“Komunis ni ideologi je, mak. Tu ha, Amerika dengan Britain tu, demokrasi sangat la tu, habis orang tengah sembahyang dekat masjid Iraq nu dia bantai bom. Bayi pun dia bom.”
“Ah. Tak ada edoloji-edoloji nya la. Tu ha, nenek sedara aok dekat Kuala Krau tu, tengah buai anak kecik, datang komunis tembak dada dengan senapang sebab laki dia kerja polis. Edoloji menda gitu? Jahat komunis ni. Bior je la Chen Peng tu mampus dekat mana-mana pun.”
- Perbualan aku dengan mak bila orang dok sibuk cakap pasal Chin Peng nak balik Malasysia. Semalam.
“Ah. Tak ada edoloji-edoloji nya la. Tu ha, nenek sedara aok dekat Kuala Krau tu, tengah buai anak kecik, datang komunis tembak dada dengan senapang sebab laki dia kerja polis. Edoloji menda gitu? Jahat komunis ni. Bior je la Chen Peng tu mampus dekat mana-mana pun.”
- Perbualan aku dengan mak bila orang dok sibuk cakap pasal Chin Peng nak balik Malasysia. Semalam.
16 comments:
Salam rodong,
Koi sebenornyer doh menyampoh ngat bila cerita nak bawok balik chin peng ni timbul balik. Sakit betoi hati koi. Apa ntah yang bagusnya nak bawok balik manusia lahanat tu ke Malaysia. Koi sebenornyer sependapat ngan mok aok. Lantak je dia mampus kat mana TAPI jangan kat Malaysia negara yang koi sayang ni.....
Saudara Rahimin,
Salam ziarah. Blog yang bagus. Tak tahu orang Jerantut rupanya selalu lalu-lalang ale nak ke Lipis.
eheheheh..betui2..
webmaster,
sebenarnya aku agak terbuka. semua sudah jadi sejarah. dalam apa2 ideologi pun, memang ada kekejaman menyusup. aku suka sejarah. tapi tak suka sejarah yang ditulis pemenang semat-mata.
haji ahmad,
terima kasih sebab berkunjung. haji ke lipis buat apa?
penari malam,
kau siang2 ni tak menari ke?
orang lama bercakap mmg selalunya menusuk..sebab dia pernah tempuh dlm kehidupan lampau..aku pun kekadang kelu gak bila kena betah ngan mak aku walau secara lembut.
kita kadang2 baca dan tengok kejadian pd masa skrg je..
Kerajaan kita klu terima Chin Pin balik, sahlah kerajaan kita bodo. Buat apa nok bangkit bangkit soal tu balik, mende dah haram. Cakap sekali sudahlah.
Samalah dgn Bahaman Tok Gajah & Mat Kilau, sekarang klu ada 1000 org nak angkat mereka, Kerajaan Pahang Tak terima punye. Mereka penderhaka.
dzul,
aku setuju. kita tak boleh tuduh mereka yg berfikiran macam tu bodoh sebab tak sependapat dengan kita.
bagi aku kadang2, apa2 ideologo pun sangat kejam.
pak chik hashim zabidi,
ya. saya setuju. bukan saja chin peng. PKM sangat kejam dari apa yang diceritakan oleh orang2 terdahulu. tak ada seorang pun yang cakap PKM tak kejam. bagi orang muda yg tak tahu apa2 tentang masa dulu, memang harap ada yang ceritakan. pak cik boleh tulis semua kisah-kisah ni kalau pak cik ada pengalaman. itu lebih real.
tentang pahlawan2 kita tu, memang menyedihkan. itulah bila sejarah kita ditulis berdasarkan pandangan penjajah semata-mata.
Ideologi mana2 pun tak salah. individu yg mendokong sesuatu ideologi tu yg ada salah betul. ala, buat apa pun dia nak balik? dia nak buat khidmat masyarakat ke? nak bagi taskiroh kat mat rempit?
kalau bincang mmg panjang ni. hehehe. ye la ini soal ideologi dan pembawakkan manusia bersama-sama idea itu. :-)
p/s. aku simpan sajak kamu di mingguan dulu.
Min,
Ideologi ciptaan manusia dikisarkan dari sudut pandangan & pengalaman penciptanya yang terhad pada ruang lingkup pemikirannya sahaja.
Manusia perlu kembali kepada user manual penciptanya iaitu Allah Al-'Alim, Al-Qadir. Ideologi komunisme pasti sesat kerana menolak sama sekali kewujudan Tuhan. Pengikut sudah tentu berganda lebih sesat.
Hal chin peng tu biorlah dia mati di sana, karanc tok pasey2 rusuhan sana-sini..
ah
ada orang politik haluan kanan tau pasal anarchism?
cit!
Ramai juga yang masih dilebongkan 50 tahun.
Takpela.. itu cuma dongeng pasca mainan Unmo.
Rahimin, 'sejarah dicipta orang yang menang' (tu quote ori aku ngan Rahmat Haroun ;p) tapi beberap fakta yang cuba disembunyi harus dikedepankan utuk tatapan orang baru.
Mereka ada hak menilai sejarah & asal-usul dri sisi yg lain.
Aku jugak memang agak berfikiran terbuka dalam hal ini... Hehe... Nak bawak balik chin peng ke malaysia tue boleh sangat... tapi pastikan die kena tahanan rumah dan jadikan hidup dia kat malaysia nie sengsara, seperti die menyeksa rakyat Malaysia dulu... Tapi, dari duk bising hal Chin Peng nie, baik la kerajaan pikir kebajikan rakyat, atau bagaimana memantapkan ekonomi negara... Kalo taknak bagi chin peng datang, jangan bagi terus dan senyap terus... Fikir menda lain... betoi tak Min?
Salam saudara Rahimin Idris,
amat setuju dengan pendapat saudara ini,
"kelompok tidak tahu sejarah" ini perlu diasuh semula dengan sejarah pembinaan negara bangsa kita.
tahniah dengan puisi terbaru yang tersiar dalam akhbar tempoh hari, sangat baik "moral" yang diutarakan oleh saudara itu.
Yoshz,
Ada juga ideology yang jahat. Zionisme. Hehehe
Dani,
Ah. Ko simpan? Malu plak aku hahaha
Don balon,
Aku setuju dengan kau. Chin peng tu pun tak ada manfaatnya dah. Sejarah tetap sejarah.
Rajuna,
Hahaha anarki galang rambu bin iwan fals?
Si pekik,
Memang sejarah ditulis oleh pemenang. CNN, BBC dan apa jadah media la yang tulis sejarah moden dunia hari ni. tapi sekarang kita bukan bodoh sangat dah kan? ;)
Redz,
Aku sebenarnya tak la pikir sangat pasal chin peng tu, tapi tertarik sekali bila orang dok cakap. Aku lebih suka Pak Sako! Hahaha
Zulkifli,
Terima kasih saudara.
Post a Comment