Deja Vu’ agak cool. Kalau mungkin ada yang kata aku masuk bakul angkat sendiri peduli hape aku. Iya, memang cool! Kau boleh buat?


Tapi secara ikhlas; kalau Pipiyapong tanya aku, ‘Kacip’ tu mahu bikin secara DIY atau keluar kilang? Aku dengan berani akan jawab, pergi suruh kilang buat lagi bagus! Kalau anti industri sangat, aok bukak la kilang sendiri, kemudian print buku sendiri! Kah kah kah!


Ini bukan pasal prinsip ‘punk’ ke apa jadah semua tu. Ini soal macam mana kau nak letakkan nilai pada karya yang kau buat. Bayangkan kalau ‘Kacip’ dihasilkan seperti ‘Bukan Deja Vu’ dihasilkan. Berapa naskah boleh pergi? Sekali lagi aku tegaskan, ini bukan soal ada bakat dan ambil peluang untuk buat duit dengan bakat kau tu. Ini soal nilai.


Aku cuma mampu buat ‘Bukan Deja Vu’ 50 copy saja. Aku tak larat. Kelebihannya cuma satu, ia sold out dalam 3 kali print sahaja dan pada aku kini hanya ada 1 copy saja, dan yang dalam bentuk PDF yang tak minat lagi untuk aku buat walaupun masih ada lagi yang nak beli. Sebabnya aku penat nak membuatnya, kemudian jual dengan harga RM10.


Ok. Kalau ada yang kata: eleh, buku 80 page, print guna Pixma nak jual RM10? Bagi la diskaun bro. Aku tak marah pun kalau ada yang cakap macam tu. Sebab aku tahu orang yang cakap macam tu ialah orang yang tak tahu apa-apa tentang ‘art’. Biarkan. Tak perlu marah.


Tapi tak ada siapa tahu masa tu aku betul-betul sibuk dengan masalah kerja. Badan penat otak penat. Aku beli kertas. Aku beli printer. Aku beli ink. Aku edit tulisan-tulisan aku walaupun macam tak edit kah kah kah. Aku bikin lay out. Aku design cover walau pun macam celaka. Aku beli kertas yang tebal tu. Aku print. Aku potong elok-elok. Aku beli glue gun. Aku binding. Aku beli envelop, setem semua. Aku pergi pejabat pos dan kirim kepada yang mahu. Apa yang aku dapat? Untung? Tenaga dan masa aku belum kira lagi tu. Kertas yang salah print belum masuk lagi! Puh, aku betul punya letih masa tu. Kalau balik modal pun dah kira bagus!


Aku bukan ada kilang. Aku cuma buat dalam bentuk kraftangan. Ok, mungkin ada yang kata aku tak perlu buat semua tu. Aku cuma perlu upload dalam bentuk PDF dan share, share, share. Ok, di mana nilainya? Ini bukan muzik, ini buku beb! Kau boleh pegang dan tatap, kau boleh letak dirak!


Ok lah. Aku tak mahu cerita tentang untung dalam bentuk material sebenarnya. Tapi zaman sekarang untuk buat apa pun wang adalah salah satu dari pemangkinnya, walaupun bukan nombor satu. Kalau boleh semua orang nak benda free, tapi yang dia sendiri punya kalau jual nak mahal-mahal pulak! Kah kah kah!


Tapi pikirkanlah tentang ‘nilai’. Ya, aku beli ‘Kacip’ sebab nilai itu. Aku menghargai apa yang Pipiyapong buat. Kalau kau tahu, dan kalau kau menghargai, hanya ini cara kau boleh bantu sesorang pengkarya itu untuk pergi jauh. Support. Dan sekarang nilai itu ialah wang, walaupun wang bukan tuhan penentu segala. Oleh itu cuba elakkan mintak free, ok. Kau boleh tanya beliau, ada aku mintak free copy dengan beliau? Pergi SMS beliau sekarang. Tak ada. Kalau mintak pun bukan dapat juga! Ok aku bergurau. Kah kah kah!


Aku tak kisah tentang free copy. Tak ada salahnya kalau kau dah balik modal atau untung berkali kali lipat. Aku ada juga bagi free copy. Tapi itu cerita lain. Aku tukar suka sama suka. Contohnya dengan Fazri. Beliau bagi aku zine. Dengan Cik Bayan. Beliau ni bermacam bahan bacaan free kirim ke aku. Tak terbalas aku budi baik beliau. Begitu juga dengan makwe aku. Tak kan nak berkira? Kah kah kah.


Baiklah. Aku pun penat nak merapu dah. Tapi itulah. Aku beli ‘Kacip’ yang nipis dan berharga RM20 itu dengan penuh ikhlas kerana ‘nilai’. Salah satu nilainya beliau orang Kuala Lipis. Arwah ayah aku pun orang sana. Kalau bukan aku support orang tempat aku, siapa lagi nak support? Nak harapkan orang jahat nama Lampam tu? Kah Kah Kah!


