Upah buat rumah sekarang sudah dekat RM15 per kaki persegi. Maka kalau ada kelapangan; pulang dari kerja atau cuti-cuti, aku dan adik akan ikat bata. Bila dah siap ikat nanti, kami naikkan bumbung dan plaster sahaja. Buat lantai. Pasang pintu dan tingkap. Bolehlah dinamakan rumah. Dengan semangat indie kami itu, mak boleh jimat kurang lebih RM30,000. Banyak tu!
Buat masa ini hari-hari kami ikat batu blok. Ia berbeza dengan aktiviti berblog. Tulis blog bukan susah sangat. Taip-taip saja siap. Lepas itu terbitkan. Tapi nak susun dan ikat batu blok bukan ringan-ringan punya kerja. Bukan boleh terus jadi rumah. Tapi mak boleh duduk di dalam rumah tu bila siap nanti. Kami pun boleh tumpang berteduh dan rasa gembira juga.
Oleh hal yang demikian, aku terpaksa kurangkan aktiviti berblog. Aku tulis cerpen sahaja bila rajin. Kalau tulis blog hari-hari pun, bila blog aku jadi tebal pun, bukan boleh suruh mak aku yang sudah tua itu duduk dalam blog!
p/s: kalau kalian bijak laksmana bentan, cuba kira ada berapa biji batu blok dalam foto di atas!
UPDATED: p/s/s: Siapa pernah tag aku dulu-dulu, aku dah tak ingat. Sila bagi tau. Kalau ada masa aku buat!
45 comments:
nanti nak gi tumpang berteduh gak. boleh?
fuyoo.
buat rumah batu sendiri.
nanti boleh buat rumah dalam air la yer.
Hebat.... baru anak mak.
Perghh.. betul tu sume hasil usaha tangan lu bro? lu dulu kelulusan mana? kemas plak aku tengok
jap... jap... aku tgh kire ni. ada tarikh tutup x peraduan ni...
farhana,
nak tumpang? bolehhhhhhh. nak sub kerja kat aku pun boleh! haha
keri,
woi, dalam air tu tukun nama dia!
pok li,
alamak, upah mahal la sekarang bang. kalau buat sendiri jimat sikit. mak cakap nak gi haji. harap kalau berjimat, sampai la hajat dia kan?
antusabun,
betul la bro. nak demam aku membuatnya! hahaha
dulu aku diploma kejuruteraan awam dari politeknik. ni memang bidang aku. kayuh pelan-pelan la kan...
sultan,
cis, ko komen masa aku balas komen! hahaha
ala, ko kira je la tan. bukan ada hadiah pun. hahaha
oh ni la blokspot kau yer..
yoshz,
amacam, indie tak aku. siapa cakap kalau aku diberi hak2 istimewa orang melayu boleh dapat rumah free2 macam tu je? mana ada. sama je cam cina india aku ni.
ooo ... rumah baru. baru tak nyenyak tido. haha.
pastikan spirit level anda tidak hilang..kalu tak sure sengat rumah anda
denanz,
hahaha rumah mak gua dah nak runtuh makan dek anai2 la bro. kesian pulak. nanti takde tempat nak tido!
oyett,
spirit level ada. dumpy level pun ada. hos paip pun ada. perhatikan level tingkap dan blok diamond tu. sama aras kan. siku pun tepat 90 degree.
amacam, ada projek? pass kat gua?
Ooo...ptt la bizi..bgs2..mmg boleh jimat kos sgt lah..labour cost da boleh letak tepi..prelim pun x yah amik kira dah..just raw cost..nti da siap upload lagi gmba..
*Sultan,da abis kira lum??
Ces bang..ko komen masa aku komen..
qaseh,
hahaha apa la ko ni. berlaga komen.
mentang2 la QS, siap tanya sultan lagi. hahaha
aku cuma nak amalkan ilmu yg aku ada je. sekarang aku ingat nak study tentang IBS la nini. ko ada terlibat dengan benda ni?
IBS x de la bang..Intelligent Building System kan??bley buat duit tu..org mlayu jarang nk buat benda tu..cina jea ramai.
Sultan tgh buat claim valuation..hahhaa...
Ooo..baru ingat..masa kat KLIA ada buat IBS..access card,smoke detection n fire alarm..ada blaja skit2 jea..tapi tgk drawing dia mmg x leh nk paham lah..route dia mmg btl2 berselirat.x paham..
qaseh,
aku rasa dia macam precast atau konkrit ringan kot. tapi lebih ringan dan jimatkan kos buruh. sistem konvesional memang dah tak jimat la. masalah buruh dan masa memang teruk. nanti aku google. hihi
tabik lu sepam..
brapa lu punya wall area?
kasik tahu gua,kompem gua bleh estimate lu punya bricks quantity.
aha..ha
kalau kau kata dh boleh save rm30,000. atas jimat upah kerja. maknanya 30,000/15 = 2000ft2. oi uas tu kau buka berapa? 30x66 ke. oi luas gile..
john doe,
58'x34'. ada 4 bilik 12'x12' lengkap bathroon 3'x4'.
lengkap kerja2 undergroun footing and stump semua.
amacam, berapa budget kos ni. atap metaldeck wave tu hahaha
dzul,
hahaha
34'x58'. luas ke? gila aku membuatnya. hahaha
janji jimat bro. besi, siling, longkang, cat, semua aku jimat separuh.
