Wednesday, November 18, 2009

Panas Dalam Tengkujuh

Jumaat lepas aku ke Kuala Lipis. Setelah mendapat pukulan henset dari Man Backhoe. Man ialah abang kepada Lan, pomen peribadi masa-masa aku terdesak. Upah murah. Kerja memang cukup lambat siap. Sembang berjam-jam. Kuat mengeteh.

“Aok sampei ke lepih, telipon la ke keh,” kata man sebelum menamatkan perbualan. Semenjak jadi menantu orang Kampong Keledek ni, dah bukan main leweh Man bercakap. Hilang bahasa Jerantut Darul Gaharu.

Aku cadangnya nak sambar sebuah lori hantu untuk kerja angkut mengangkut sawit. Lori murah. Tak ada cukai jalan pun tak apa. Bayar JPJ dan polis 60 ringgit sebulan, buah sawit dah boleh sampai ke kilang. Kalau ada roadtax pun demeh tu 'pow' juga. Alang-alang biar kosong terus. Tak payah puspakom. Janji ada bergeran. Tak ada la kena tuduh mencuri kalau ada kes lori hilang. Keh keh keh.

Pagi-pagi lagi aku dan adik aku dah pecut. Tak payah suruh pakai tangan, adik awal-awal lagi dah masuk tempat drebar. Terus dia pecut laju-laju macamlah dapat hadiah kalau sampai cepat. Sampai hujung jambatan kampong Feri masuk kanan. Potong ikut kampong Lada. Sejam saja dah sampai Kuala Lipis.

“Ada mane? Keh de lepih doh neh!” aku menghubungi Man setelah sampai ke Tanjung Lipis dekat papan tanda kumpulan Lion.

“Yeh, mat aok cepat ngat? Aok masuk ke simpang Berchang!” kata Man.

Inilah janji Melayu baru. Sekejap Kuala Lipis. Sekejap kampong Berchang. Adik aku tanpa bertanya banyak – terus ke Berchang. Masyhur tempat ni. Sama masyhur dengan padang mahsyar.

Setibanya di simpang kampong berchang berjumpalah aku dengan Man. Muka Man memang ganas. Macam bucket backhoe juga.

“Mana lorinya?” tanya aku buat-buat ganas juga.

“Ngeteh dulu. Lori de lubuk kulit. Cepat bete aok sampei…” Kata Man dengan gaya ingin membelanja.

“Cakap la awal-awal. Senang keh ke Lubuk kulit direct!” marah aku dalam bahasa Kuala Lipis moden.

“Yeh, mat aok tau sineh?” tanya Man terpinga-pinga.

“Tokey kilang ayam segor de Lubuk Kulit ter, adik ayoh keh. Kampung aki keh ni,” Jawab adik aku pula sambil tersengih-sengih seraya menghirup air bercita rasa orang tua. Nescafe cawan kena godei.

Setelah minum, barulah kami ke rumah Adi, drebar lori yang ganas itu untuk membuat serba sedikit pemeriksaan berkala. Kena la tengok dulu baru puasa hati dan selamat. Main bedal je dapat penyakit pulak nanti.

Aku mintak geran. Lori memang terbaik sangat lagi walaupun Hicom first model. Adi cakap boleh tarik kayu getah sampai 9 tan. Aku cakap 19 tan pun boleh, kalau nak menjahanamkan enjin. Aku suruh Adi buka enjin.

“Apsal nombor enjin ni lain weh?” aku tanya bila mendapati ada perbezaan pada nombor enjin di geran dan di enjin. “Jangan-jangan ‘enjin panas’ dok?” aku tanya lagi setelah mendapati itu memang enjin Hicom latest model. Bukan first model. Memang superb. Tak ada sebarang minyak hitam leaking pun pada enjin. Patut pun boleh tarik kapal selam.

Adi dengan muka macam tak sedap hati, terus meletakkan tangan di atas enjin, “Tak paneh pun? haaa, kalau doh start enjin ni baru le paneh!” kata Adi dengan tersengih-sengih.

Dah seminggu Adi berjampi dengan bomoh Pagar Sasak sebab jadi gagap akibat banyak sangat kena tempeleng dengan aku.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
* Ayat terakhir tu aku acah mat labu saja. Aku tak jadi angkat lori tu. Berat sangat. Kui Kui Kui.

13 comments:

hanie said...

mengada!

paiseh said...

lu pun sama nak kena tempeleng gak ni gua syak~

Don Balon said...

Weh..kampung berchang tu keh ada sejarah kat situ..
tergampang di Asia..
aok tanya la Duan anok sedara Tuoh Tokey Getoh kampung berchang tu..
ada ke patut dalanc dokumen lelong kata ada getoh, koi pulok percaya je la ke penilai nasir sabaruddin dekat bank islam temerloh tu.. gambor tanoh yang demeh letok tu gambor tanoh ader getoh..
melayang duit koi empat riban!!!!!
patut la koi sorang ke pagi tu beria menyambut lelong ..
gum punk!!!
dermasiswa je la koi ke Agrobank dan tuan tanoh yang bertuoh yang menebang pokok getoh juey batang dapat jugok sekar 4 riban..
tanoh 3 ekar..
12 riban..
tamboh duit derma koi dari bankdraf 10% harga tanah (rm40,000)lagi 4 riban..
beriban-riban la aok...
hutang tak mboh bayor ke bank..
tu la aok tok kaya-kaya duduk rumoh PPRT juga..
arghh!! koi teremosional!!

Hanisham Ab Halim said...

Hahhahaha.. lawok cite aok ni min.... Terglok koi...

Rahimin Idris said...

hanie,
ah. aok pun ngada jugek!

paiseh,
keh tak pernoh lagi merasa kene tempeleng. kuikuikui

don,
berchang tu berjiran dgn lubuk kulit. kf arwah ayoh keh lubuk kulit te la. telang wan keh.

echam,
kehkehkeh aok, kalau bab membobok suke mat yek!

Redz da Tsar said...

Ceit.. Baru ingat nak bawok lori kalu balik Jtut nanti... Heish

Mimie.Candy Cane said...

aduhh..terkerut2 dahi aku nak paham dialog2 dalam entry ni..pekat giler..

aku nak kena praktis ni..malu kt hanie, org perak yang steady je bace dialog pekat.

dzul said...

haha..kereh perek keh..pekek bete lipihnye dee..

Fadh Rahman said...

lu bikin panas laa bro...patut pun...gua lupa tekan suis kipas...

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Keh tampor jugek aok ni kang Rahimin...

bokbon said...

cis..rasa nak terajang pintu, keh keh keh.

Rahimin Idris said...

Redz,
Balik nanti mintak kerja dengan sg, jan kuari.la. ku ah meng pun boleh.

Mimie,
Mudoh je cakap pahang ni. macam ganu juga.

Fadh,
Ah aok. Hujan2 pun paneh?

Pipiyapong,
Ah, aok bior betek? Kuikuikui

Bokbon,
Baok bersabor sikit, minum sarsi dulu.

Jorji said...

:)