Thursday, December 31, 2009

Karate Kid Malaysia Menyambut 2010

Malam ini ramai orang akan tunggu kedatangan Janus. Janus ialah dewa/tuhan orang Rom dulukala. Janus dikenali juga sebagai January. Janus dikatakan mempunyai dua muka. Satu bahagian memandang ke sebelah hadapan, dan satu bahagian lagi memandang sebelah belakang.

Orang politik, mat rempit, aweks urban, yuppies, indon felda, dan semua-semua akan tunggu Janus – sambil lepak-lepak dekat mana-mana, tengok bunga api ke, minum-minum ke. Buat la apa-apa asal bahagia. Selamat menyambut dan jaga diri baik-baik.

Aku macam biasa; seingat aku, tak pernah countdown (ha ha gila kampong aku ni!). Macam biasa aku memang tak peduli sangat. Budak nerd. Kalau ada konsert rock sedap dekat TV aku tengok. Atau kalau ada kawan-kawan ajak lepak ke. Kalau tak lagi sedap aku tidur. Tidor awal bangun awal. Kalau zaman sekolah, pergi menoreh la jawabnya. Itu pun kalau tak hujan.

Sama la juga malam ni. Esok cuti. Isnin depan ada kerja yang sangat banyak. Kalau tak ada benda nak aktiviti penting aku tidor saja. Penat gila badan dan tak ada masa. Sebab esok aku nak meneruskan pelajaran silat aku macam biasa. Silat ni aku belajar dari arwah R. Jaafar. Kena menebas semak samun. Ini adalah untuk menguat dan menangkaskan otot-otot lengan.

Bacaan dia mudah saja. Dua kali kiri, dua kali kanan. Dua kali kiri, dua kali kanan. Dua kali kiri, dua kali kanan. Dua kali kiri, dua kali kanan. Dua kali kiri, dua kali kanan...

Lepas tu tanam anak sawit sambil layan lagu 'pakai baju kancinglah suasa'. Sambil melihat Janus membuat isyarat bagussss! Keh keh keh…



Pergh, banyak lagi nak 2xkiri, 2xkanan ni..



*lagu ni OST filem Bujang Selamat 198?

12 comments:

mr.kordes said...

2x kiri 2x kanan....gig ntah..tp bulan 3 ade....dtg le tgk....=)

mr.kordes said...

eh..bulan 2..silap/////.....\m/

Rahimin Idris said...

Hoh, bulan 2? Gig valentine day ke? haha \m/...\m/ (kena buat juga ni!)

terrarosa said...

keh yakin dengan berkat kesabaran aok tu,
malam - malam tidur pasti lena keh keh keh...

p.s jom la mai KB , setiap Jumaat Tok Guru selalu buat 'gathering' :)

hanie said...

ah ye..lepas tu jumpe ular sawa. dan2 tu la rasa nk mnum sunquick.

Rahimin Idris said...

Terra,
ini main2 je. keh nak selesaikan dalam masa 2 minggu, pas tu ingat nak masuk kelas belajar potoshop hikhikhik

hanie,
hoh, tadi jumpa landok!

Redz da Tsar said...

Jom buat solat gerhana malam nie... hehe

Ahmad Belia said...

buat gig kat sungai tembeling cam ne? bernai mati tuuu..

mazru said...

brp ekar dah min?

salam 2010

Fadh Rahman said...

laa dia ajor koi dulu 5x kiri...5x kanan...pas te siap ada depan...belakang...atas dan bawah lagi...makne nyer koi lebih laa dari aoh hehehehe \m/

Mimie.Candy Cane said...

nti bile2 jumpa landak lagi,tolong cabut duri dia satu,aku nak wat penunjuk mengaji

Rahimin Idris said...

Redz,
Hoh, tidor awal semalam.

Ammosham,
Kat kampong Bantal ada sokmo tiap2 tahun apa.

Mazru,
Yang ni tak banyak. 3 ekar je. Ni nak usyar line baru le. Hehe

Fadh,
Hehe aok kira guru kaka doh haha

Mimie,
Woi, binatang terlindung tuh! Tapi keh makan semacam…