frame, pintu atap uncle cham foo tolong beli. murah2 harga kilang.
kayu aku belah merbau kat hutan. baru habis rm1300.
indie gila.
hahaha
sume ada 7000 batu blok. aik... apasal ko kire blk tu. mcm x caye kat aku je. haha...
sy nk order umah sebiji..sila anto quotation...
semangat diy!
biar semangat menyusun blok, tapi jgn sampai jadi goblok.....
yes! semangat berblog
wakkwakwakwaa
Errr...hmmmm...aaaaa...tak tahu nak komen apa. hahahahaha.
p/s:
Semoga tercapai hajat mak kau pergi Mekah, Insya Allah.
ammvoiii, kalo sumer macam ko, bolee bangkarap larrr tokey kontraktor rumah ittewww.. syabass bro
wah!
bangganya saya kalau dapat buat rumah macam kamu. maksud saya kamu punya kemahiran yang saya tak ada.
:)
rindu abang tommy lo!
buat rumah cantik-2 okey!
hei kamu sungguh bertuah,sila datang blog aku untuk parti buih sabun jangan lupa jadi follower aku
yang benar
pengganti pasa sanda
Owh!! Kurang aktiviti blog sebab bergelumang ngan batu blok!
rumah kayu rumah batu, bayangkan 'kalau kita menjadi kayu'.
aku suka rumah kayu...
kukuh ker? buat la open house biler dh siap. hehe
fuhh..jimat sampai 30k.jimat sangat dah tu.tu dah test pressure angin monsun lom?kang x pasal2 plak kang...
oh, encik rahimin pandai wat umah rupenye..err..tolong abeskan plaster umah sy bleyy?i mean, umh ma abah sy..rm10 sekaki persegi bleh?ngeh2..tp kalo nk pahale lebey,plaster for free la..heee..=p
oh patut ler tak nampak dah..hehe.
tumpang la sekali ehh :)
gila apa nk kira.
he he.
:p
.
wah! patut la lama menyepi..
adeh! apsala slow sangat koi ni..
Haih...
Teringat masa saya kecil dulu. Tolong abah buat batu blok. Tolong tolak kereta sorong. Tolong angkut pasir. Abah memang tukang rumah. Abah kata, "kamu perempuan, buat keje perempuan saje sudahlah.Abah masih kuat untuk siapkan rumah ni"
Saya buatkan air untuk abah. Dan karipap kentang.
lu buat rumah serius ker? pnt wei pnt...gua amik gamba umah boleh la...
keje ni aku buat masa cuti sekolah dolu2, mkn gaji ngan bapak aku... klau x ikut benang memang kena tiew ... skrg ni, aku plak tiew mamat indon yg blagak teror pasang senget...
*info; IBS (Industrialised Building Systems)tu guna teknik precast dan pasang siap kat site.klau x silap aku ada lima step kena apply kat tiap pojek yg guna sistem ni. aku x leh nak bg detail kat sini, tapi ianya memang mcm precast dan pakai konkrit ringan... mould nye mahal giler, klau wat satu pojek saja x bebaloi.. site bersih , helper x yah pakai banyak, jimat kos..
aku tgh study nak amik sub pojek ni... ada satu company melayu tu dpt pojek 5 biji skolah kat sgor, 200j tu.. sume pojek pakai IBS ni..
*x leh la kontraktor kat tpt ko carik makan...
Sultan,
Haha mana ada. kira semula!
Che sue,
Sila bagi pelan!
Rajuna,
Orang dah biasa susah!
Maza,
Selamat datang ke blok gua! Haha
Hanim,
Terima kaseh!
En me,
Haha bior lantak. Sape suruh buh harga mahal!
Yan,
Kalau semua tere, camana nak tukang rumah nak cari makan?
Spiral eye,
Hah? Ko pengganti fasha sanda? Filem mana?
Kikure,
Amacam, diy tak? Hehe
Rozlan,
Aku pun suke rumah kayu. Canti dan sejuk. Tapi mahal wooo!!!
Bibir,
Mesti la kukuh. Kalau gempa kat AS mesti takde menda!
Zairi,
Dah test. Angina Malaysia 30km/j je.
Stu comot,
Rm10/kaki? Nak! Rm1 aku nak dah kalau plaster saja!
Farah,
Ada. aku pun lama tak nampak kau. Hehe
Tasikmerah,
Eleh, tak reti? Kodi! Hahaha
Alif,
Hah, slow nape?
Bayan,
Woit, bisnes famili tu. apa jadi sekarang?
Apekterror,
Memang la penat. Rehat la bila penat. Makan epal.
Seluksaku,
Aku ikat benang juga mula-mula. Lepas tu tenang pakai mata je la! Haha
Eh, aku rasa minat la dengan IBS. Lagi pun system konvesional hanya menguntungkan buruh indon la. Kalau ada masa, boleh kita kongsi maklumat? Aku rasa ramai blogger yang ada backgroung macam Manhelang, Dzul, Qaseh tu pun mungkin minat juga.
sy teka halim!...3452.210 batu bata....betol x??hehhehe
sempat dak gua nak bertandang umah lu raya haji ni?
gila ah ding dong!jadi buruh rela la ni eh?bagus tu, usaha murni yang wajar dicontohi anak anak remaja zaman sekarang.hehe...entah apa apa aku merapek
Post a Comment