Saturday, September 4, 2010

AMMOSHAM a.k.a APEK

Mulanya aku tak mahu update blog ini hari. Sempena akhir-akhir Ramadan ini, aku mahu menumpukan perhatian kepada aktiviti rilek-rilek sambil mendengar bunyi-bunyi mercun, meriam karbaid dan menghidu aroma kuih muih yang dibakar atau digoreng jiran-jiran.


Namun bila Apek (Ammosham) review tentang aku – rasa berdosa pula kalau tak balas. Kepada yang belum pernah tahu tentang beliau, anda boleh ke blog beliau untuk baca review tersebut.


Sama macam Pipiyapong. Aku belum pernah jumpa Apek. Dan aku jumpa blog Apek melalui blog Pipiyapong dan Persekutuan Bekas Perajurit Hardkore. Apek dan Pipiyapong ni berkawan baik.


Apek dulu editor Neon zine. Aku tak pernah baca Neon, tapi dari entri-entri yang aku baca di blog beliau, aku tahu Apek seorang yang tegas, sinis dan kritis, tapi masih bersopan. Mungkin kematangan usia dan pengalaman pergaulan serta pengembaraan rohaninya.


Apek orang kerajaan. Kerja apa aku lupa (sila tanya sendiri). Pernah masuk TV3. Apek seorang jurufoto runcit-runcit dan mempunyai dua buah kamera DSLR, satu Canon 1000D dan satu lagi 5D. Aku nyaris nak beli 1000D beliau dulu.


Mana beliau dapat duit beli kamera mahal? Aku dapat rasa beliau seorang yang berdikari. Pernah beliau ajak aku jadi pengedar. Aku bab mengedar ni memang malas. Bisnes keropok dari Terengganu. Ya, beliau kerja di Terengganu.


Beberapa hari lepas beliau kritik pasal ‘Kacip’ yang berharga RM20. Dan aku ada respon. Bukan aku saja. Jimbo dan Bentara pun ada juga. Cuma respon aku yang seakan-akan pro-Pipiyapong menyebabkan Apek cakap aku menyebelahi Pipiyapong. Sebenarnya tidak. Aku tak sebelah mana-mana. Cuma pendapat aku itu berdasarkan apa yang pernah lalu, dan bersetuju juga dengan sebab-sebab yang dinyatakan oleh Pipiyapong tu. Itu saja.


Apa-apa pun polemik yang dicetus oleh Apek ni sangat berguna kepada Pipiyapong sendiri sebenarnya. Pipiyapong selebriti blog yang ramai pengikut dan silap haribulan ada yang anggap beliau ‘wali blog’ pulak hingga beliau jadi lupa diri. Siapa yang berani kiritik lagi?


Tapi tidak bagi orang macam Apek. Kawan ke, selebriti ke, apa yang beliau perlu kritik, tetap beliau kritik. Baru ada perlawanan pendapat yang sihat. Dan apa yang patut Pipiyapong jawab, telah pun beliau jawab. Diharap semua pun faham kenapa Kacip berharga RM20. Soal setuju atau tidak, hendak atau tak nak beli, itu soal lain.


Apa-apa pun, kebenaran mutlak itu bukan milik manusia. Kita hidup, sentiasa bergerak dan mencari hingga ke titik akhir yang kita sendiri pilih. Memohon petunjuk Tuhan dan saling berpesan-pesan itu amat perlu.


p/s: Bab sajak aku yang keluar Utusan dan ada bau UMNO tu aku tak setuju langsung. Aku tak join mana-mana parti lagi. dan sajak aku tak ada puji-puji siapa-siapa, hanya pesan-pesan saja. Kalau ada peluang jadi PM, ok, boleh juga masuk line politik.


p/s/s: Aku kirim ke Utusan semenjak 2004 lagi sebab masa tu aku malas memblog lagi, dan serius belajar menulis secara mandiri, tak macam sekarang, aku malas dan banyak merapu saja. Dan hanya Utusan yang terima karya-karya aku masa tu. Tak kan aku nak hantar ke Washington Post atau Daily Planet pulak. Walaupun orang cakap macam-macam pasal Utusan, tapi aku tabik Utusan dalam bab menbangunkan sastera tanah air. Cuma bab politik tu yang boring sikit. Gossip artis dan sukan tu ok saja…

3 comments:

Don Balon said...

Hoh? Sapa kata aok umno min? kuikui

Beringat weh..
bila u.n.k.o saloh kita palor..
bila p.a.s silap kita pepoh..
check n balance..

kalau main setuju je last2 kita duduk tanah lot ke 18 dari jalan..tepi jalan semua demeh..
pikir2 kata farid ismet..

Fadh said...

laa xabis2 lg pasei kacip...kang koi kacip telinga te kang ngan kacip pinang hehehehe

Nerzhul said...

utusan te koi bace tajuk je. bahgian artis koi tengok gambor je. hahahaa