Wednesday, July 7, 2010

Jah Bu Lon dan Nasi 2010

Sekarang pun masih ada baki-baki demam menghuni dan menghentam tubuhku. Tapi memang. Sekarang ini musim demam. World Cup 2010. Tetapi sungguh aku demam betul-betul ini. Selsema dan batuk-batuk keras sedikit menguji. Sudah setahun juga tidak dihinggap rasa begini. Eloklah aku demam. Mungkin boleh update sistem pertahanan dalam tubuh. Kalau setakat World Cup aku biasa saja. Orang lain biarlah.


Tetapi tiada pelik juga aku pikir. Tentang World Cup 2010. Manusia ini memang trendy sejak dari zaman firaun lagi barangkali. Di mana-mana pun trendy dan fesyen itu diutamakan akhirnya. Itu benar barangkali; andaikata hari ini Lady Gaga tiba-tiba menyembah ayam sebagai tuhannya, aku percaya ramailah artis, DJ radio TV dan anak-anak muda yang merayu-rayu Lady Gaga seolah-olah kalau tiada menyebutnya akan kelihatan kolot, turut akan mula terkenang-kenang ayam untuk disembah. Semua takut makan ayam.


Entah mengapa World Cup 2010 ini tidaklah banyak perlawanan yang aku tonton. Setakat ini hanya lima atau enam rasanya, bermula dari perlawanan peringkat kumpulan. Mungkin ada banyak sebab. Banyak itu maknanya lebih dari satu dan ia mungkin sebab yang betul dan ada perlagaan antara aku dan kamu semua. Itu tentulah hal biasa, beb-beb semua.


Bermula dari Mexico 86 yang melahirkan ‘Mexican Wave’ sehinggalah ke South Africa 2010 yang melahirkan Jah Bu Lon, aku kini mula terrasa bolasepak bukanlah sukan dan permainan semata-mata lagi. Bolasepak sudah jadi macam-macam. Barangkali sudah jadi seperti nasi yang kita buru sehari-har (merujuk kepada makanan ruji kitalah, kalau eropah gandum la).


Mungkin sungguh; bolasepak sudah jadi nasi, barang dagangan yang ada macam-macam untuk dilariskan. Ada nasi tomato, ada nasi itik, ada nasi impit, ada bubur nasi dan segala macam nasi. Kita tahu itu nasi – sehingga kita termangu-mangu ketika mahu memilih. Dan kita pilih. Tetapi sewaktu menikmatinya; kita lupa asasnya tetap sama – tetap nasi. Dan fungsinya tetap sama – demi mengusir kelaparan yang melilit tali perut – demi meneruskan kelangsungan hidup. Dan itulah kini jadinya bolasepak.


Dan sudah tentulah paling celaka di Malaysia ini, bolasepak dijadikan alat propaganda politik murahan, dan juga mahu kaut untung semata-mata sekaligus. RTM sebagai penyiar rasmi sibuk dengan slogan 1Sorakan 1Malaysia, tapi tunjuk perlawanan kodi-kodi, lepas itu kalau perlawanan yang sedap dia tunjuk pukul 2 pagi. Yang sedap pakat bagi-bagi kepada Astro. Tak ada masanya aku nak tengok. Baiklah aku tidur. Apa kejadah aku mahu langgan Astro? Apakejadah aku mahu lepak-lepak dekat kedai makan sampai santak pagi? Semata-mata untuk bolasepak yang sudah hilang tujuannya?


Sekarang bolasepak bukan lagi macam dulu. Bolasepak bukan sekadar riadah untuk menyihatkan badan, bukan alat perpaduan untuk merapatkan ummah manusia tetapi bolasepak sudah dimasuki unsur-unsur yang mengambil kesempatan demi mengaut keuntungan. Antara adegan World Cup yang paling menyedihkan ialah World Cup 98 di mana ada antara pemain berkulit putih dari pasukan Belanda yang enggan meraikan jaringan gol pemain-pemain kulit hitam. Aku tidak sangka dalam otak manusia negara maju (katanya negara dunia pertama) ada juga sikap racism.


Tetapi lantaklah itu semua. Aku pun sedang bekira-kira mahu membeli set golf. Orang kata golf ini sukan kapitalis. Marah betul rakyat bila tengok menteri-menteri main golf. Haa, peduli apa kan? Alang-alang menyeluk kapitalisma, biar sampai jadi Arnold Palmer!

12 comments:

Don Balon said...

Ay min...
Lama tok update..
Teruk lagi ke demanc aok tu?
Koi dulu on-off dari bulan 1 sampei bulan 6..sekeluarga..
Sembuh gitu je..Alhamdulillah..

makan antibiotik dan minum air banyak2..
ma'assalamah..

Rahimin Idris said...

koi malas menulis sebenornya. boring doh. ni saje je. demam ada lgi sikit2..

jo said...

rasa macam nak menitik air mata baca entri aok min. rindu nak baca cerita yang ada ayatayat slapstik..

jo said...

slapstik tu menda apa?

Rahimin Idris said...

aku tampo budak jo ni kang. haa..

Fadh Rahman said...

huh...dh ubah nama blog...klau pas nie masih malas2 nk update blog, mmg koi seligi awok hehehehe

koi pn xminat dh ngan world cup nie...makin melalut dan merepek...kontroversi perlu bg menghidupkan world cup tp terlalu byk pn menyakitkan hati...mcm gampang dh koi rase...

mazru said...

german..

cincau and other drugs said...

ayat akhir tuh best, mana tahu dapat projek yang best pulak, maklumlah sukan kapitalis tuh

mr.kordes said...

lps kooi bce entry aok ni,koi rasa mcm mls nk tgk jerman main mlm kang.

Nizam Awang Brahim said...

Koi dah hilang semangat nengok bolo ni weh.Pasukan pilihan dah out...

maza said...

aku tak berapa nak minat bola sepak ni...

tapi kalau sudah ada kaki, JADIIII..kekadang terpekik terlolong mengalahkan peminat tegar sukan yang itu pula..

hehehee

FarhanaLicious said...

org perempuan tak peduli pun pasai bola ni. petang2 tengok rancangan masakan.