Wednesday, May 6, 2009

Review: Kacip


Sembilan hari aku di Kuala Lipis. Membuat kerja-kerja membaikpulih kecacatan dan penyucian bangunan projek. Dia punya letih…PEH!

Kelmarin seharian aku ‘turu’ (tidur). Semalam separuh hari aku baca komik dan buat karikatur muka Najib Ha Ha. Baru hari ini aku ada masa nak online. Dan, baru hari ini aku dapat review blook ‘Kacip’ ini.

Aku rasa kalau aku tak review pun tak apa. Dah ramai blogger lain review. Tapi aku review juga la. Nanti pipiyapong kata aku kodi pulak. Nak aku lempang, dia bukan ada depan aku.

OK. Aku dapat blook ini 27 April lepas. Kandungannya adalah antara koleksi entri zine/blog ‘hilang punca’ yang jadi hiburan percuma anda selama 3 tahun ini. Ada juga sebuah cerpen yang ala-ala drama TV pendidikan. Ini bonus la kiranya. Maaf, pantun berkait tak ada.

Kepada yang punyai duit lebih, hidup tak ditanggung mak bapak, segala hutang Mara, JPA, PTPTN dan zakat pun dah bayar, boleh la dapatkan blook ini. RM20 sahaja. Cari la dekat mana-mana pun. Ini bukan soal kapitalis. Tapi perihal menjual kreativiti dan menilai sesuatu hasil kerja seni.






“Firdaus Abdillah semasa kecil adalah seorang kanak-kanak yang lembam dan lembik, tetapi cerdik.” - Pak Hashim Zabidi.

13 comments:

Layla Haq said...

Sabtu ini ada sesi pelancarannya bukan? Kalau saya tidak silap.

Pergi?

hegira said...

2nd.

hanie said...

sabtu nih kat CM kn..
sesi pelancaran..

~~haihh...masih sabar menanti KACIP smp nih.. :P

hzrh said...

hutang PTPTN byk lagi..tp KACIP dh selamat baca!

hehe~

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

petikan ayat tu juga yang lu pilih ye..??

Rahimin Idris said...

pipi,
hik3

Nuruddin Abu Bakar said...

err kacip ni apa..
muka depan mcm ada bau-bau Deicide jer. cun!

Suka Bebel said...

nanti aku carik bila dapat 'bonos'.huhu...ada keje kosong tak kat tmpat ko, aku dah nganggur nie.huhu

jo said...

hahaha..
biar aku sambung.

s:apa perancangan dan projek terbaru anda?

j:gua ingat nak berhenti tulis blog. nak join tabligh.

ceh!

kuIna said...

hutang PTPTN leh bayar ansuran

Don Balon said...

Haa..min..
pipi sudoh..aok bile lagi??

Fadh Rahman said...

err...kacip nie macam kacip pinang yang arwah wan koi selalu guna dulu ke he he he (gurau)

betul don, koi sokong sangat...mana aok punyer "kerbau"?

poyotito said...

entahnya. Aok bila lagi..??