Suatu malam aku mahu update blog. Suasana sunyi sepi. Idea tak mari-mari. Jenuh aku panggil. Tapi idea tetap degil. Jam sudah pukul dua pagi.
Sedang aku memandang komputer, tiba-tiba langsir tingkap bergerak-gerak. Angin bertiup. Seram. Aku mula menggigil-gigil dan rasa mahu terkencing. Baru aku teringat; rupanya sudah tiga hari aku lupa mahu kencing.
Bila aku berpaling, alangkah terkejut. Kelihatan suatu lembaga di tepi suis kipas. Jantungku berdegup kencang seperti mahu meletup. Kurus semangat. Rupanya emakku yang memasang kipas. Patutlah berangin.
“Aok tak pasang kipas ke? Tak panas ke?” tanya emak dengan tersengih.
Aku hanya tersengih. Dan bangun menuju ke tandas. Tak ada kerja agaknya pagi-pagi buta bangun pasang kipas.
Kemudian aku kembali ke depan komputer. Aku menaip-naip. Tentang suatu kisah pilu.
Knock! Knock! Knock!
Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk. Aku terkesima. Lagi terharu.
Siapakah yang datang malam-malam begini? Aku tertanya-tanya.
Knock! Knock! Knock!
Ketukan berulang lagi. Aku beranikan diri. Pergi buka pintu.
Oh, rupanya Andre The Giant. Tak sangka pula Andre The Giant datang tengah malam buta. Tetapi bukankah Andre The Giant dah lama kojol? Aku mula seram kembali. Aku berlari-lari menuju ke bilik emak mahu minta tolong.
Sampai di bilik emak aku terkejut lagi. Aku dapati emak tiada dibilik. Bukan saja emak, katil, almari, selipar emak semua tak ada. Bilik emak pun tak ada. Sudah hilang. Baru aku ingat; emak sedang buat umrah?
Jadi siapa yang memasang kipas tadi? Seram kian mengkerutis-kerutis kulit belakangku. Aku berlari keluar mahu melihat Andre The Giant. Tetapi alangkah terkejut lagi. Andre The Giant pun sudah tiada. Seram sungguh.
Aku berlari-lari sampai ke jalan mahu cari Andre The Giant. Tetapi tiada. Bila aku berpaling; terkejutku bertambah terkejut. Rumah aku pun sudah tiada. Semua komputer dan tulisan juga sudah ghaib. Aku sungguh terkejut. Aku takut. Aku seram. Itulah sebab-sebab aku lama tak updated blog ini.
Ke mana semuanya? Ke mana? ke mana? Semua sudah hilang. Tulisan ini pun bukan aku yang tulis. Entri ini pun bukan aku yang updated. Aku takut. Seramnya kisah ini 'kan?

15 comments:
uiiiiiiiiiiiiiii takotnya sampai nk ciriti biriti pulokkkkk...ahahhahaha
cehhh...agak meremang bulu ketiak aku bace entry ni..
alasan tak munasabah langsung!!!
hahaha
giler seram..ni kalau ahmad idham baca..bleh bg dia ilham bt filem..
Hehe... Takot seyh...
Ini entri penghias blog eh?
Haha
seram bawak nak ke melempang~
aku tampor jugak mung ni miee...
Akak tak hati nak update blog lagi. Hati akak dirompak oleh pelbagai situasi yang kurang menyenangkan. Cerpen tulis sekerat2. Folder novel asyik buku tutup. Sajak dah tak berani nak hantar ke media perdana.
Sindrom penyakit apakah ini?:(
wakakakakkaka!
sempudeii je lawok..
Takutnye...berdiri bulu tengkok kawan..mcm tengok citer Mat Sentol..hehe
ini pun bukan aku yang komen.
ni waktu-waktu gini sedak jugak tendang kepala rusuk orang ni..
ko ni pawang ke min
heh. tang mana yg seram pun gua tak tau. huh
padanlah lama tak update blog!kakakakahH!H!!!!!!!!
demmit.
haha..
Post a Comment