Monday, August 10, 2009

Realiti-realiti Yang Aneh Tapi Realiti (entah hapa2 tajuk)...

Setiap kali tiba hari besar orang Melayu (baca: Islam); Ramadan dan Syawal – macam-macam barangan pengguna yang hilang. Tepung gandum, gula, minyak masak dan segala barangan keperluan dapur pun ghaib dari pasaran. Peminat cekodok pun mengeluh panjang. Yang pendek nafas peruncit – pening nak menjawab bila kena tuduh sorok bekalan.

Maka berduyun-duyunlah pengguna yang kebanyakannya bermuka Melayu mencari gula. Wartawan TV pulak berduyun-duyunlah temuramah dan buat kecoh untuk menambah panik dan menambah laku gula di pasaran. Tak nak pula depa berduyun-duyun pergi temuramah tokey-tokey besar gula. Tanya; kenapa hari raya Melayu baru nak naik harga barang?

Kemudian ditemuramahnya pula Persatuan Pengguna. Sekadar bagi nasihat bolehlah. Kemudian temuramah Menteri Pengguna. Ini lagi tenat. Bukan pandai bagi alasan. Reka alasan bukan-bukan bolehlah. Balik-balik salahkan orang seludup gula. Bukan tiap-tiap hari orang seludup gula. Tak kan lah bila tiba bulan puasa, orang sibuk seludup gula ke Thailand, Singapore dan Indonesia? Thailand ada pasar Ramadan ke?

Lepas tu bagi pula alasan sebab gula kita murah kerana bagi subsidi. Itu tak ada kerja lainlah selain nak menghapuskan subsidi. Kalau hapus subsidi, kerajaan dapat ‘menyelamatkan’ banyak wang rakyat untuk membangunkan ekonomi negara secara lebih efektif. ‘Selamat’ macamana tak tahu. Itu kan wang rakyat? Nak buat projek, bukan dapat ke semua rakyat. Macam konon nak naik taraf jalanraya dekat KL dulu, tapi jem juga. Mak aku, dah dekat 10 tahun tak jejak jalan KL, tapi cukai dia bayar juga.

Inilah benda-benda berulang-ulang yang kita lihat setiap tahun. Kita sedar. Tapi kita tidak berminat pun untuk cuba berbuat sesuatu. Kita cuma diam dan mengeluh sahaja dengan kesempatan yang diambil orang. Akhirnya kitalah juga yang ditindas.

Berbalik kepada soalan utama tadi: mengapa hanya apabila Raya Melayu Islam? Sebabnya: orang Melayu Islam ramai. Kalau naikkan masa raya bukan Islam, diorang bukan ada pasar Ramadan pun. Lagi pun, pengeluar/pengilang itu kebanyakannya bukan Islam. Diorang mesti nak tolong sesama diorang. Sedikit sebanyak sentiment itu ada juga terselit. Bukan macam orang Islam, nak cakap arak ni ‘boleh jual’ atau ‘tak boleh jual’ pun bergaduh sesama sendiri dalam TV.

Jadi hari ini, menyedari betapa pentingnya gula; marilah kita membuka kilang gula. Ala, tak kan banyak sangat modal. ‘Kan tanah Malaysia ni luas lagi. Katakanlah; orang Islam (baca: Melayu) ada 16 juta. Kalau kita kongsi RM10 seorang, sudah ada RM160 juta. Itu kalau kongsi RM10. Kalau RM100? Tak kan tak boleh buka ladang dan kilang gula macam Robert Kwok itu? Boleh juga kita beri kerja kepada semua rakyat Malaysia ini.

