Friday, February 6, 2009

Apa-apa sahajalah...

ANTARA TAHI DENGAN NAJIS


Tak ada bezanya
Antara tahi
Dengan najis.

Tak banyak bezanya juga
Antara demokrasi
Dengan komunis.

Kedua-duanya bukan milik jelata
Tapi milik sang penguasa
Yang bijak menyihir
Memperdaya
Dengan kata-kata
Dan seribu janji manis.

Di tepian gelanggang
Terlihatlah saban hari
Mereka menghias indah sekali
Keadilan dan kebebasan
Di dalam mangkuk jamban…

…………………………….

Sudah la. Aku dah penat borak pasal demokrasi dan politik dengan orang UMNO ni. Sembang orang politik ni memang tak payah betah la. Tapi aku bukan peminat pembangkang pun. Aku tak minat sangat politik. Sampai bila-bila.

Aku nak balik rehat dua hari ini. Banyak kenduri. Rumah orang PAS kena pergi. Rumah orang UMNO pun kena pergi juga.

Jangan gaduh-gaduh. Tak elok tau tak? Kalau nak gaduh juga, mampos korang lah!!!!

17 comments:

Anonymous said...

Wahhhh! Puisi yag SANGAT menyentap!!! Syabas Rahimin... walaupun ketot je puisi tapi, makan dalammmm!

yoshz said...

ala, setakat puisi mcm ni aku dah buat masa darjah enam. cikgu tanda rait siap bagi bintang lagi.

weh, aku suka org pas n umno tak campur. pasal daging korban bley dapat 2. huhu. lagi best kalau DAP pun buat korban.

Wardrobe kita said...

Keadilan dan kebebasan
Di dalam mangkuk jamban…

Hahhaa..aku suka..mmg.skang ramai da naik menyampah dgn politik negara ni.

Bagero!!

Redz da Tsar said...

Mari kita menentang Politik kotor (aku tak kate mane2 pihak yerk)dan segala yang berkaitan dengannya...
hahaha

k.e.r.i. said...

super berkias.

maksud tersirat-sirat macam benda alah tu.

haha

Anonymous said...

nah pedang...nah parang..
g perang!

indah-chan said...

tahi dan najis ye

hmm ade sikit beza,
tahi blh jadi cantik kalo jd tahi lalat. whahaha

najis tu utk politik kotor.. nape la xleh men leklok. sume da lupa, politik tu perlu utk menjamin kesejahteraan sejagat.. bukan diguna utk individu. aiseyy

politik selalu disalah erti.. bila la nk dpt politician yang intelek sikit. hehe

Don Balon said...

Sistem dah tak betul macamana nak dapat orang-orang yang betul?

kenapa perlu berparti-parti?
sorang buat saloh berkapok ahli parti defend..
parti lagi satu buat saloh berkapok tolong kutuk..

suda la dey!!
DJ Rahimin,
Aku dah bosan.mp3 amy search sato!!

FarhanaLicious said...

apa ni, politik politik pulak. aku tak reti la bab politik ni. buat la sajak pasal kematian kucing aku lak.

Rajuna said...

raja adil, raja di sapa (sapa sudahlah, nak sembah2 apahal?) raja zalim raja disanggah.


huhu. yieppa!

Suka Bebel said...

kenduri orang umno lagi meriah biasanya.hehe

aku memang tak minat politik kat negara ni.banyak sangat habiskan duit rakyat.hampeh!

Denanz ... said...

min tahniah puisi dalam antologi malam amal palastin dbp. hebat.

Z-MAY said...

politik ni kita kena ambil tau. jangan buat-buat tak tau, dan jangan juga buat-buat tahu... nanti jadi keliru dan haru biru....

l.i.f.e said...

yeah
apa apa sajalah
mcm si luncai terjun dengan labu-labunya

BudAk hijAu said...

kais pagi makan pagi..kias kamu makan dalam...hahahha..

*apekah aku merapik neh!!

tasekM said...

letih

Rahimin Idris said...

Kikure,
Ah. Tak ada hebatnya. Emosi je lebih. Menulis dengan rasa menyampah. Hehe

Yoshz,
Eleh, aku cikgu siap rait lukis gambar binatang lagi. Kura-kura selalunya.

Qaseh,
Tah la. Berebut-rebut. Dah habis PRU tu dah2 la. Kan?

Redz,
Bak kata Lutfi Ishak. Politaik? Haha

Keri,
Macam taik? Yang bersalut bunga? Haha

Che sue,
Lu batu api! Haha

Valsa nine,
Kalau pilitikus tu inteletual, awal dah kena pancung.

Don,
Haha. Ok2. aku tak tulis pasal politik lagi.

Farhana,
Ah. Nanti aku tulis. Ko jangan nangis plak.

Sukabebel.
Kita Cuma semut merah. Hehe

Bro denanz,
La. Ada ke puisi gua? Gua tak tau pun. Terima kasih la. Hehe

Zmay,
Semua orang tahu. Tapi kuasa rakyat mudah dinafikan di Negara kita ni.

Life,
Akak. Dah bosan juga ke? Hihi

Budak hijau,
Silap2 makan tuan. Haha

Tasik,
Suruh MC urut. Hahaha