Kata kartunis lagenda Allahyarham Rejabhad, “Tugas seorang kartunis itu bukan sahaja melukis, tetapi sekaligus menulis.”
Ya, betul. Itulah permulaan aku menulis agaknya. Dalam melukis. Walaupun yang aku lukis itu hanya kartun sahaja. Dan genre kartun yang aku gemar ialah loose (kartun bisu tanpa dialog). Sebab aku tak banyak cakap sangat masa sekolah. Jadi tak banyak dialog.
Petak-petak yang disusun secara sekuel itu bukan hanya terpapar lakaran garis-garis dan titik-titik sia-sia di dalamnya. Ia sebuah papan cerita. Sudah tentu ada juga dalangnya. Setiap hari aku berkhayal sambil menconteng-conteng kertas. Ilham menerjah tak tentu masa.
Oh, duit. Ya, duit selamanya tak menjadi dorongan utama pun buat orang seni (ye ke?). Tapi duitlah juga antara yang kadang-kadang mampu buat aku senyum. Siapa tak mahu wang ‘kan? Alat-alat nak melukis pun bukan murah. Dan idea memang harta karun Ali Baba. Ha Ha Ha.
Untuk majalah seperti GELAGAT, mereka bayar aku RM30 untuk separuh muka. RM60 satu muka. Dan RM10 untuk lawak sendal di pojok muka surat. Begitu juga dengan majalah GELIHATI. Tiap-tiap bulan memang ada terbit selalunya. Dapat la RM30, RM40 atau RM50. Malah pernah dapat lebih RM200 sebulan. Maknanya masa sekolah lagi aku sudah ada duit hasil menggunakan kreativiti. Woi, dah lumayan zaman tu! Ha Ha Ha.
Baiklah. Itu cerita lama tentang cita-cita yang tak mahu aku kejar pun lagi. Kedua-dua majalah yang pernah menampung kocek kecil aku masa sekolah itu dulu pun dah lama jadi sejarah. Tapi yang lebih penting, itulah latihan awal aku belajar menyusun sesebuah cerita dari sebuah ilham.
Glamor? Tak peduli sangat pun. Hanya kecoh satu kampung dan kawan-kawan sekolah saja. Nak buat apa? Okay, aku cerita la juga. Ada satu kisah. Aku berhari raya di rumah seorang rakan di kampung lain. Tiba-tiba datang satu budak perempuan.
“Akak Long cakap awak ni Remy. Betul ke?” budak perempuan itu tanya malu-malu.
“Ha’ah. Kenapa?” aku pula tanya. Dengan malu-malu juga. Rasa macam aku Remy (Rosyam Nor) dalam Gila-gila Remaja pun ada masa tu. Ha Ha.
“Nak mintak autograf boleh tak? tanya budak perempuan maktab tu.
Dalam hati kala itu berbisik, eh glamor juga aku ni sikit-sikit. Boleh Blah! HA HA HA
Glamor? Tak peduli sangat pun. Hanya kecoh satu kampung dan kawan-kawan sekolah saja. Nak buat apa? Okay, aku cerita la juga. Ada satu kisah. Aku berhari raya di rumah seorang rakan di kampung lain. Tiba-tiba datang satu budak perempuan.
“Akak Long cakap awak ni Remy. Betul ke?” budak perempuan itu tanya malu-malu.
“Ha’ah. Kenapa?” aku pula tanya. Dengan malu-malu juga. Rasa macam aku Remy (Rosyam Nor) dalam Gila-gila Remaja pun ada masa tu. Ha Ha.
“Nak mintak autograf boleh tak? tanya budak perempuan maktab tu.
Dalam hati kala itu berbisik, eh glamor juga aku ni sikit-sikit. Boleh Blah! HA HA HA
35 comments:
kicik2 sudah pandai carik duit.
besar2 abiskan duit.
haha
macam pernah aku tengok lah katun katun tersebut.hehe...dulu penah dapat gelihati ni percuma, ada orang kasi derma ikhlas.boleh tahan lah klakar.tapi sampai skang aku layan komik APO tu.terasa macam muda je layan majalah budak budak ni kan?hehe
Entri ini mengingatkan aku pada Tesis Sarjana Muda aku di universiti dahulu. Ketika itu tak ramai yang buat kajian tentang seni kartun secara serius. Apatah lagi melihat mediumnya sebagai medium komunikasi penyalur maklumat. Juga sebagai sebagai sebuah pojok yang berisi, bervisi dan bererti.
