Tuesday, August 31, 2010

Pengucapan Kebebasan Yang Luar Biasa

Dada Laut

ombak adalah rambut-rambutku
pasang adalah nafasku
kulitku dari garam
suaraku dari angin

mataku telah kuberikan
pada bulan tak menjelma
hati dan empedu
pada ikan tak bernama


kini
aku adalah dada laut
lepas bebas
dari akar dan paut

A LATIFF MOHIDIN
Hamburg, 17 September 1966



P/S: Aku pun tak tahu nak cerita apa. Tak ada kisah menarik sangat tentang Merdeka ni. Tentang kesusahan zaman British, Jepun, Komunis semua aku dengar dari mulut orang-orang lama. Bukan aku yang rasa. Yang aku ingat, setiap kali 31 Ogos cuti sekolah. Dan arwah ayah aku ajak menoreh getah atau mengutip sekerap. Aku ikut. Itu antara kenangan manis walaupun waktu itu aku rasa bosan. Tapi hari ini, pertama kali 31 Ogos jatuh dalam bulan Ramadan dalam riwayat hidup aku. Dan tadi pagi mak aku bising pasal ikan Jemuduk harganya RM20/kg. Ikan tak ada yang chantek-chantek. Mahal saja lebih di hari Merdeka ni...


5 comments:

Baby Tiger said...

awak, tahun lepas pun 31 Ogos jatuh pada bulan Ramadhan la..

Don Balon said...

Merdeka pada nama

Rahimin Idris said...

Baby Tiger,
Laaa. Ye ke? Tak ingat langsung aku tahun. Kahkahkah. Apa pun, selamat hari merdeka ek..hehe

Don Balon,
Sambutan Merdeka di Malaysia entah hapa2. Pemimpin sekarang tak berpijak dibumi nyata. Sekarang bukan zaman nak ingat perjuangan UMno zaman Tunku saja.

pakcik kordi said...

aok g terus maju tgk..ikan muroh ke dok..hehe...

Baby Tiger said...

huhuhu ke awak tak puasa time 31 )gos tahun lepas? :P