Tuesday, May 26, 2009

Perjumpaan Blogger Bersatu tajaan Mr. Blind.

Mr. Blind ada chat dengan aku di Facebook. Beliau ajak bikin perjumpaan untuk semua para blogger.

Setakat ini aku belum pasti tujuan perjumpaan itu. Apakah mungkin Mr. Blind bercadang hendak menubuhkan parti politik baru? Atau beliau mahu bikin satu union blogger yang membela sesama blogger? Ataukah main bola tamper tepi pantai? Sama-sama kita saksikan dalam perancangan yang akan beliau lakukan.

Bagi aku, semua bergantung kepada ruang masa dan kesempatan untuk serta. Setakat ini aku cuma boleh tanya, berapa ramai yang mahu join? Sebab mr.blind minta aku tanya dan war-warkan diblog aku.

Info lanjut boleh didapati di PBB (perjumpaan blogger bersatu) yang sedang di perkatakan di sini. Dan di sini.

Dengar cerita Ban Ki Mon akan memberi ucaptama. Itu pun kalau Ban Ki Mon rajin bangun pagi. Syabas la kalau macam tu. Ada syarikat air kotak yang sudi nak taja juga. kata Mr.Blind. Kalau dia tipu, tipulah aku. Ha Ha Ha.

12 comments:

mrblind said...

ni macam mana buat iklan..eja blogger pun salah..hahaha..

cik fatihah said...

hahaha!
tangan cepat sangat menaip!
tapi serius kelakar!

bolgger

Rahimin Idris said...

mr blind,
nak cepat tadi hahaha

cik fatihah,
memang saja buat salah tu. hahaha

terrarosa said...

hikhikhik...
wei menda penting tu... tukar cepat !

keh "blogger" runcit - runcit jer segan la nak pergi.

Rahimin Idris said...

TR,
dah tukar! hahaha

kecik said...

ah, kalau ramai pergi, best ah. huhuhu

Fadh Rahman said...

ha ha ha macam best jer...teringin gak nak join he he he

Rajuna said...

segan ah

Don Balon said...

koi segan wehh...

INTAN RH said...

Klu koi pegi pun, kena pakai topeng rasanya..maleh nak glamer.. :P

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Kalau ada yang menaja, orait tue. Aku pun nak join. Itupun kalau aku dikira masuk dalam golongan blogger tegar.

S.YanaZ said...

Bro.,
bila nyaaa...