Monday, February 9, 2009

Aku, Aswadi dan The Ramones

Sebenarnya semalam aku tidor lewat dari selalu. Sebab udara panas. Oleh kerana tak ada Astro aku baca buku. Dan menulis macam-macam sebelum mati. Juga teringat Aswadi. Yang berselisih di jalanraya petangnya. Kawan aku yang bijak dan jadi Cikgu. Beliau peminat The Ramones.

Beliau memang seorang yang bijak sewaktu sekelas dengan aku. Pandai berlawak. Cikgu pun rungsing dengan sikapnya yang jarang serius. Macam aku. Aku juga jarang serius. Tapi tak pandai berlawak.

“Kalau tali kaset kita terbalikkan, ada macam-macam suara.” Kata Aswadi suatu waktu dahulu.

Balik rumah aku buat. Macam gampang bunyi. Satu perkataan pun tak ada. Apa lagi suara Setan. Aku pikir Aswadi sudah tipu sama aku. Kaset ‘Kreator- Coma Of Soul’ aku hampir-hampir jahanam talinya. Aswadi kena carut dari jauh.

Tapi apa yang Aswadi cakap memang betul. Dari zaman The Beatles lagi mereka sudah bikin. Orang barat memang hantar racun dalam pakej yang cantik. Tapi kita peduli apa. Kita tak pikir sangat semua itu. Sebab itu bila aku dengar ada orang filem cakap, “Filem saya tak ada mesej. Cuma ada roh”. Aku rasa nak muntah. Mereka sebenarnya tak sehebat Led Zeppelin, Pink Flyod atau The Eagles.

Macam burung-burung yang berkicau di pagi yang indah, atau senja yang menakutkan. Mungkin seekor dari burung itu namanya Rihanna?

Dapatkah anda baca, kata yang tak tertulis di blog aku?

16 comments:

@tune® said...

sangat nosltalgica!

Suka Bebel said...

kiranya aswadi ni agak genius la eh? punya la si rihanna ni menyembunyikan bunyi2 lucah tu.tapi yang main direct tu macamana plak citer?dunia dunia...

yoshz said...

bleh percaya ke backward masking ni? mcm susah jugak aku nak percaya.

Layla Haq said...

Racun yang telah sebati dalam masyarakat kita. Apa nak buat? Siapa yang mampu bertahanlah dengan 'ubat' yang ada.

Fadh Rahman said...

lama dan sebati...susah nak kita hapuskan pengaruh liar yang diterapkan ke dalam akar umbi bangsa kita...tapi haruskah kita terus pasrah?

Kikuri-hime said...

Ni namenye subliminal messages... Salah satu kaedah perang saraf... Cara ni dapat meng'brianwash' org tanpa sedor. Bukan kat lagu aje, kat movie pon ada..

P/S
ye-ye o aje... ntahlah... Aku cuma terbaca kat satu article.

tasekM said...

tu yg nk kena ada jati diri tu....



.

Hartini Omar said...

aku lama2 jadi suka dengan tulisan kamu, min. tulisan kamu dah jadi macam candu. hari2 bikin aku rindu =P

ijan said...

aku penah dengo yg eagle punye je. yg lain aku tak tau la plak...

dzul said...

cerita pasal terbalikkan lagu ni mmg dah lama..zaman umur belasan thn dlu dah, masa kecoh lagu2 thrash metal..
ada yg kata asal terbalik dr serapah puja syaitan..

apa jadah..x tau laa maleh nak kaji

Don Balon said...

aik D-z..
koi makan cili ni.. hehe

Min,
Molek aok kaji dulu...

alif-mikail said...

genius macam osmand oswald la koi syak lalalalla

Rahimin Idris said...

Tooney,
Haah. Ni kisah lama. Lagu Led Zep ‘stairway to heaven’ tu jadi macam candu dalam kepala aku.

Sukabebel,
Itu lah seni. Kreatif orang barat. Kita tak sedar pun. Kalau sedar pun, tak buat apa juga.

Yoshz,
Memang betul. Asalnya mesej2 ni dibuat masa zaman antichrist atau puak2 yang menentang gereja dulu. Lama-lama ia berkembang dan digunakan sampai hari ini.

Bayan,
Tak ada ubat. Racun dah sebati. Kita tak rajin ambil peduli. Bila orang buat Fitna, kita marah. Kita buat filem macam Sifu n Tonga tu je la yang boleh.

Fadh,
Terpulang. Kalau mahu lawan. Bangunlah.

Kikure,
Ye. Aku setuju. Tapi memang kreatif.

Tasik,
Alah, akak hari2 makan beras jati kan? hahaha

Rahimin Idris said...

Hartini,
Haih. Bahaya ni. Ada nikotin tulisan aku ni. Haha

Sultan,
Eagle tu solo dia memang best. Haha

Dzul,
Ah. Aku pun malas juga nak kaji.

Don,
Haha aok dulu peminat Slayer! Keh tau…

Alif,
Osman kering lagi genius apa..lalalala

Unknown said...

salam ... layan subliminal messages dalam blog aku.

http://tjclassic69.blogspot.com

Nuruddin Abu Bakar said...

Sumpah aku baru tau. Gila lah.

Mungkin kreator tak buat eh, Ah apa mau buat backmasking kalau dah terang-terang pi maki tuhan diorang hahah. Mungkin deicide ade kot?