Friday, March 20, 2009

Hantu Tepi Dapur

Sekarang hari-hari pula hujan. Siap berangin segala. Kilat sabung menyabung. Macam malam tadi. Rancangan Tuhan siapa la tahu.

Tapi bila hujan nak tonton tv pun sukar. Tak dengar. Lagi pun takut juga tv kena sambar petir. Rugi tak pasal-pasal.

Jadi aku lepak-lepak sajalah baca surakhabar. Mujur Naruto dah habis. Itu pun ulang tayang.

Sedang enak baca Harakah tiba-tiba mak datang. Dengan muka cuak.

“Apa hal?” aku tanya. Suara kuat. Sebab gemuruh hujan membingit.

“Itu ha. Cuba aok pergi tengok. Ada benda putih dekat tepi tingkat luar rumah.” mak memberitahu.

Aku mula berdebar. Risau juga. Sekarang memang ramai orang jahat. Ekonomi macam gampang. Kerja kurang. Orang hidup semua nak senang. Apa lagi, sanggup la buat kerja terlarang.

Aku tuju ke dapur. Adik ikut sekali. Mak pun ikut la juga.

Owh. Memang ada benda putih yang besar dan tinggi bergerak-gerak di tepi tingkap dapur. Seakan melambai-lambai. Malam Jumaat selalu TV kaitkan dengan hantu. Roh yang pulang. Entah siapa la ajar. Aku buat muka biasa saja. Apa nak takut.

Aku kuak pintu. Tempias menerpa ke muka. Dengan muka berani rentap benda putih itu. Kibas beberapa kali. Dan lipat-lipat sebelum campak ke rak kasut.

Mukat cuak mak terus berubah. Jadi muka orang garang.

“Lain kali baju hujan jangan gayut tepi tingkap luar rumah macam tu. Mujur orang takde lemah jantung!”

Mak terus sambung operasi menggoreng sardin.

25 comments:

ijan said...

dan lain kali jangan beli baju hujan warna putih. haha...

man_helang said...

apa la mak lu...bikin suspen jek...

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

hahahaha
buat lawak la mak ko

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

hahahaha
buat lawak la mak ko

Anonymous said...

lu punya la kan min...tu pasal lu tak takut!

hanie said...

ade ke bj ujan kaler putih
manjang kaler kuning jek..
hahaha :P

FarhanaLicious said...

hahaha. mesti comel kan.

Rahimin Idris said...

sultan,

haha baju hujan kat site. aku terbeli kaler putih.

man,
haha rilek la man..

tinie,
hahaha

momotani,
aku cuak gak mula2. haha

hanie,
ada weh. rm6 je. cuba cari kat hardware. hehe

farhana,
comel mendanya..haha

alif-mikail said...

Peh! koi ingat tadi jembalang..
eh! yang putih itu apa ye? lupa la koi lagu tu.. hahahaha

Layla Haq said...

Seram weiii...

Lain kali jangan gantung di luar. Itu sebab hujan. Lain kali simpan dalam rumah. [Entah apa kaitannya].

Rahimin Idris said...

aliff,
aok ni nak kena sakat ke? hihi

bayan,
baju tu basah. gantung luor la.

Hanya untuk aku said...

Tahniah brother...!!

yoshz said...

apa hal baju hujan kaler putih? owh, kalau eksiden senang buat kapan kan?

@tune® said...

tu la..
lain kali jgn suke2 gantung merata

Rajuna said...

sardin memang enak dimakan ketika musim hujan yang lebat bagi menggantikan poket yang kurang lebat.
macam aku :(

kuIna said...

mesti ko control macho abis (tp dlm ati sure debak debuk) masa nak g siasat tu..

zairi said...

gua penah nak tebabas pasal kawan gua sangkakan daun pisang belambai2 tu hantu.time hujan gak tu.hantu punya kawan...

poyotito said...

hahah suspension juga mak lu nih.


tapi memang betul sekarang ni banyak kes samun rumah ke rumah ni. gua memang dah stenbai parang belakang pintu.

Don Balon said...

hoh! molek amat..
bagi pinjanc ke koi buat halau keba pendek makan anok pisanc koi.. kuikui

tasekM said...

lu punya kerja la tu kan? ;)


.

Fadh Rahman said...

he he he mmg saspen...

Anonymous said...

kalau kuning tak jd roh, jd spongebob

SATIRA + KACAU said...

Sdr Rahimin: Pandai-pandailah bawa diri.

Umie said...

ko mmg saje je nak uji tahap kekuatan jantung mak ko erk???

Suka Bebel said...

patut la amat konfiden, dah tahu silap dan salah sedirik.hehe