Kartun satu bentuk satira yang sentiasa lapar untuk menelan mereka yang ralik!!!
keri,
haha masa tu mana cukup nak menabung!
sukabebel,
pernah ke? haha aku dah kurang layan kartun skang. skill pun dah hilang.
rozlan,
kau betul. aku suka pada esei2 muliyadi mahmud tentang kartun dan komik. kartun adalah salah satu senjata propaganda juga sebenarnya.
peww..
kartunis jugek aok ni ye.. :)
Peh caya laa. Ni yang buat keh nak belanja aok Pajero satu ni.
cayalah. rupa-rupa yer kamu nih seorang kartunis. teruskan lagi.
don balon,
hahaha dulu je la. masa tu chaosmadeth dengan geng2 di sibuk buat band dengan zine. keh sibuk buat kartun. keh lagi glemer dari demeh2 tu la. hahaha
jarvis koker,
ah, keh nok motor RD skang ni weh!
nikotin,
malas dah la skang ni. banyak ngat kerja weh...
pergghh...cayalah rahimin! aku hantar x pernah publish...majalah sekolah pun tak masuk!
nak otograp gak.sign belakang baju eh..
haha
tu bukan glemer sikit2 dah tu, glemer abis ... huhu mtk otogeraf gak :)
Hidemichu,
Kau lukis apa? Haha
Miezi,
Aku lepuk je. Nak? Haha
Manje,
Glemer menda macam tu hehe
ooo...inilah hasil menyelongkar setor itu ye?
Bukukan semula la. Kalaupun bukan untuk dijual, bukukan untuk simpanan diri sendiri. Make sure pilih kertas yang tak lalu di makan dek anai-anai.
bayan,
haha pandai pun kau. yang asal entah mana2 dah. dah jadi sejarah. biarlah semua berlalu. cewah..
wahahaha...xsangka!!mak aihhh..respek gile arr..m, suke gak rejabhad tuh..suke3..kamu wat sy teringat kenangan mase kecik2 la..
stu comot,
haih, tu pun respek? comel tak? hahaha
Wah. banyak betul bakat kamu yer. bersyukurlah. tak semua dikurniakan bakat seperti kamu.
imah,
banyak. tapi aku pemalas. hehe
oi..mana dia katun kejar buah sawit sampai ke kl..? hahaha..
aku ada ingat skit2 kartun yg ko tunjuk tu. aku penah baca. ko yg lukis rupanye. peh... tabik spring melantun2 la kat ko...
min,
kamu : membaca, melukis, menulis, merenung, memikir, men'cakar'..
aku : menengok saja ;)
owh
ko la remy yang ku cari2 selama ini
hai remy!
dasat la min.
aku dulu bab kartunis ni aku paling terpengaruh dengan gayour. ye lah dia je yang ala2 metal2 nih. selain tu, vicky pun aku minat. ni pun ala2 rock gak ni. huih..
ooooo aok laa upernyer si remy tue ha ha ha...aok patut teruskan bakat kartunis aok tue...mana laa tau bleh jadik mcm datuk lat.
bagus la kamu min... :) aku paling minat kartun tak ada dialog. tak penat nk baca. he he.
.
Dzul,
Haha malas nak upload. Banyak sangat.
Sultan,
Hah, ye ke? Hahaha
Hartini,
Ah. Ni la hobi aku. Hehe
Redz,
Hehe aok tipu. Haha
Farhana,
Heiiii…
Juna,
Gua minat juga stroke gayour. Dia legend.
Fadh,
Hehe tengok la. Sekarang aku dah mula wat karikatur sebenarnya.
Tasik,
Akak memang. Pemaleh!! Hahaha
tak sangka... ko dulu adalah seorang kartunis!
zul deanz,
hehe dulu la.
mestila respek..dulu suke gile2..komik skrg cam bosan la..huhu..xcomell tapi sangat2 comell..tetibe rase org phg nih mmg best la..ngee~~
ehemm2..kamu bg lukisan katun kt sy satu, bleyy? ngeh2
sambung la buat komik lagi, min ...
dulu sy menulis utk majalah wanita & jelita.. yeahhh leh isi poket sikit2 tp sekarang dah kerastangan ... reti tulis blog aje, mungkin kurang membaca asyik tgk drawing aje
errrr... sy suka kartun DIN TEKSI
Demmit. terkejut remy itu rahimin yg tulis belog kat sini. haha. mcm familiar. tapi serius aku lupa kartunis2 gelagat @ gelihati..yg aku ingt sorang je nama athool. ha ha.
Post a Comment