Wednesday, September 9, 2009

Cuba teka, aku "rip-off" stail siapa dalam sajak ni?

Di Bazar Ramadan

aku melangkah membelah
ke tengah-tengah riuh bazar Ramadan
perlahan-lahan kuredah juadah
beraneka warna dan pelbagai bentuk

apakah yang tiada di sini?
menu yang tak pernah ku tahu
pun tak semena-mena menjelma
mencuit setiap mata yang lalu lalang
manja bagai minta dicumbu

di kiri dan di kanan gerai
sate, ayam percik dan mertabak
aromanya penuh dendam menggumpal udara
di dalam diri pula tiba-tiba
gelora perut bersaing dengan degup tekak
menggasak hingga kelabu otak

aku tak sangup lagi melayan
setelah dua keping mertabak gemuk
dan sebungkus lai chee kang bergetah
menyeluk dompet kurusku
kutinggalkan ini pasar semusim
kubawa pulang sekarung pemandangan
pesta makanan di bulan puasa
yang transaksinya jauh lebih kencang
daripada hari-hari biasa

Mingguan Malaysia 6 September 2009

9 comments:

Lily Abdullah said...

Mingguan Msia..kejap..kejap..pergi check - ala, beli Berita Minggu la pulak hahaha!

pst..pst..betul ke ko nak buku sajak SALUN tu. Akak nak simpan untuk ko satu neh hahaha!

Fadh Rahman said...

nie sajak ko tue yer...padat dan bernas kuikuikui

Hanisham Ab Halim said...

keh..keh..keh... lepas aok msg ari ahad aritu koi berlari beli kat kedai bawoh umoh koi. Dapatlah koi baca sajok aok tu di mingguan....

Don Balon said...

Koi masa aok mesej koi kebetulan di Pasor jerantut..
teruih koi layan mingguan satu..
kala tidok takdekla koi nok membeli..
support rodoncccc..!!

Redz da Tsar said...

keh nak beli, tapi tak dapat sebab keh kat india... hehe

Layla Haq said...

Ini tiru saya ni...hahahha

Ini bentuk seperti monolog. Siapa ya?

terrarosa said...

keh dah baca....

tak perlu SMS kikiki...

Rahimin Idris said...

Kak Mary,
Nak la. salun erotikata haha

fadh,
amacam, buat antologi sajak?

echam,
bagus. lepas ni ko pun tulis juga!


don balon,
hahaha lantok aok la.


redz,
baca online je.

bayan,
mana tiru. cuba teka lagi..

fida,
bagus. hahaha

Oh Me said...

Cantik sajak lu ni.....bagus,.