Pagi semalam. Aku tampal maskintape di cermin jendela. Supaya senang nak sapu varnish. Aku malas nak cuci kaca nanti. Sedang la asyik. Tiba-tiba menjelma seekor lebah. Bukan labah-labah. Lebah. Entah gimana ia tersesat aku pun tak ngerti.
Ia menerbang-nerbang mahu lolos. Aku biarkan saja. Itukan kaca jernih. Aku terfikir; alangkah lemahnya lebah yang banyak berjasa kepada manusia ini. Aku teringat sebuah tulisan di buku [lupa tajuk dan pengarangnya]. Lebah itu hanya nampak cahaya sahaja sebagai jalan keluar. Pada hal itu pikiran biasa.
Itu benar. Kalau lebah itu terbang naik ke atas sikit saja lagi, ia akan dapat ke luar melalui batu sisir angin. Di situ ada jalan ke luar. Tapi ia tetap juga hendak merempuh kaca jendela yang jernih dan sudah tentulah terang itu sampai letih dan melepek [ketepikanlah soal lebah hanya ada naluri tapi tiada akal].
Tetapi di dunia ini memang ramai manusia macam lebah itu. Terutama mereka yang ikhlas mencurahkan tenaga dan buah fikiran. Tetapi golongan seperti inilah yang jarang dihargai dan dinilai budi serta bakti mereka. Mereka sering dipancung sesuka hati, oleh yang berwajah manis, cerah, pakai kemeja dan ‘slet’ tajam berseterika. Tambahan; berkereta mewah dan ada villa dan sudah operate mata satu jadi dua!
“Kau kalau nak kaya, kena jadi bisnesman. Bukan makan gaji. Jadi hampas je nanti. Tak pun jadi orang politik. Bisnesmanlah, campur politik senang. Tapi kau mesti pentingkan diri sendiri. Dalam dunia ni, tak banyak sikit mesti kena ada sifat pentingkan diri sendiri campur menipu kalau nak berniaga. Kau ni lurus bendul. Mudah percaya orang. Senang orang pijak. Jangan kata nak berniaga, jadi penulis pun tak dapat apa. Baik kau potong buah sawit je. Dosa pun tak banyak mana. Aku, kalau mak ayah aku tak ada, aku nak buka night club atau pusat pelacuran je, tapi kenangkan malu diorang masa hidup ni je. Aku ingat nak buka dekat luar negeri la. Sekarang nak kumpul modal,” kata nasihat kawan aku budak Kota Gelanggi 2 yang jahat itu suatu ketika dulu.
Ah. Aku tak mahu lagi jadi lebah. Bagi madu. Tapi seksa dalam perjalanan hidup yang singkat. Aku mahu jadi elang. Terbang tinggi dengan mata yang tajam cari mangsa. Bertualang dari gunung ke gunung. Kalau hujan aku tak takut lagi. Aku tak akan rempuh hujan. Aku akan terbang tinggi melepasi awan. Aku akan terbang di atas hujan. Dengan ego dan bongkak. Soal terang gelap tak timbul lagi.
Aku tak mahu takut kepada kegelapan lagi. Aku mahu bangkit. Tanpa peduli.
Sekarang. Kalau ada Iblis tiba-tiba menjelma di depanku, hulur tangan tawarkan bantuan...

8 comments:
Tajam, Telus & Tepat!
Rahimin,
Pernah dengarkah kata-kata hikmah ini,
Kalau Tak Dapat Menjadi Pohon Cemara Di Puncak Bukit,
Jadilah Belukar Di Bawah Lembah………..
Tetapi Jadilah Belukar Terbaik Di Pinggir Sungai Sempit,
Jadilah Belukar Kalau Tak Dapat Jadi Pokok.
Kalau Tak Dapat Menjadi Belukar Selengkar,
Jadilah Rumput Sederet Dan Serikan Sebatang Jalan Raya.
Kalau Tak Dapat Menjadi Ikan Temoleh,
Jadilah Seluang.
Tetapi Seluang Selincah Di Tasik Terbentang.
Tidak Semua Boleh Menjadi Nakhoda,
Setengah Kita Perlu Berbaju Kelasi,
Namun Tiap Tubuh Punya Kerja, Tugas Besar Dan Kecil,
Dan Tugas Segera Adalah Tugas Yang Terdekat.
Kalau Tak Boleh Menjadi Jalan Raya,
Jadilah Sekerat Lorong.
Kalau Tak Boleh Menjadi Matahari,
Jadilah Sebutir Bintang.
Besar Bukan Ukuran Gagal-Jaya,
Tetapi ,Jadilah “Yang Terbaik” Dalam Segala...
Maknanya di sini, jadi apapun, ada peranan yang perlu di mainkan. Belajar dari alam digalak dalam Islam. Ambil yang baik, yang buruk jadikan renungan.
Semoga bermanfaat.
Min..
Budok gelangi 2 mana ada jahat wei..
kuikui..
Bang Min.
Tajam - Fikiran
Telus - Walaupun dgn diri sendiri
Tepat - Dalam buat keputusan
Wassalam!
pedih min!
peh...penuh makna...
kikiki...
kalau baca entri ini dengan lagu Search - Titian Usang lagi best !
"sambutlah tangan ku kawan , jurangnya sangat dalam "
hik3
Erkkkk.. budok Gelanggi 2 mane perangai camtu?? Aok bgtau koi. Balik minggu depan koi tamatkan riwayat dia....
Post a Comment