Tak adalah macam sekarang, nak kerja sedap-sedap sikit, mesti terer cakap Mandrain (setakat bahasa PPSMI tu, mintak kerja dengan mahathir je boleh la).
Lagi pun kepada siapa lagi kita nak harapkan? Cuma kita-kita sendiri yang boleh menjaga sesama kita. Nak harapkan pemodal yang memang kapitalis, memang terbukti tak boleh. Nak harapkan Menteri Pengguna, kerjanya nak menghapuskan subsidi saja dan menolong golongan pemodal sahaja? Ajak buat ladang, kilang dan kedai rakyat tak berani – takut pemodal marah – modal dia air liur saja! Kalau ada kilang gula, tepung, susu, minyak masak, beras dan segala keperluan, silap-silap tak payah mengundi pun tak apa. Ye la, YB nak hulur bantuan segera, beli beras cap naga kat kilang kita. Tak ke kena ludah? Tak ada YB pun tak apa!
Tetapi macam biasalah. Orang kita ni memang payah. Jangan kata nak jadi pengeluar tepung, susu, gula dan minyak masak, nak buka kilang pasir – sedut pasir tepi sungai itu pun bukan main susah. Banyak gila nabi nak kena sembah dulu. Main bedal pacak pam, tak sampai sejam kena tangkap – ada yang report. Kalau orang lain tak apa! Lagi pun boleh ke kita yang berjuta-juta ni nak kumpul RM10 seorang untuk buka ladang gula?

Hik! Hik! Hik!


P/S: Tulisan ini bukanlah untuk membangkit rasa benci terhadap kaum-kaum yang lain. Kapitalisme tak ada kena mengena dengan bangsa. Dan Islam tak semestinya milik Melayu. Kebaikan dan keburukan ada pada semua bangsa kerana manusia dibentuk oleh tradisi yang mengarah ke situ. Jadi buanglah tradisi-tradisi yang buruk dulu, barulah boleh nak cakap pasal 1Malaysia ke, atau Malaysian Malaysia ke. Sekarang perangai masing-masing macam 1Palat belaka nak buat apa?!

11 comments:

bokbon said...

haha..ha..macam seronok saja sebut 1palat tu, gua minta izin nak aplikasikan dalam kehidupan seharian gua boleh?

Hashim Zabidi said...

Saya sangat setuju dengan u punya realiti, cukup bernas dan kemaskini.

Pakat dengan orang melayu satu Malaysia tubuh koperasi lepas ni nanti,
kalau ada untung boleh angkat patung najib sama bini dirikan di Pekan kawasan parlimennya sendiri.

jo said...

haha...
ni tanda-tanda awal raya nak dekat la ni selain nyonya jahit kain tak nak terima tempahan baju aku semalam!

roslan jomel said...

aku suka mulut laser kau Min.

Fadh Rahman said...

nanti laa kalau koi 'ter'jadi perdana menteri nanti...koi lantik aok jadi menteri pengguna he he he...koi ke jerantut dari 13-15 bln 8 nie...

Don Balon said...

1malaysia lingkup..
1 malaysia kena tipu..

Lily Abdullah said...

Min,
kau rasa encik-encik wartawan suratkhabar dan tivi2 berani tak ketengah isu begini...

Hmm..semua mau tembolok kenyang saja.

man_helang said...

aku ok jek takat nak sumbang 10 tu...apolah sgt...tp nak jd pemegang amanahnya sape...??? lu boleh ke...kalau bleh lu bg la no akun bank lu...mana tau kot2 ko leh setanding robert kuok tu ke...aku gak bangga...

Rajuna said...

kah kah kah
woit pak asim, selamba je dia ni kah kah woit

FastRi said...

idea memang bernas. apalah sangat RM10 tu. puasa sehari dah jimat lebih dari RM10.

masalahnya macam2 cerita pasal koperasi bumiputera ni. agak2 kalau ada masalah karang dapat suntikan tak?

Rahimin Idris said...

Bokbon,
Kau nak cari penyakit? Hehe

Pak cik hashim,
Keekehkeh.. pak cik lagi sarkastik haha

Jo,
Ko dah tempah? Hehe

Lan,
Bila hang nak bikin novel? Hehehe

Fadh,
Koi tak nok jawatan tu. koi nok jawatan JKR!

Don,
1baler. Hehe

Kak lily,
Tak berani. Aku pun tak berani. Tapi hentam je la.

Manhelang,
Sesiapa sahaja yang berkebolehan. Dan jujur.

Rajuna,
Hehehe

Fazri,
Itulah masalah besarnya, cikgu! aku sampai keluarkan ladang arwah ayah aku dari pengurusan felda, barulah mak aku boleh buat duit!