Wednesday, September 1, 2010

Analogi Basikal dan Bukit Ramadan

Emak aku kata; puasa ni macam kayuh basikal naik bukit. Dari 1 Ramadan kayuh. Tuju ke puncak. Memang terasa makin penat. Bila sampai ke 15 Ramadan dan mahu melepasinya, kita boleh turun perlahan-lahan tanpa kayuh lagi. Tak teruk sangatlah maksudnya tu.


Entah dari mana mak aku kutip analogi ini aku tak tanya. Dulu aku percaya juga. Sebab dari mula-mula belajar puasa, itulah dia asyik ulang. Hendak memberi semangat kepada aku agaknya. Dari psikologi ada benarnya juga. Sepatutnya bila sudah 2 minggu, tubuh kita sudah biasa dengan rasa menahan lapar tu. Tapi sekarang aku hanya sengih sahaja bila mak asyik ulang-ulang ayat tu.


Mungkin sebab zaman sekarang orang sudah ramai tak naik basikal. Kutu-kutu pun mampu beli kereta. Buruk-buruk pun kereta juga. Atau pun paling kokak ada motor bikin. Jadi tak perlu naik basikal lagi, yang lambat hendak sampai ke puncak 15 dan seterusnya ke garisan 30 Ramadan.


Sebab itulah agaknya ada yang boleh pecut dalam masa setengah hari saja sudah boleh sampai 1 Syawal. Hebat mereka ni. Selalu aku nampak, mereka dah boleh bawak makwe, makan minum, dan hisap rokok dalam kereta. Atas motor pun ada yang minum air tebu dan hisap rokok. Malah dalam tandas awam pun bersepah pembungkus makanan dan minuman.


Jadi tentang basikal dan bukit Ramadan yang mak aku selalu cakap itu tak relevan lagi. Sekarang zaman kenderaan bermotor. Semua orang mahu pantas.


Untuk tidak bersangka buruk, aku anggap mereka mungkin kerja buruh binaan atau buruh ladang. Dua kerja ini aku pernah buat dan memang penat sangat badan walau pun otak rilek saja. Lagi pun mungkin darurat, Islam tak pernah menyusahkan umatnya.



p/s: Tapi kalau tak puasa pun janganlah menunjuk bangga sangat. Bukan aku nak heran sangat pun. Ingat aku terliur sangat ke? Kalau tabor not RM50 satu guni ada la respek juga. Kah kah kah!

8 comments:

Misya Idris said...

uih saya yang dapat off 7 hari ni pun malu nak makn minum depan orang!

Don Balon said...

Adik koi pun kata gitu jugek..makin ramei yanc tak poser..

Bangga jadoh mender gitu, di akhirat nanti bangga la pueh2 depan Abang Malik kuikui

Ahmad Belia said...

gua berborak dengan tokey buat longkang. memang tak puasa buruh-buruh ni..

N Faizal Ghazali said...

Nasib baik kawe tak uzur lagi tahun ni.. nak balik kampung dah kawe min.. Selamat hari raya, marilah raya rumah kawe.

Jorji said...

Jadi mandur buruh binaan penat tak? boleh makan tak?

Nerzhul said...

tak puasa stakat makan roti ngan air kotak. nikmat lagi berbuka time maghrib nanti boleh makan macam macam.

Dr. Bentara said...

iman lemah

mr.kordes said...

sape nunjuk dpn aok min?kabo ke koi bio koi lempang kurap beliau sampai tanggal!