Wednesday, November 11, 2009

muzik yang anti-pop dan vokal yang anti-melodi


Entah mengapa beberapa minggu ini aku jadi rindu kepada puisi penyair-penyair muda era 80an dan 90an yang menggelarkan diri mereka Angkatan 21 (A21). Dengan tidak berniat untuk memperkecilkan penyair-penyair 80an dan 90an yang masih aktif dan prolifik seperti (sekadar menyebut beberapa nama) Zaen Kasturi, Marsli N.O, Pyanhabib, Leo AWS, Imlan Adabi dan lain-lain lagi, aku sebenarnya selalu ternanti-nanti dan tercari-cari puisi-puisi hasil penyair-penyair yang aku rasa memang hebat gila dulu-dulu. Setiap kali terjumpa dan terbaca puisi mereka, aku akan ulang-ulang baca tanpa rasa pernah jemu. Malah kadang-kadang merasakan; itulah puisi yang aku hendak tulis.

Bagi yang selalu memerhati puisi; pasti nama-nama seperti (sekadar menyebut beberapa nama) Rosli K Matari, Saibil Madun, Rudi Mahmood, Jasni Mat Lani M. Said Muharam dan lain-lain bukanlah asing sangat. Ini jugalah antara nama-nama yang pernah muncul jadi bintang terang dalam dunia perpuisian Malaysia ini. Antara nama-nama ini, Rosli K Matari dan Rudi Mahmood aku letak di depan. Kalau Rudi Mahmood nombor satu, Rosli K Matari nombor dua. Atau sebaliknya. Tapi sekarang hanya Rosli K Matari yang sesekali muncul. Rudi Mahmood langsung tak tau apa cerita. Jasni Mat Lani masih aktif.

Sehinggalah beberapa minggu lalu, aku terjumpa sebuah kumpulan puisi milik M Said Muharam yang bertajuk “Kharmizi’. Aku pun apa lagi. Beli la. Buku terbitan DBP 1999 itu tersorok sangat bawah timbun-timbunan buku lama. Hampir setiap hari aku belek-belek puisi yang ada di dalam buku ini. Dan hampir setiap harilah juga aku mula terfikir, bahawa tahun-tahun 80an dan 90an lah sebenar penulisan sastera di Malaysia ini mula berkembang dan cuba keluar dari bentuk-bentuk yang membosankan.

Jadi beberapa hari ini sebenarnya; aku benar-benar semakin menyukai Kharmizi ini, walaupun aku berhempas pulas untuk masuk ke dalam setiap makna dan niat penyair dengan rasa yang amat letik macam mengejar lalat. Ya, sangat anti-pop gaya dan anti-melodi pula vokalnya. Dengan imej-imej yang kabur, keras, sesekali sangat hitam dan kejam, aku rasa seolah-olah M. Said Maharam sedang memainkan Sepultura (sebelum Chaos A.D).

Sebenarnya Sepultura dan muzik-muzik yang seangkatan denganyalah yang membuatkan ramai kawan aku benci dengan Search, Wings, XPDC, Slam dan segala band yang ketuk snare skali, dua jam tunggu baru nak ketuk lagi. Apa lagi penyanyi pop macam Jamal Abdilah, Nasir Wahab atau Shidee masa tu. Sex Pistol yang dimekapkan punk, tapi bukanlah punk mana itu pun ramai yang carutkan sebab macam berlebih-lebih pulak tunjuk punk padahal..

Kesimpulannya, setiap genre ada peminatnya. Dan ada keistimewaannya. Dan usahlah berkecil hati, Sex Pistol yea? Dan aku suka pada Kharmizi ini. Puisi-puisi yang abstrak dan kabur yang jujur. Yang sekarang editor dan pengkritik tak suka sangat kalau penulis baru yang buat…

8 comments:

jo said...

laju kan, aku?
haha..

rahimin idris said...

jo,
cih, tak dan aku nak delete balik entri ni. cilakak hahaha

Mimie.Candy Cane said...

terer la ko ni..x sangke lak ko ni tol peminat puisi.suspect tol la kat ko ..

rahimin idris said...

mimie,
hik3 tak ada le tere pun. aku cuma suka je. suka. aku bukanlah seorang yang suka pada pop dan realis sebenarnya. tapi aku tak reti sangat nak tulis secara imagis dan surealis ni. ah, kalau ko tak paham tak apa. entri ni saja aku suka2 tulis. kuikuikui

crawai said...

Yang bab Sepultura sebelum chaos ad tu aku setuju. Hitam dan kejam! Bijak!

FreDDy O7ermars™ said...

dengar cerita pipiyapong pon tgh berjinak jinak menulis puisi kehkeh

apa2 hal pon zaman dulu puisi diorang lain mcm sket bunyi dia..menusuk sampai ke lubang hati paling dalam

k brader..hav a nice day

mazru said...

respek sama lu..koi x berape reti berpuisi..tp koi suke.

rahimin idris said...

crawai,
koi suka semua sebenarnya sepultura. tapi lepas max cavalera keluar, rasa tak best la pulak.

freddy,
ok. TQ.

mazru,
kuikuikui. koi pun bukannya paham sangat. mengada-ngada je ni.ada yg faham ada yang dok. cuma minat juga sikit2..hehe