Thursday, December 24, 2009

Ke Mana Hala Tuju Yang Sepatutnya Selepas PMR dan SPM?

Minggu lepas saya pergi satu farmasi. Mahu beli ubat batuk untuk emak saya. Saya beli dua jenis. Satu jenama Breacol dan satu lagi jenama ‘Ridsect’ (Strepsil sebenarnya, tetapi emak saya selalu tersebut Ridsect. Bila saya gelak dia buat tak tahu saja. Dia tak mengamuk atau merajuk sampai tubuhkan parti politik baru pun).

Kemudian saya keluar dari farmasi setelah membayar. Mulanya saya hendak pura-pura kena sawan tarik dan pitam di situ, sebelum membayar. Untung-untung tauke farmasi itu simpati dan beri ubat-ubat batuk tu percuma saja. Tetapi memandangkan reputasi saya agak baik, dan Ain wartawan Sinar Harian selalu juga berkeliaran di Jerantut, saya membatalkan niat suci saya itu.

Sebelum masuk kereta dan berambus, tiba-tiba nama saya dipanggil. Saya ingat makwe farmasi yang jaga mesin duit ada bunyi ‘ting ting’ itu yang panggil. Kot-kot dia nak pulangkan semula duit saya sebab tiba-tiba hendak buat amal jariah. Tapi kenapa lain sangat suaranya?

Oh, Brader Awie rupanya. Saya memang kenal biasa sangat dengan Brader Awie ni. Kalau mudik ke Hulu Tembeling, atau ke Taman Negara, bot Brader Awie la yang selalu saya tumpang. Malah ada juga saya tumpang makan nasi di rumah ibu mentua Brader Awie itu. Isteri Brader Awie yang hendak beli ubat. Bila saya tanya ubat apa, isterinya kata; ubat nyamuk. Tak lawak langsung.

Sementara menunggu, saya dan Brader Awie pun berborak seputar dunia sungai, poitik, sastera dan kebudayaan Jerantut. Ada juga Brader Awie terborak perihal nak membangunkan sebiji prototaip bot laju berkuasa nuclear. Saya hanya mengangguk-anggukan kepala tanda tak percaya langsung.

“Wi, mintak dua inggit, aku tak minum lagi ni,” tiba-tiba ada satu kutu dengan tangan berbalut-balut. Entah siapa, saya memang tak kenal. Badan kurus-kurus mata kelabu asap. Gaya balutan pada tangan macam orang nak bertomoi. Tangan kiri. Kalau balut satu badan saya kenal sangat. Itu Encik Mumia namanya.

“Tak dok duit la aku, bila jumpe duit, duit, duit!” kata Brader Awie dengan sombong.

“Boss, duit ringgit boss,” kutu itu mintak sama saya pula. Saya rasa sangat takut. Manalah tahu kalau-kalau nanti dia keluarkan pisau pemotong sayur ke, pistol ke, atau paling menakutkan, mesin rumput jenis tolak. Cedera la saya kena mesin.

“Jangan di bagi!” kata Brader Awie sebaik melihat saya sudah ketakutan yang amat sangat dan menadah tangan memohon keselamatan diri kepada Tuhan. “Pergi tempat lain la!”

Kutu itu pun berlalu pergi dengan lemah longlai. Ada juga rasa kasihan. Tentu dia lapar sebab belum minum pagi. Apa la Brader Awie ini, tak kasihankah? Padahal Brader Awie tauke bot yang berjaya. Kakitangan kerajaan selalu sewa bot dia kalau ada apa-apa program kerajaan yang menggunakan bot. Kalau Brader Awie tak bagi, tak kan saya hendak bagi pulak; begitu saya fikir.

“Aku bukan tak nok bagi dia duit Mie.. Itu kalau dapat duit tu, bukan ada kerja lain – pergi beli samsu, beli arok muroh. Dari sekoloh lagi aku kenal dia tu, doh jahanam satu badan doh tu. Kalau setakat nak makan, pergi je kedai makan nu, ada la orang belanja makan. Ni tau nok makan benda haram tu je!”

O, begitu rupanya. Kali ini saya mengangguk-angguk tanda setuju juga sikit-sikit.
P/S: Abaikan tajuk di atas. Mengada je lebihnya tu.

14 comments:

godia karemo said...

mmg ngade ngat bunyi tajuk kat atas tu..tp ckit2, ada gak kna mengena???eyh, budok mn se ni??koi tak penoh jumpe pun...

godia karemo said...

mmg ngade ngat bunyi tajuk kat atas tu..tp ckit2, ada gak kna mengena???eyh, budok mn se ni??koi tak penoh jumpe pun...

Rahimin Idris said...

Godio,
ada gak la sikit2 tajuk tu kot.

tak tau la nama dia. tak pernah jumpa. Otai gila. agaknya dia dulu berhijrah ke nepal, lepas tu balik ke jerantut kot.

hanie said...

ko mmg kan min..semenjak dua nih..dh pandai nk mengada2..
sjk layan malika..

hahahahah!!

Fadh Rahman said...

kedai ubat yg berdepan dengan bangunan cimb te ke?

anak bangsa kian layu,
pemimpin hanya tersipu malu...

terrarosa said...

kalau dalam kartun spongebob, mesin rumput jenis tolak itu sungguh menakutkan !
hik hik hik


p.s keh datang hari ni untuk menjawab tajuk post aok tu, tapi tak perlah lain kali jer :P

Layla Haq said...

PMR dan SPM bukanlah apa-apa berbanding dengan peperiksaan 'hidup' selepas itu. Pelajar-pelajar PMR dan SPM yang berjaya, usah meninggi diri dan terlalu suka. Kerana sistem pendidikan di negara kita sudah kucar kacir. Graf boleh diubah sesuka hati demi kepentingan pihak tertentu. Belajarlah melalui kepayahan dan ujian yang Tuhan beri.

Lihat abang Mimin. Walaupun dia tidak begitu bagus dalam peperiksaan PMR dan SPM, dia lebih berjaya dari mereka yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Abang Mimin adalah contoh yang gagah.

Sekian, terima kasih.

Rahimin Idris said...

Hanie,
Haha. Biar la. memang aku poyo sikit sekarang. Haha.

Fadh,
Buka. Al syifa yang hala ke TF Value tu.

Terra,
Sebagai pengajar, aok kena jawab.

Bayan,
Hah. Kau silap. Aku memang pelajar target dan cemerlang. Dalam berita tadi sekolah asrama penuh tempat aku belajar dulu antara yang terbaik di Malaysia. Cuma aku belajar sampai form 2 saja dekat situ sebab aku tak tahan dengan peraturan. Aku sangat suka kebebasan. Kalau boleh aku nak bebas secara absolute. Tapi itu mustahil.

Redz da Tsar said...

Haha... Tajuk yang sangat best... Ada kaitan sebanrnya tajuk tue... Hehe...

Tak beli samsu, beli toto.. Hurmph.. Sabo je la

paiseh said...

besungguh gua suruh adik gua baca..
keh keh keh~

FarhanaLicious said...

penakut juga ko ni ek. antu pun penakut. hehe

*abang mimin? errkkk.

Hashim Zabidi said...

Mat Jan tak sekolah tinggi (takde PMR taskde SPM)
masuk askar lari
masih sayang anak bini
buat kerja macam kulit.
Namun ada angan-angan nak jadi menteri,
kita tengoklah satu hari nanti.

jo said...

aku pernah terrrrrbagi.niat cuma nak buat amal jariah. sekali dah terkena rasa menyesal pulak..

mr.kordes said...

tajuk lari beb...ok beb..dh upload...=)