Sunday, August 15, 2010

Serangan Kala Awal Ramadan

Tiap tiap kali Ramadan saja, fizikal selalu aku kena macam-macam serangan. Kadang-kadang cirit birit tahap jingga. Kadang-kadang sembelit peringkat mejar jenderal. Tapi yang paling kerap kena ialah; serangan rasa penat, lapar dan dahaga sepanjang hari.


Tahun ini sekali lagi. Sehari sebelum puasa gusi aku bengkak rabak. Melampau-lampau bengkak sampai aku sendiri tengok pun takut. Kalau jiran aku tengok mesti dia ingat entah orang Eropah mana datang beraya sebulan lebih awal ke rumah aku.


Rasa sakit bengkak gusi memang tidak mampu lagi aku ulas dengan kata-kata dusta. Sungguh azab rasa denyutannya. Tiga hari tiga malam aku tak dapat tidur nyenyak. Ini kerana bengkak oleh bisul itu sedang mengumpul nanah. Kalau mengumpul setem mungkin denyutannya agak berbeza, ia berentak slow and steady.


Hari pertama bengkak aku makan pil penahan sakit. Habis dua butir langsung sakit semacam. Seolah-olah tak dapat langsung pil itu menahan sebarang sakit gayanya. Bengkak semakin membesar. Hari kedua kawan aku Zulkarnain Yusoff hantar ‘kulat susu harimau’. Aku asah dan sapu. Tapi sakit masih berulang. Aku ulang sapu. Lega sekejap. Sakit semula. Mungkin sebab bengkak dah terlalu besar dan ada bisul sebab aku sudah biar agak lama baru berubat. Itulah, bangsa degil.


Jadi sepanjang awal Ramadan sampai hari ini, aku terlepas untuk menikmati sebuah bulan indah yang penuh dengan pesta makan-makan ini. Harus di ingat; di Malaysia Ramadan ialah pesta shoping dan makan-makan untuk orang Melayu. Untuk tauke kedai orang cina pula pesta tayang pakaian dan perabot sampai ke trafik light jalanraya dan pintu pagar Yang Di Pertua Majlis Daerah.


Maka Bazaar Ramadan pun memang tak dapat aku hendak ziarah. Hendak buat apa? Aku bukan boleh mengunyah. Lima hari puasa lima harilah makan bubur nasi bercampur cebisan kurma. Mahu buka mulut pun tak boleh. Nganga pun ada besar lubang ekzos motor saja. Hendak kunyah satu hal lain lagi. Kalau pengacara Majalah 3 yang pergi menghulur bantuan ke Palestin itu tengok mesti dia sebak, dan peluk aku erat-erat sambil mengayun-hayun badan ke kiri dan kanan, ke hadapan dan ke belakang. Kalau pengacara lelaki yang peluk, aku hempas di situ juga.


Memang tak boleh jadi. Akhirnya petang ke tiga itu aku sapu kapur makan tebal-tebal. Tak sampai 15 minit meleleh darah merah hitam, air bias dan nanah. Jenuh juga aku berkumur. Bila tengok dekat cermin aku tersengih. Teringat poster-poster band black metal dari Norway yang ada darah-darah dekat mulut.


Okeylah. Sekarang masih ada sisa-sia bengkak. Aku pun masih tak boleh lasak-lasak. Sebelum menutup bicara Ramadan kali ini, ingatlah; kapur makan itu bukan sahaja boleh digunakan untuk membuat cendol dan lompat tikam, tetapi juga boleh memecahkan bisul…



Info foto: Ini ialah kueh 'Lompat Tikam'. Ia sa-jenis makanan tradisional orang Melayu yang terdapat unsur kapur dalam pembuatannya. Ia hanya untuk proses pengenyangan. Bukan perubatan. Kalau anda lumur lompat tikam ni ke bisul di gusi anda, nescaya anda akan dipulau oleh ibu-bapa dan adek beradek ketika solat tarawih...






11 comments:

Mimie.Candy Cane said...

nak kesian pun serba slah koi rase min..aok pnnye entry menggeletek perut koi..

aok tu bawak2 la pegi klinik.tgk doktor cakap macam mane..makan painkiller ngan sapur kapur saje tak cukup..

try aok sapu susu getah plak,tgk menjadi ke dok..

semoga gusi aok kembali normal menjelang hari raye :P

Rahimin Idris said...

komen aok berjaya membuat koi tersengeh. hehe

hanie said...

mimilk... kalo mimin sapu susu getah ke gusi..bkn lg poster black metal lagik dah..mau keluar jurus harimau mintak nasik terus..

hrp raya nt..gusi aok te dah ok.. kang sakit lagi sape nak bace khutbah raya kat mesjid te..tak meriah pulak solat raya..



:P

Fadh Rahman said...

gua doa lu cepat sembuh...klau xsembuh gak, gua talkinkan terus...

jo said...

kalo raya ni tak baik jugak, jangan pergi raya rumah tunang. buat malu jek....

jo said...

part pengacara tu, aku lupa nak sebut. macam jahanam.

Dr. Bentara said...

abih satu nikmat... selalu kita take for granted.

Don Balon said...

Sabor min..
koi pulok kena penyakit rahang beralih.. bercakap sengal2 saja..
bila nok layan kurma daging ala-Kashmir yang koi suka amat tu.. sengalnya menusuk ke tulang lutut..
apapun..selamat berpuasa rodonc..

k.e.r.i. said...

pergi sepital lah weh.
bisul kot.

Misya Idris said...

ouch! sakit tu! rasanya kena wat minor surgery..

kordi rocker said...

kah kakakahaaaa!!!!gampitttttt!!!!!!!tp..koi ttp sian kt aok min....huhu...