Aku pun dah agak benda ni akan jadi. Malas dah nak tulis. Tapi aku pernah cakap dalam review yang aku buat tentang ‘Kacip’ ni. Ia bukan soal kapitalis, ia soal kau benar-benar menilai atau tidak sesuatu ‘art’ itu. Soal buat duit lain cerita!


Apa pun tulisan ini cuma pendapat peribadi aku saja. Kalau ada yang berbeza pandangan, aku tetap menghormatinya. Ia asam garam dalam kehidupan dan semua ada pendapat masing-masing. Kesimpulannya; ‘Kacip’ berada dalam harga patut, dan ada sebab-sebab tersendiri ia berharga RM20. Secara DIY atau mainstream sama saja. DIY murah, tapi buat ikut kilang buku lebih kemas. Pembeli lebih puas hati walaupun keluar duit lebih. Ah, yang penting kita buat apa yang kita mahu, tanpa menyakitkan orang lain. Kita bukan paksa…


p/s: Kepada yang membeli dan yang benar-benar menghargai apa yang aku buat selama ini, walau pun tak ramai mana pun, terima kasih sangat-sangat. Aku anggap ianya suatu kasih sayang tahap Gaban kahkahkah. Kepada beberapa orang yang selalu tanya tentang ‘Bukan Deja Vu’, aku memang dah tak ada buku tu. Hanya ada 1 copy buat kenangan. Nanti kalau ada masa, lepas raya aku cuba buat dalam 5 copy untuk cetakan limited edition. Tapi kalau rajin la. Kah kah kah!

14 comments:

Unknown said...

first, kes penat membaca la ni..

Dr. Bentara said...

hahaha aku pun terhumban sekali nak bagi komen http://krenmaut.blogspot.com/2010/09/terasa-nak-komen.html

ashraf sahdan said...

peh. mintak-mintak aok rajin lepas raya.

keh nak tempah satu lah bukan deja vu.

Mimie.Candy Cane said...

totally agreed.. price doesnt matter.yg pnting sentimental value tu..

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Wei Pajero ni nak cerita macam mana ni? Hok 1994 tu body sedak lagi tak?

Fadh Rahman said...

koi antara pembeli terawal...cover buku te, muke ntah sape2 ntah...koi beli bkn sbb nak bodek tapi sbb 'nilai' yg aok ckp kan tue...memilik sesuatu yg 'rare' adalah kepuasan yang sukar dilafazkan dgn pengucapan kata2...hanya jiwa yang 'art' saja yg dpt menaksirkan nye...koi rase review yg koi buat pasal buku aok ter antara yg terbaik kan kan kan hehehe

Fadh Rahman said...

koi antara pembeli terawal...cover buku te, muke ntah sape2 ntah...koi beli bkn sbb nak bodek tapi sbb 'nilai' yg aok ckp kan tue...memilik sesuatu yg 'rare' adalah kepuasan yang sukar dilafazkan dgn pengucapan kata2...hanya jiwa yang 'art' saja yg dpt menaksirkan nye...koi rase review yg koi buat pasal buku aok ter antara yg terbaik kan kan kan hehehe

Ahmad Belia said...

woi berapa banyak pp bayar lu ni...pekena teh kat jerantut ferry nanti!

Jorji said...

aku sentiasa menghormati penulis yang menulis hal benar. kerana aku dah jumpa penulis yang tidak benar.

deus X machina said...

peh najib zambarena

terrarosa said...

keh memang tau aok cetak dan binding sendiri Bukan Deja Vu tu ,
tapi apsal sampai ada 13 cop jari?
aok guna ibu jari kaki sekali ker ?

hik hik hik.

Don Balon said...

Koi tetap tabik semua penulis indie, sama ada yanc juey mehey atau muroh..

Seni itu isi bangsa.

Ramey orang sains perlekeh seni sebab bukan boleh makan. Orang sastera pulak kata orang sains keras machanc robot. Dapat soalan periksa atau permasalahan, ambik formula, kira, sukat timbang, kira.

Dua-dua half-truth. Alhamdulillah koi masuk kedua-dua disiplin dan koi sangat yakin kedua-duanya perlu dalam pembikinan tamadun sesuatu bangsa.

Koi zaman remaja dulu tempah t-shirt My Dying Bride tubeless simple gila dari England harga jangan cerita la.. atas nama seni.. koi beli tape-tape dubbing underground, sound jangan cerita la letihnya dengan harga tinggi..atas nama seni..

Islam juga menggalakkan seni selagi tidak yang haram.

Sastera sebagai satu cabang seni harus diperkasakan kembali.
Jangan ikut ideologi Mahathir, seni itu bakul sampah dan pertanian itu ialah beli dari Siam. punto.

Don Balon said...

tubeless pulok doh...tube da kuikui

Nerzhul said...

kalo menda² limited edisyen ni memang sedak berebut. koi nok satu wei!