Monday, April 20, 2009

Akulah, Raja Lucu!

Ekonomi Malaysia teruk betul sekarang ni!

Tiba-tiba begitu rungut seorang kawanku. Aku yang sedang menyulap roti bom tak ingin mempedulikan sangat pada mulanya.

Semua kau punya pasal! Aku terkejut dan hampir menyemburkan kunyahan roti bom di dalam mulut.

Kenapa aku pula?

Sebab kau bodoh! Bodoh! Cakap macam orang tak ada otak.

Telingaku mula panas. Tak ada pasal tiba-tiba kawanku itu seperti mahu mencucuh api ke sumbu amarahku pula.

Heh, apa kau cakap ni? Hah? Apa?

Kau tu selebriti, bodoh. Selebriti!

Heh, apa kena mengena selebriti dengan kejatuhan ekonomi Malaysia? Bodoh betul kau ni!

Tengok ni! Tengok!

Kawanku itu meghempas sebuah akhbar tabloid yang terpampang tajuk “Raja Lucu Tak Kisah Peluk Bantal Busuk Secara Langsung.”

Owh, ini? Ekonomi Malaysia tak jatuhlah kalau aku peluk bantal busuk secara langsung. Lagipun aku bukan peluk dengan rasa ingin membuat hubungan kelamin dengan bantal. Ha Ha Ha.

Kau tak rasa perbuatan kau tu hina?

Apa? Hina sangatkah? Aku rasa tak. Jika begitu, tentulah aku akan merasakan bantal busuk aku itu hina. Aku tak mahu buat begitu.

Tapi jawaban kau tu bodoh sangat. ‘Three Stooges’ pun tak akan jawab macam tu. Memalukan golongan dispatch saja!

Eh-eh, bukankah orang Malaysia kebanyakannya sukakan artis-artis yang jahil dan bodoh? Biasa la tu.

Itu cakap kau. Sebab kau memang bodoh. Ingat lucu ke jawab macam tu. Pooooorahhhhhh!

Ahhhhh, apa-apalah. Aku nak makan ni!
P/S: Ini satira ye. Bukan betul-betul. Kalau tak tahu apa itu satira, tolong buka kamus!

24 comments:

Fadh Rahman said...

SATIRA - Karangan yang mempersenda orang, tulisan yang menyindir orang.

HE HE HE aku tolong bagitau pada mereka yang tak tahu. I'm sorry(sambil buat gaya Amir raja segala tak lawak)

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Kah kah kah..keh bengkek juga baca jawapan brader tu dalam paper semalam..Beduk sekali amacam?

Rahimin Idris said...

fadh,
betol3. dia ingat lucu la tu. hihi.

pipi,
beduk je kalau keh jumpe. aok kalau pancaindera interview esok2 jangan jawab gitu. buat malu je. hihi.

@tune® said...

cover malu beb...bende da jadi...
da terpeluk...die cover baik punye la..

zairi said...

alahh..biar je la dia tu.yang paparazzi ni pun satu.suka sangat bukak cerita2 bodoh ni.dah terkeluar jawapan bodoh,mula la kutuk2.x pasal2 jadi bodoh sama.

INTAN RH said...

mmg ler tak jatuhkan ekonomi negara tapi air muka mak bapak derang, jatuh kot...

(lu pikir la sendiri) :)

Anonymous said...

satira kan yang empat tayar dua pintu jenama Malaysia tu...bukan?

MaSHee said...

Sindiran tajam siut! Tapi setuju! Sebagai org islam dan melayu am nya masih ada tatasusila yg kena jaga! Moga jadi pengajaran utk kita semua!

Redz da Tsar said...

saya setuju dengan EN.Min...

Haha...

Bagus la buat sindiran setajam pedang nie...

Stail orang Pahang....

Tindakan raja Lucu memang la tidak menjejaskan ekonomi Malaya secara langsung, tetapi menjejaskan adab-adab ketimuran yang Malaya pegang... Dah la banyak mengacara rancangan kanak-kanak, nanti dijadi ikutan dek budak-budak, sapa yang salah?

Haha...

Bagus Min....

ijan said...

aku nak amik gambo sambil peluk pompuan la pulak. bukan ada efek kat ekonomi pun...

Anonymous said...

satira=satire..

S.YanaZ said...

Dia, mana ada jawapan cerdik dan bernas.


Kalo tak, dia mesti juara Debat Diraja...
Haih.

FarhanaLicious said...

dia guna cara lawak utk menjawap. heh.

yoshz said...

aku rasa dia dah bongkak la.

Suka Bebel said...

itu lah dia orang kita, dah berjaya terus lupa diri.mesti dia dah jenuh pk tu.tapi memanjang dia suruh orang pk sendiri kan?hehe

Hajime said...

ello2? dengarkan lagu terbaru siren... apa aku pada waktu ini... di sini -> http://budakyangbijak.blogspot.com silelah komen ya!

Layla Haq said...

Finally, cerita ini akan senyap seolah-olah masyarakat dan negara menerima perlakuan itu sebagai sebahagian budaya kita.

Seharusnya, tanpa sengaja atau tidak, mereka yang 'melukakan' budaya bangsa harus dihukum.

oranglidi said...

nabil memang agak bebal

Umie said...

aku ade kenal orang nama satira...ehh silap, SITIRA...rasanya adik beradik kpd SATIRA kot...

muaahahahahhaha

Ahmad Belia said...

aku syak tahun depan dia tak menang laa pulak...

Aku said...

Tuhla...pening2 lalat aku baca komen die...Jawab mcm xde agama...Huh...artis2...

Rajuna said...

ha ha ha ha ha
stim paipon ka pe dia tu ha ha

oyett said...

satira = sathya
tu btol2 lucu..suda tukar ka???

poyotito said...

lucu sangat la gamaknya tu.
lepuk dek gua kang menangis..!!