Friday, April 2, 2010

Untuk nampak Islamik, tak semestinya guna bahasa Arab Wak!

Aku memandu perlahan. Langit berawan kumulus nimbus. Kapal terbang melintas dan berkicau. Cahaya matahari dengan ghairah meraba setiap isi alam menerbitkan redup bak mata kerbau. Sungguh tenang suasana melatari pemandangan. Tiada suatu pun yang bisa memercikkan api amarahku.

Kring! Kring!

Bunyi telefon genggam. Aku cepat-cepat mahu menjawab. Sebab kalau gabenor bank Negara yang buat panggilan, aku nak pinjam pengecop duit. Senang hendak membayar cukai jalan. Tetapi Mat Jawa rupanya.

‘Hah, apa ke halnya?” aku terus bertanya tanpa berbasa basi demi mengenangkan betapa muka Mat Jawa yang tidak senonoh ketika mengunyah keropok losong mati tarikh.

“Eh, aok ada drill tak? Drill keh terbakor laa..keh nak pinjam sehari esok!” kata Mat Jawa yang cuba menyamar bercakap gaya stail orang kampong Gua Bama Kuala Lipis. Dia pikir; dia pernah buat Rumah Mayat Hospital Kuala Lipis tahun 2003 dahulu, orang tak tahu dia datang dari Jawa agaknya.

“Drill tu tak berapa power. Tapi kalau nak buat kerja ringan boleh la. Kau nak buat apa?” aku bertanya dengan hati yang berat kerana kalau beliau guna untuk menebuk konkrit dengan ganas memanglah terbakar pengorek lubang elektrik aku itu.

“Keh nak tebuk lubang kunci albab je.” Jawab Mat Jawa.

“Lubang kunci siapa?” aku bertanya lagi kerana bunyi deru kereta membuat aku ragu-ragu.

“Lubang kunci albab! Albab..” kata Mat Jawa dengan lebih jelas.

“O, lubang kunci albab ye? Albab kepala tengkorok aok!” kata aku seraya mematikan perbualan.

Aku memandu perlahan. Untuk jimat minyak. Di belakang kereta berderet deret. Padan muka!


7 comments:

hanie said...

hahaha..sgt la al-babun nye..


:P

Hanisham Ab Halim said...

Ini harta Ahmad Albab yang punya!!!! Hahhahahah....

terrarosa said...

hoh alang - alang kena bayar cukai jalan, baik guna jalan tu lama sket, bawa slow - slow.....
dok gitu ?

tapi kalu keh jumpa jenis pemandu gitu, memang patut keh potong guna line kiri - line kecemasan :P
Jangan mare...

mr.kordes said...

albab kepalahotakk!!kakakakahH!!!!

albab=pintu.ngeh3....

Redz da Tsar said...

Haha... Ana pun nak nampak islamik jugak la...

Kalau ana cakap ente majnun nampak macam arab jugak ka?

Haha...

agak2 Filem Ahmad Albab dan Tiga Abdul tue Islamik ka? haha

Hashim Zabidi said...

Seorang berangan-angan mengharapkan pinjaman dari Govenor bank. Sorang lagi nak ambil saki baki harta Mat albab.

nengok gayanya Mat jawa lebih pintas dan pintar.

Rajuna said...

okey la tu.
dapat harta albab
boleh bahagi dua!