Wednesday, April 15, 2009

Lesen Memandu #3

Lagi sekali. Tahun 2002. Aku dah bertekad. Bila dapat lesen, aku nak sambar Nissan Bluebird. Bojo cakap ada seorang mamat nak tolak. RM3000. Peh, molek sangat.

Kereta mahal-mahal nak buat apa. Kena buat loan bank. Jadi hamba hutang. Hamba kereta. Buang masa. Mana punk. Nanti buruk juga.

Lagipun aku cadang nak bikin modifikasi untuk main drift juga. Ha Ha Ha. Aku gelak dalam hati agar tak ada orang lain dengar dan wujud rasa dengki.

Tengoklah nanti aku pecut. Drift sana. Drift sini.

Masuk gear satu. Gear dua. Tiga. Empat. Lima.

Krunkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!

“Woi, itu gear reverse maaa!!!! Awak mau gostan ka?!!!”

Anganku musnah dek kemarahan Cikgu Ah Fatt. Dan aku hanya mampu tersengih. Tak baik derhaka kepada guru.

10 comments:

mrblind said...

tinggi angan..lesen pun tak lepas lagi..hahaha

MARSLI N.O said...

Sdr Rahimin: Mari kita pakat ramai-ramai tulis autobiografi. kalau tiada orang hendak terbitkan, kita pakat terbit sendiri dan baca sendiri. Ha. Ha. Ha.

@t00neY r00neY® said...

anak murid yg baguih..belom ade lesen da pasang angan²

sabturday said...

" masa aku amek lesen dolu, clutch dia dengan lantai 0.1cm ke 0.2 cm tah.. yang pasti memang serabut la aku time tu.. haha~ "

terrarosa said...

masa ambil lesen kali ke 2,
keh dah order satu kreta Auto sebagai motivasi !

amacam ?
sib baik lulus hahahaaa...

biskutrajin said...

Ko kasi drift dpn itu jpj tgk.he2

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Kali pertama gagal ujian memandu aku langgar tiang, sib baik cikgu remmy cool jer. Kalau tidak aku jawab,"sib baik tak langgar JPJ!" huhuhuuu... akhirnya aku lulus juga dgn ujian kedua.

yoshz said...

hahaha! aci sesondol betul la kau ni!

S.YanaZ said...

Betul.
Persatuan Guru2 tidak mengizinkan pbuatan derhaka berleluasa.

rahimin idris said...

mrblind,
gua memang lembab belajar haha

marsli n.o,

haha. autibografi saudar boleh jual. jangan bimbang. 50 tahun lagi, orang akan kaji, siapa Marsli N.O.

tooney,
penting tu beb!

sabturday,
woi, kereta menda tu?

terra,
haha aku dah ada kereta projek. tapi lesen takde!

Biskut,
Kalau jpj tu suruh buat, aku buat je. Haha

Lan,
Aku ingat kau langgar JPJ macam kat temerloh tu! haha

Yoshz,
Baru kau tau aku lembab. Haha

Syanaz,
Sabar cikgu.