Tuesday, November 17, 2009

Cauvinis Siplis

Sehingga entri ni ditulis; dah 3 hari aku tau pasal arwah Taufiq Norzan, 21, yang mati ditembak gara-gara mengamuk dengan guna pisau pemotong sayur. Aku pun pelik juga, polis tembak orang mengamuk yang cuma gunakan pisau. Bukan M16. Kenapa tak tembak tangan? Kenapa tak tembak kaki? Polis tak bersediakah? Atau polis pencen rabun yang pergi buat operasi tu? Kalau guna senjata api macam PCO Boy ke, Kalimuthu ke, atau Botak Chin, boleh ‘shoot to kill’.

Tapi itu bukanlah apa yang bermain-main di minda aku. Aku cuma terpikir, apa beza arwah Taufiq dengan mendiang Kalimuthu? Apa beza arwah ni dengan geng Deva atau PCO Boy? Seekor NGO dan ahli politik pun tak ada nak bising. Nijar Camry pun tak nak bakar lilin tepi jalan. Terisa Kok tak berkokok pun. Tak ada. Cuba bukan yang sebangsa dengan Taufiq kena tembak, bukan main riuh. Orang yang sebangsa dengan Taufiq pun tumpang semangkuk buat riuh macam siamang kena bisul. Kalau boleh penjenayah-penjenayah bukan melayu ni nak kena tangkap dengan lemah lembut. Polis mati pun tak apa. Yang melayu tak apa, kasi keok saja.

Berdepan dengan polis amat menyeramkan. Walaupun kita hanya melakukan kesalahan kecil, bagi aku. Tetapi berdepan dengan sikap manusia-manusia yang cauvinis pula memang menjengkelkan. Kepada kawan-kawan aku yang bertugas sebagai polis, kerjalah baik-baik untuk menunjukkan anda seorang Muslim yang baik. Tak usahlah berkecil hati kalau terbaca entri aku ni. Kepada NGO dan orang politik yang cuma nak membela bukan melayu saja (termasuklah yang melayu) sebab nak cari glamour, pergilah mampus. Kepada NGO melayu dan Amnau, pergi main telor la lagi sesuai.

Entah apa-apa Malaysia ni. Semua cuma nak tunjuk pandai dan tunjuk hero untuk cari glamour saja. Bila popular, senang la nak buat duit agaknya. Membosankan. Rasa nak pindah ke Negara Mamluk saja.

16 comments:

Aku said...

Aku sokong...kata 1 malaysia sgt...tapi kaum sendiri di anak tirikan...bongok!!!

Lily Abdullah said...

Sokong..makhluk bernama politik ni semua macam b**i

Seorang tak boleh diharap!

paiseh said...

gua nak kabor melayu haprak kang nampak cauvinis sangat pulak..`

FastRi said...

aku beberapa kali sekonyong2 kena tahan dek polis di kl sinun. gara2 badan kurus kering, bawak beg dlm beg la, black metal la, nak kena humban dlm longkang la

Jorji said...

ini malaysia.berbilang kaum,bangsa,perangai,kelakuan dan kekecewaan.

Rahimin Idris said...

aku,
aku pikir semua bangsa dan kaum ada hak tak tak patut dianaktirikan.

kW,
memang harapan kita bukan politikus semata-mata. tapi itulah malaysia. menumpu ke politik.

paiseh,
boleh. memang banyak melayu haprak.

fazri,
selau juga aku kena masa pakai motor dulu. aku dah serik pakai motor lalu depan polis.

jorji,
perbezaan sepatutnya bukan masalah.

Mimie.Candy Cane said...

omg min,ko nak tau tak..mende ni pun bermain2 kat kepala aku dari hari aku bace berita pasal ni.

thanx utk entry ni..

(ari ni aku emo sikit)

Anonymous said...

mmg tak berhati perut.

Fadh Rahman said...

jap...koi nk pikir dulu...klau koi cakap kang koi nie cikgu...kakitangan kerajaan...


arghhhhh lantok laaa....mmg gampang belake...melayu yang melayukan bangsa sendiri...klau bangsa lain...huh bkn main lagi kecoh...ingat kisah askar yg mengamuk? apa nama askar tue? prebet adam kot...fikir laa sendiri...

cincau and other drugs said...

u right.

Redz da Tsar said...

Biase la... Jenis mabuk semua nie.. Kera di hutan disususkan, anak di rumah main PS3... ceit

Suka Bebel said...

polis tak puas praktis menembak kat padang kot.aku memang kesian sangat tengok mak bapak budak tu, memang tak masuk akal langsung main tembak je macamtu

indah-chan said...

btol2. aku pun ter-disturb dgn berita ni. blh eh tembak sampai mati.

rakyat msia xleh komen pasal polis and kerajaan. ntah lah. ahli politik ingat rakyat masih bodoh macam lembu. cucuk tali kat hidung and terus ikutt aje.

diorg xigt ramai da blh bersuara. adalah amat berdosa jika melihat/mengetahui kemungkaran, tp xbuat ape2 pun utk membanterasnye, palingggg kurang pun, kene benci dengan hati.

*emo mode!

mazru said...

salam weh,
ade baru ni kuor dlm buletin pasal polis kantoi kes seks sumbang tu..polis pun org jugek ade buat salah dan silap..

polis tu tak reti menembok la agok koi..kesian kat keluarge arwah,patut polis dah tahan masa dia buat report tu lagi.

kavenis te mende?

Rahimin Idris said...

mazru,

cauvinis tu semangat yang cenderung untuk sesuatu kaum atau golongan tertentu sahaja.

Don Balon said...

Min..
baru koi nok tulis entri pasey ni..
tamboh hangat hati bila koi baca suratkabor deme De Setar tadi..
koi pulok bengong pegi beli sebab konon2 cari keje..pirrrahhh..

Aok tunggu entri koi tu siap..sambil2 koi menaip tesis koi.. :)